Monday, 31 December 2012

kata-kata imanku..

Bismillah.

sahabat-sahabat2,
alhamdulillah. hampir 20 tahun sudah kita hidup di dunia ni. dalam tempoh ini juga kita terdidik dgn pelbagai peristiwa.Alhamdulillah,Allah telah mengaturkan sebaik-baik perjalanan buat saya sepanjang tempoh ini.

"..amnah...kehidupan yang lalu hanyalah ujian dan pengalaman hidup,semua tu bukan segala2nya dalam hidup.."

"..amnah... carilah hikmah di sebalik baik budi pekerti,kemuliaan akhlak itu adalah permata yang di cari,bukan sanjungan,bukan pujian manusia.."

"..amnah... dunia hari ini bukan dunia mudah,dan senang untuk terus bergerak dan berjalan.. dunia hari ini kehilangan barakahnya.."

"..amnah... sudah 19 tahun masa telah berlalu,ukur dan hisab amalmu.. maut bila2 masa bisa menjemput..."

"..amnah... dalam enak nikmat ,berapa banyak usaha engkau laburkan untuk meng-upgrade diri menjadi hambaNya yang bersyukur..syukur itu bukan pada lafaz alhamdulillah semata,gunakanlah pancaindera,akal,tenaga,masa dan wangmu itu di jalan yang bermanfaat...bukan jalan2 yang sia-sia.jalan yang hanya  untuk kepuasan nafsumu semata.."

"..amnah... hidayah dan petunjuk Allah itu bukan milik kita,tapi milik Dia,pantas kita merasa senanag dgn title kita sebagai muslim ?? ayuh berubahlah menjadi mukmin sejati,kehidupan dunia ini menuntut sebuah perjuangan,perjuangan menegakkan agama Allah,yang bermula dengan perjuangan dalam mengislah diri menjadi hamba-hambaNya yang bukan sekadar muslim,tapi berusaha menajadi mukmin yang terbaik di sisi Allah.."

"..amnah.. lahirmu di dunia,engkau kenal cinta. Cinta ummi dan ayah. kemudian engkau mengenal cinta manusia yang sementara dan penuh noda. kemudian sedari lewat usia remajamu,baru engkau mengenal cinta Rasul dan cinta Allah.Ayuh!ayuh..belum terlambat lagi.. tegakkan azam,berlarilah dalam jalan yang selesa.. hakikatnya hidup ini adalah mengenal Rabbul Izzati.. Pemilik segala ciptaan,termasuklah dirimu yang hina.."

"..amnah..jangan leka dalam cinta manusia,persiapkan diri untuk kehidupan di sana, ikhlaskan dalam memberi manfaat,maksimumkan peluang untuk mengisi diri buat bekalan untuk memberi.. masa semakin suntuk dan singkat.."

"..amnah,seharian dalam hidup kita tidak pernah terlepas dalam kancah dosa dan maksiat, khafi atau jali.. perbanyakkan istighfar,dan perbanyakkanlah ingatan kamu kepada Rasulullah melebihi ingatan kamu selain dari baginda..perbanyakkan selawat.."

"..amnah..tak mustahil kita antara golongan umat akhir zaman yang bakal hidup di zaman dajjal laknatullah..nauzubillah... persiapan diri agar keluarga yang bakal kamu nakhodakan belayar dalam arus yang diredhai Allah.. permulaan kebangkitan umat,bermula dengan perjuangan kita menegakkan Islam di dalam diri kita..moga2 kamu mendapat keluarga yang bahagia buat diri kamu dan ahli keluargamu menyemai benih2 pahala buat bekalan untuk kehidupan di akhirat sana.."

"..amnah,hargailah masa,penuhi masa dengan budaya ilmu,mencari hikmah ... buangkan rasa malas,putus asa,mohonlah kepada Tuhanmu,Pemilik segala ilmu..tuntutlah ilmu sampai mati.. itulah hakikat seorang penuntut ilmu..kita mencari dan menuntut sehingga ke liang lahat..."

"..amnah,jangan engkau tinggalkan al quran kerana al quran ubat hati yang kotor,pelembut hati yang keras,pendamai rasa keluh dan kesah.. amnah... al quran itu untuk difahami,dihayati,beramallah dengannya walaupun sedikit,dan berusahalah untuk memahami dan beramal dengan keseluruhannya.. kerana dialah teman,dialah ubat.. segala penyakit2 hati...dan penawar segala kekusutan.."

"..amnah,jangan pernah berhenti berputus asa dengan kebejatan dunia hari ini sebagaimana Tuhanmu tidak pernah sekali berputus asa denganmu,teruskan bergerak.. bermujahadah... kejarlah pandangan Allah bukan pandangan manusia,lakukan amal dengan hati yang ikhlas,carilah kekhusyukkan dalam solat mu,didiklah nafsumu dnegan perbanyakkan berpuasa.. dan didik lah diri mencintai Rasulullah dengan perbanyakkan amalan sunnah baginda.."
\
"..amnah..peliharalah qiammu,tahajjud mu,kerana dengan bangun malam itu menguatkan hati mu..apabila kuat hatimu,maka nafsumu bukan lagi menjadi raja.. agar jalan mu lurus menuju Allah..dalam lewat waktu yang mendesak ini,pilihlah jalan yang lurus untuk menuju redha Allah..."

"..amnah..carilah keberkatan masa dengan hal2 bermanfaat,amnah...carilah keberkatan dalam dunia yang nazak ini..amnah.. waktu itu makin tiba,persiapkan diri.. perteguhkan hati,perteguhkan aqidah..semoga kita dalam golongan yang diampuni dosa2..bukan mereka yang mempunyai hati tapi tidak menghayati,memiliki mata tapi tidak mahu melihat,memiliki telinga tetapi tidak mahu mendengar..dan meiliki akal tapi tidak mahu berfikir..nauzubillah.."

"..amnah,jadilah daei yang menyebarkan kebahagiaan dan menyeru manusia kembali menghayati nilai diri sebgai hamba yang kerdil di sisi Allah..berilah walaupun dari yang sedikit.."

"..amnah,manusia mana yang sempurna,jangan pernah kesal dengan kelemahan diri,kelemahan itu ujian buatmu serta manusia yang mengelilingimu..jika engkau bersyukur dengan nikmat2 tuhanmu yang jauh lebih banyak dari kelemahan yang engkau miliki,nescaya engkau akan ditambahkan lagi nikmat2 di sisinya..jangan pula engkau menyendiri,dan membuang diri dek kelemahan diri..percayalah jika engkau redha dengan kelemahan dan berusaha untuk memperbaikinya,nescaya,mereka yang disekelilingmu turut redha dan menerima dirimu seadanya..ingatlah,apa yang kita beri itulah apa yang kita dapat.."

"..amnah,jika engkau berkehendakkan kebaikan,carilah di setiap sisi penjurumu,nescaya pasti engkau akan ketemui..jika engkau berkehendakkan kemaksiatan,nescaya azabnya yang pedih menantimu meskipun kamu bahagia di dunia ini.."

"..amnah,menagislah kerana dosa2 silammu selama ini..dan bertaubatlah setiap hari..dan menuntut ilmu dengan ikhlas,kerana itu keutamaanmu sekarang tanpa mengenepikan hak2 masyarakat dan shabat2 kamu..rendahkan diri serendah mutiara dilautan..kita hambaNya yang hina,lemah....,hidup kita tiada nilai sedikit pun tanpa kita meletakkan Allah sebagai matlamat..

amnahhh....selamat memperbaiki niat hidup dan matlamat hidupmu di tahun baru yang seharusnya engkau perbaharui setiap detik,masa dan ketika...kerana mati itu bisa menjemput engkau bila2 masa tanpa engkau sedar,sebagaimana engkau tidak sedar,sudah 19 tahun engkau hidup di dunia akhir zaman ini..dan masa terus berlalu..dan berlalu... tanpa engkau sedar...hanyut dalam kelekaan,lembik dalam mengislah diri..."

Yang Benar.
hati dan imanmu duhai Amnah.
3.19pm
31122012.

Irbid.Jordan.

Saturday, 15 December 2012

Mohonlah kepada Dia.Pemilik segala Ilmu..


Bismillah~ yg nie saya terjumpa dalam blog ustazah kak nur..
Assalamualaikum k,nur..
Saya ada masalah la k,nur tentang pembelajaran,saya tidak tahu macam mane hendak dicakapkan,saya memang lemah dalam pembelajaran,tiap2 kali saya hendak belajar memang selalu je xjadi,pada mulanya niat memang ada nak study sendiri,tp tak tahu tibe2 je tak jadi nak stdy sendiri,bila exam saje,saya selalu gagal,xpnh pun lulus,memang saya jelas tengok kawan2 yang lulus dalam setiap kali exam,tak tahu k,nur,,nape selalu jadi macam ni kat saya,,,,tolong saya k,nur,beri saya tunjuk ajar dan pendapat,saya memang dh runsing sangat k,nur,,,,,
Bezita

Wa’alaikum salam warahmatullah Bezita,
Semoga Allah memberi kekuatan kepada Bezita dan membantu Bezita keluar dari permasalahan ini.
Kak Nur bukanlah orang terbaik untuk berbicara hal ini namun Kak Nur akan cuba membantu setakat yang mampu.
Berdasarkan pengalaman Kak Nur, ada beberapa alternatif yang boleh difikirkan oleh Bezita;
Mengenai masalah lemah tumpuan itu mungkin berkait dengan IQ (kecerdasan) seseorang. Jika ia berpunca dari kecerdasan diri yang agak lemah, beberapa saranan berikut mungkin sesuai diaplikasikan:-
- Memilih jenis makanan atau pil yang dapat membantu meningkatkan daya fikir dan tumpuan. Contoh kismis, ikan, bayam, brocolli, pil Examo dan lain-lain. Buat sedikit penyelidikan mengenainya dan mulai mengamalkan pemakanan yang baik untuk otak dan minda.
- Dalam masa yang sama elakkan atau kurangkan mengambil makanan yang dapat melemahkan otak terutama jenis makanan segera atau makanan yang diproses seperti burger, ais krim dan lain-lain.
Islam sangat menitik beratkan memilih dan mengambil makanan yang bukan saja halal bahkan bermutu untuk menjaga kesihatan badan. Kesan pemakanan yang baik bukan sahaja untuk tubuh badan, bahkan untuk membentuk hati yang baik serta mencerdaskan minda.
kismis-2
PUASA
- Cuba koreksi amalan pemakanan selama ini, jika terdapat tabiat pemakanan yang kurang baik, maka cubalah ubah tabiat tersebut. Berpuasa adalah mekanisme terbaik untuk membersihkan perut dan badan dari sisa-sisa pemakanan yang tidak baik sebelum ini. Kita baru sahaja selesai menjalani puasa sebulan Ramadan. Diharapkan kita dapat meneruskan disiplin tersebut buat selama-lamanya. Kita masih boleh mengamalkan puasa sunat.
Bezita mungkin masih ingat pada Nik Nur Madihah, Pelajar Cemerlang SPM 2008. Beliau mengamalkan puasa sunat sejak darjah 6 kerana ia sunnah. Kajian saintifik pernah dibuat terhadap amalan puasa di kalangan orang Islam. Hasilnya salah satu kebaikan puasa ialah untuk mencerdaskan otak. Ini bererti Nur Madihah mendapat faedah yang besar dari amalan puasa sunatnya itu.
Dalam usia yang semakin meningkat ini, Kak Nur dapat rasakan daya berfikir dan tahap tumpuan yang semakin lemah dibandingkan semasa usia remaja dahulu. Jadi Kak Nur sendiri sekarang sedang melatih diri untuk rajin berpuasa sunat. Kak Nur seorang yang menyintai ilmu pengetahuan dan suka berfikir. Jadi sebolehnya, Kak Nur mahu mengekalkan tahap kecerdasan minda untuk satu tempoh yang lebih lama, insya Allah.
Setiap amalan dalam Islam sebenarnya untuk kebaikan fizikal, spiritual dan minda ummatnya. Oleh sebab itu, jika penganut Islam lemah, mereka harus memuhasabah diri sendiri sejauh mana mereka mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.
HAFAZ AL-QURAN
Selain puasa,menghafaz al-Quran juga dapat meningkatkan tahap tumpuan seseorang kepada ilmu pengetahuan. Namun Kak Nur tidaklah berharap Bezita menghafaz seluruh al-Quran. Memadai jika dapat melazimi membaca al-Quran secara tartil dan menghafaz beberapa surah serta memahaminya. Jika berhasrat menghafaz seluruhnya, itu lebih baik.
SOLAT
Disiplin dalam solat yang menuntut individu fokus pada solat dapat membantu mereka menumpukan perhatian pada perkara lain di luar solat. Oleh sebab itu, semak semula tahap solat kita bermula membersihkan diri, berwuduk dan solat itu sendiri. Insya Allah, jika perbaiki solat kita, Allah akan perbaiki urusan dunia kita.
"......Seorang kawan Kak Nur menyedari dirinya lemah dalam belajar. Suatu hari, ibunya memanggil anaknya dan menyuruhnya segera ke sekolah. Dia tidak keluar dari biliknya. Ibu segera menyelidiki. Di dapati anaknya sedang solat. Ibu bertanya solat apa?. Dia menjawab dia tidak pandai, jadi dia selalu solat hajat minta bantuan Allah agar memudahkan urusan dia belajar atau menuntut ilmu. Sekarang kawan Kak Nur itu sudah memiliki ijazah PhD dan bergelar Doktor falsafah...."
Kawan itu bukan sahaja pandai belajar dan meraih ijazah yang tinggi, bahkan berakhlak mulia berkat dijaganya hubungan dengan Allah swt.
Solat tiang kejayaan!
Solat tiang kejayaan!
DISIPLIN DIRI & MEMILIH KAWAN
Jika diteliti amalan Nik Nur Madihah, disamping kecerdasan otak, dia mempunyai faktor ransangan untuk mengubah nasib keluarga. Justeru itu, dia mendisiplinkan diri belajar apabila waktu belajar. Bezita harus memujuk diri agar beri tumpuan semasa belajar dan ingatlah di samping kesusahan ada kesenangan yang menanti.
Adalah baik jika Bezita dapat berkawan dengan mereka yang rajin belajar. Ia akan mendorong Bezita turut rajin belajar.
BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN
Bezita boleh berbincang dengan kawan-kawan yang cemerlang dalam pelajaran, membaca buku-buku motivasi belajar dan lain-lain.
Sebelum Kak Nur mengundur diri, sukalah Kak Nur ingatkan pada diri sendiri bahawa iblis juga memainkan peranan apabila kita ingin belajar. Dia akan menghasut kita agar malas belajar dan sangat suka kita menjadi jahil. Orang yang jahil mudah ditipu syaitan. Jadi mohonlah perlindungan dari Allah setiap kali ingin belajar.
Apa yang Bezita lalui sekarang adalah satu petunjuk dari Allah agar mendekatkan diri padaNya. Mohonlah pertolongan dari Allah, nescaya Dia perkenankan. Selalu mohon ampun dan jauhi maksiat kerana maksiat itu menggelapkan hati. Bila hati gelap, ia susah menerima ilmu. Ilmu itu cahaya dan cahaya hanya menerangi hati yang bersih.
Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang kurang dari kelemahan diri sebagai hamba.
Wassalam.
Ummu Abbas
11.38am
16 Syawal 1430H

p/s:ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan masuk kepada org yg maksiat. Astaghfirullah.. moga Allah ampuni dosa2 kita..dan dikurniakan kita kefahaman nabi2 serta hafalan para rasul..priority semasa akademik,priority kehidupan ubudiyyah........Allah mudahkan ursuan sahbat2 aku serta urusan ku dan juga kedua ibubapaku..final exam~ off#

Saturday, 8 December 2012

ikhlas untuk memberi..

alhamdulillah~

ikhlas itu bermula dengan alif.
dan alif itu yang pertama..

letakkan ikhlas sbgai tepat pertama dalam setiap urusan amal kebajikan.
kerana ikhlas adalah antra syarat ibadah diterima atau ditolak..
kerana hanya hati yang di isi dengan cinta Allah yang berhak menerima ganjaran pahala..
kerana syurga itu mahal..bukan untuk hati yang diduakan..

ya..
ikhlaskan hati untuk memberi,
nescaya akan dipermudah urusan..

sahabat2..

setiap orang mempunyai kelebihan dan potensi masing2 untuk manfaat semua.
tetapi tidak semua sedar akan kelebihan masing2.
maka carilah ruang kelebihan dari dalam diri kita..
asah dan pertajamkan..
dan manfaatkan buat ummah..
kerana kita bukan dilahirnya untuk sekadar menjadi insan biasa-biasa..
tetapi kita dilahirnya untuk memberi manfaat kepada manusia..
walaupun kelebihan kita sesuatu yang biasa-biasa..

insyaAllah jika didahulukan dgn niat ikhlas untuk memberi kerana Allah..
yang biasa-biasa mampu bertukar menjadi sesuatu yang luar biasa~
dan insyaAllah akan dipermudah jalan walaupun diri kita banyak kekurangan...


dan ingatlah sahabat2..
bukan pandangan manusia yang kita cari,tetapi redha illahi yang kita nanti..
bukan pujian kata2 dari makluk yang kita dambakan,tetapi keberkatan dari Dia yang Menciptakan...

bila kita kejar pndangan Allah,
hati lebih tenang dan bahagia..

pandangan manusia itu hanya satu bonus..
dan sifatnya tidak kekal.
yang abadinya ..
Kasih dan Sayang Allah untuk kita..

dan ikhlas itu dari Allah.
letaknya di dalam hati.
tempat bertakhta kerjaan diri.

kunci untuk memaknakan ERTI HIDUP PADA MEMBERI adalah IKHLAS~

moga menjadi hamba yang lebih bertuhankan Allah..
sama2 tingkatkan akhlak,perbanyakkan ibadah,perbaiki diri...
Alhamdulillah....alhamdulilah.. alhamdulillah...



Jadilah Seperti Pokok yang Lebat Buahnya
biarpun Tumbuh di tepi jalan
dan buahnya sering dilempar dan dibaling dengan batu
tetapi tetap dibalas dengan buah yang lebat :)

Wednesday, 14 November 2012

saya tak mampu nak jadi seperti dulu..

bismillah..

baru lepas baca entry adik usrah saya,ummu khair fatimah.....

saya tak mampu nak berusrah seperti dahulu.
dan saya rindukan kecintaan saya kepada usrah.

AGO.

saya rasa saya gila bila malam2 buat usrah kat musolla.
bukan ada pengisian berat pun.
sekadar amalan seharian asrama.
al mulk dan tazkirah slpas al mulk..
tapi daily meeting itu menambahkan keukhwahan mungkin..

betullah cakap seorang ustaz..
'awak kalau tak mampu nak usrah formal,cukuplah skdar bertentang mata dan bertanya khabar dari tiada langsung..sebenarnya ikatan dalam usrah terbina bila kita keep maintain kita punya meetings n after the meetings...'

saya rasa macam kurang waras curi masuk bawak talam dalam dewan makan.
sorok belakang meja KP.duduk makan satu talam.
aktiviti berBIG APLLE yang sangat terhad...
dan byk lgi kerja luar biasa yang kami lakukan..

usrah nie bukan usrah kerana ada udang disebalik batu.
entah kenapa aura dan kekuatan usrah ini luar biasa.
tak kira masa dan ketika.
susah dan senang semua kami rasa bersama.
bagai dibius cinta berusrah.
mungkin..

sehingga saya berani nukilkan,
keunikn bumi waqafan sebenarnya ada 6 semuanya.
bukan 5.
dan yg ke-6 adalah usrah.


NOW.

moga2 saya dapat bawa 'rasa' dan 'cinta' dalam PINTAR.
kerana skrg saya masih lagi biasa2.

mungkin dek mengejar falsafah 'exam tidak menggangu aktiviti PINTAR'
maka terjadilah PINTAR tanpa persediaan yang secukupnya.
PINTAR hanya untuk makan2.
hanya untuk sharing2.




[semua di atas baca:alasan dunia]

biasa.tanpa rasa.

ya saya rasa benda tu.tawar.
saya berasa bersalah.rasa tak mampu.
Allah lemahnya saya nie..

tapi saya yakin.
orang yang tak pandai memasak.kalau rajin,akhirnya pandai jugak..
insyaAllah..kita sama2 cuba ya..
saya tak mampu nak gerakkan sorang2..
saya hanya insan biasa2..

jom!
berusrahlah kerana Allah.

insyaAllah ikatan itu bukan ikatan yang sementra.
bahkan bisa membawa ke syurga.

p/s:usrah jambatan ke syurga..kalau bukan,nescaya kita tak disuruh berdoa..[al furqan 74]...



Sunday, 4 November 2012

SPM 2012

Ya Allah,hari nie SPM 2012..

one time.2 years ago..

saat anaknya sedang berjihad mata pena,seorang ummi sdg berlapar dgn rela hatinya menahan makan dan minum kerana berpuasa pada hari anaknya exam..

*ummi ...yang percaya bahawa,doa seorang ibu insyaAllah akan dimakbulkan,ditambah lagi doa orang2 yg berpuasa..

saat anaknya sedang berjihad utk paper addmaths di Kg.Jawa,Klang..seorang ummi sdg khusyuk membaca yassin nun jauh di Machang,Qlate sana..

itulah my ummi. tak pernah penat berkorban untuk anak2nya.
hari nie my only younger sista plak exam SPM 2012.

bezanya kami.
adik saya live dapat restu nk salam2 pagi2 nak exam SPM.
saya dulu hanya iTalk sebagai pengganti.. itulah pengorbanan bila mengaji jauh..

dan hari nie jgk,saya exam Physio Lab..nun jauh beribu2 batu lagi jauhnya...hanya mampu hantar mesej dan berWeinak,[tu pun klau line masuk..sbb phone ummi msalah..],nk berViber,berSkype..rumah plak komputer rosak,internet cable kena curi..Allah..

tapi hanya satu saya mampu lakukan..

DOA.

dri kjauh aku titipkan doa buat kedua org tuaku dan adikku~Moga Allah permudahkan urusan mereka di dunia n akhirat.. dan moga diberi kesemptan buat diriku utk membalas jasa2 mereka~

Wednesday, 17 October 2012

Nasihat saya buat mereka yg sdg Jatuh Cinta.


ada kawan saya,mengadu..dia minat kat someone nie..
ada adik saya nie,mengadu..dia suka sorang lelaki nie..
ada sahbat saya nie..dia dah jatuh hati katanya..
dan ada sahabat saya.. dia mengadu,hati dia dicuri..

amboi~hehe..apapun.. macam2 kisah,macam2 cerita..
tapi nie pesanan ringkas saya buat golongan2 seprti yang di atas..



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!
:

p/s:jangan lafazkan lagi...sehinggalah benar2 mahu dan mampu untuk memiliki.... sayangi dia dgn sebenar2nya erti sayang.... bukan dengan membiarkan dia lagha dengan cinta fana.... :)


Monday, 15 October 2012

Tribute:Ain Zuhaili

dulu,saya selalu kena usik dgn kawan2,akak2,,,
last2..saya tak stay pun..

tapi mungkin Allah dah tetapkan tempat yg selayaknya utk saya..
dan untuk sahabat sya,Ain Zuhaili..
satu2nya wakil muslimat gen55 yg jadi Stayer..

Allah tahu dia yang paling layak utk jadi stayer,
Allah tahu dia paling layak diuji ujian mnjadi stayer,
Allah tahu dia yang paling tabah utk mnempuhi liku2 di bumi waqafan..
Allah tahu dia yang akan mnjadi insan yg hebat,
Allah tahu dia yang paling kuat smgat..

sbb kenape?
sbb Allah nak bagi pahala lebih kat Ain,
Allah nk tambahkan iman Ain...

saat semua shbat2 pergi meninggalkan bumi waqafan..
saat semua sibuk dgn urusan masing2
Allah nak bagi Ain rasa keindahan sbgai student ki ..
merasai jatuh bagunnya Ki..
yg kian diasak dugaan dan cbran nan bertubi2...

betul la..
kita yg bukan lagi kat kisas,,tak rasa ape yg Ain rasa..
perit getir,suka duka yg pernah kita rasa,
smestinya tak pernah sama dgn ape yg kita lalui bersama mse form 5..
Menjadi stayer...bukan semua mampu pikul cbran..
bukan semua mampu tahan dugaan..
hanya insan yang terpilih.

kita masing2 dah melata menjalar kat muka bumi nie..
semoga kita dibusykan dgn urusan untuk memperbaiki diri utk mnjadi insan yg lebih baik..
menjadi penuntut ilmu yang ikhlas..
ayuh kita doakan shbat2 kita yang masih di alam persekolahan..

meskipun dunia kita berbeza,
kita adalah dari generasi yg sama..

berat sama dipikul,ringan sama dijinjing..
doa sama dipalu..

ikhlas dari kami.gen 55 muslimat.buat Ain Zuhaili.semoga dipermudahkan urusan khususnya dlm STAM.. diberkati masa,ditambahkan nikmat iman dan islam.. dan moga sntiasa dalam jagaan Allah yang Maha Memelihara.

esok.STAM.16 Oktober 2012.



p/s:tak smestinya kita yg dah kat dunia luar nie tak dapat ape Allah nk bgi kat Ain tu..insyaAllah.. walaupun di mana jua kita .. yang penting hati ikhlas dlm amal kbjikan serta kerja buat






Saturday, 13 October 2012

Share kerana Allah.

alhamdulillah.dah selesai satu paper utk First Exam,utk second Year.Paper Pathology!

sepatutnya skrg saya tgh studi dan pulun utk anatomy esok!tapi rse mcm nk tulis jgk.

alhamdulillah. saya rasa bahagia sangat hari nie.Result Pathology saya ? saya pun tak tahu nak ckp result saya tu ok ker tak.tapi saya rsa redha.syukur.tenang.happy.alhamdulillah Allah campakkan rasa tu buat saya.puas kerana result saya mencapai target hati dan perasaan saya.dan bagi saya result Pathology saya satu permulaan yang baik untuk sem ini.

[saya tak mahu compare dgn orang sbb saya hanya bersaing dengan diri saya sndiri,target saya sndiri,mungkin org ckp penting utk compare-->dan sy stuju utk certain2 kes shja..tapi bagi saya apa yang paling penting bila kita dapat result tu kita rasa tenang.tinggi atau rendah kita berbalik kembali kepada Allah.alhamdulillah itulah saya rasa selepas dapat result pathology tadi ^^]

Nikmat itu bukan pada angka.bukan pada banyaknya peratus semata.tapi lebih daripada itu.

Alhamdulillah again.Allah hadirkan hati saya untuk menelaah subjek2 yang saya kira saya kurang minat untuk explore.mungkin berkat doa mak ayah..hmm dan antara doa2 saya sepnjng dlm flight hari tu pun saya selitkan supya Allah tambahkan minat saya utk mendalami ilmu2 Allah,termasuk ilmu dan bidang yang sedang saya explore skrg..

saya rasa free ja nk baca buku Pathology compare to lecture note and slide.perasaan ingin tahu saya semakin kuat.rasa ihsan saya makin bertambah.alhamdulillah.. rasa bahagia.bahkan saya rasa satu perasaan yang sungguh bahgia saya tidak stress utk kejar markah2...

tapi hakikatnya saya sbnarnya tak fhm pun ape yg saya baca.and i need to read again.again.and again.lastly,lepas buat soalan baru faham apa yang dibaca.

bila org label kita rajin studi[padahal tak rajin pun,last minute jgk..].saya pujuk diri saya..

"saya studi bukan sbb saya rajin,sbb saya nak faham.. dan saya bukan org yang sekali baca terus faham,jadi saya perlu usaha lebih utk faham.tak hairan lah kita kena lebih masa utk bersama2 buku,notes n silde[sbnarnya tak sempat pun nak pulun semua tu,utk sedapkan hati,yang kita dah berusaha..mungkin..huhu] tersebut.."

kekdang saya rasa loser.buat ape nak baca ?sdgkn tak fhm pun.buang masa ja.tapi saya tak tahu kenapa saya pujuk diri saya lagi..[teknik monolog bertuhankan Allah-->nie kawan saya ajar mcm mne nak mujhdah,sentiasa berdialog dengan diri sendiri] p/s:bukan ckp sorang2 tau.teknik fikir dgn hati.

"..mungkin orang lain Allah bagi dia baca sekali dia dah fhm,Allah nk dia bersyukur dgn kelbihan dia..
mungkin kita yang baca tak fhm2 nie,Allah nak uji kita sejauh mana takat usaha yg kita laburkan..teringat org selalu ckp,Allah tak pandang hasil,Allah tengok usaha..

Tapi klau jadi org yang baca sekali fhm,pastu dia bersyukur,,bukankah itu yang paling best ???

Allah.bukankah Allah dah tentukan setiap orang ade kelebihan masing2?? jadi kita kenalah bersyukur..alhamdulillah Allah bagi nikmat kat org2 macam tu sbb dialah yg akan ajar kita,bantu kita fham..dan sinerginya ada kat situ.bukankah hidup ini saling perlu memerlukan ? sebab itu Allah bagi nikmat tak sama,ujian yang berbeza,,supaya manusia boleh berkongsi..hatta sekalipun benda tu kecik.. teringat saya hadis nabi tentang..sampaikanlah daripdaku walaupun sepotong ayat.. Allah... nabi sendri menggalakkan kita berkongsi sekalipun sepotong..apatah lagi berpotong2...jadi camne ?

saya rsa istilah 'ana segan dgn enti/enta' perlu dibuang jauh2.tapi lebihkan falsafah...'ana nak share ngn enta/enti nie'...

Moga Allah tak tarik nikmat ini.

saya takut nak kongsi.sbb saya takut saya diuji.tapi saya beranikan diri jgk nak share.sbb saya rasa semua org perlu terus berusaha untuk ikhlas dalam memberi...dan khususnya perlu ikhlas untuk belajar bidang nie.be positif..dan saat diri kita pada tahap positif yang maksimum ini,kongsikan sepenuh rasa ini sebelum rsa positif yg maksimum itu bertukar menjadi minimum.dan benda yang saya paling harapkan,shbat2 serta diri saya sndiri sentiasa keep positif dan mudah-mudahan Allah tak tarik nikmat2 nie..ameen ya Rabb..

Maksimumkan falsafah erti hidup pada memberi.

pada saya.tak semua kita sempat kongsi.dan kita tak punyai byk masa nak berkongsi.dan kkdang2 kita akan tak mampu nak berkongsi pada saat2 kita lemah.jadi,saat kita dikurniakan momentum utk terus memberi pastikan kita memberi sepenuhnya.walaupun kita rasa benda tu tak penting,kecik pada pandangan mata org lain yang jauh lebih hebat..

percayalah jika kita ikhlas untuk berkongsi,kita percaya nilai yang selayaknya bukan penilaian mata manusia tapi nilai pandangan mata Allah..kita akn feel free nk kongsi dgn sesape shja tanpa hiraukan pndangan orang..kerana ape? sbb kita share kerana Allah..

akhir kalam.doakan saya istiqamah dalam apa2 amalan kebajikan dan utk esok.Anatomy!

p/s:catatan ini skdar satu rasa.moga dapat rasa dan like.


Wednesday, 10 October 2012

Ya Allah,jauhkn kami dr fitnah cinta bernoda.


Cinta itu fitrah.
Jangan diusya jika sekdar main2
Jangan ditanya jika hari muka belum pasti apa akan terjadi
Jngan disibukkan jika belum tiba waktunya
Jangan didekati jika diri masih jauh driNya
Takut dekat2 kerana Nafsu,
Takut minat2 skdar Nafsu,
Salurkan fitrahmu pda tempat selayaknya..
Tuntunlah diri agar kuat mujahdah..
Dunia hri ini bukan dunia cinta kapel..
Hari ini bukan lagi cerita novel persis remaja nan bercinta..

Sabar,simpan,jaga,pelihara..
insyaAllah akan tiba masanya..
kawan2.. shbat2.. jgn jatuh dlm perangkap..
dunia ini terlalu murah utk dibeli..
belilah akhirat sana dgn mnjga diri.
Hati dan perasaan.

Hati2..jgn kerana fitrah cinta kita,ada hati lain yg ternoda.
Fikir sebelum bertindak.

Ya Allah,jauhkn kami dr fitnah cinta bernoda.

specially to domers.

Tuesday, 25 September 2012

hilangnya PERMAI di hati



Kecewa.kecewa.tak rasa aman dengan PERMAI.ke mana hilang serinya ?ke mana hilang harmoninya ? dikhianati satu propaganda yang dinamakan TARBIAH.

aku si Buta.dan kalian menambahkan lagi kebutaan itu.
Allah,ampuni sekalian warga PERMAI..Allah berkati kami dan seluruh warganya.

hakikatnya hati ini yang kurang PERMAI.
moga pipit2 tak tersalah arah,agar pulangnya menjadi helang.


Friday, 21 September 2012

Tribute To Junior

langit cerah membiru
awan putih bak salju
bayu meniup lembut
tenang di dalam kalbu

di kembara ini
aku keseorangan
sendirian mencari
hanya redha Illahi

lihatlah di sana camar terbang tinggi
gunung berdiri gagah,suria pagi yang cerah
lihatlah manusia ,mereka ada yang papa
hilang yang dicinta ada yang sengsara


di kembara ini
aku keseorangan
sendirian mencari
hanya redha Illahi


semuanya bukti Allah Maha Kuasa
bersyukurlah pada Illahi

usah gentar usah gelisah
usah takut pada manusia
harapan kita hanya untuk Dia
Allah yang Esa..


lihatlah di sana camar terbang tinggi
gunung berdiri gagah,suria pagi yang cerah
lihatlah manusia ,mereka ada yang papa
hilang yang dicinta ada yang sengsara

bangunlah wahai teman
ayuh kita berjuang
kita sahut seruan
jadilah orang dagang
biarlah orang kata
apa nak di kata
kita tetap bersama
dalam kembara hamba

lyrics by:TOM

p/s:suke lagu nie ^_^ nnti saya share link yaa

Wednesday, 12 September 2012

Renew.



peringatan bersama..

sebelum ana nak titipkan perkongsian dan peringatan bersama ini, ana nak bawakan satu 
analogi dalam kita nak mengajak orang lain sama-sama menuju kebaikan, 

" mencuci kain buruk "


bila kata kain buruk, lazimnya pasti kotor tak pun dah lusuh. tiba-tiba ada orang datang bagi 
tau kita utk cuci kain buruk tersebut. tapi bila kita nak pi cuci, tangan kita pun kotor.
 lalu kita pun cakap pada orang tersebut,

" maaf. tangan saya kotorlah, xleh cuci kain ni, bagi rang lain lah yea "



dia rugi menolak tawaran utk mencuci pakaian tersebut. mungkin dia melihat tindakannya
dah bijak dengan menolak, alasannya tangan dia pun kotor, takot mengotorkan lagi pula kain tu.

ya, dari satu sudut dia mmg seorang yg perihatin dan bijak. tapi dia cuma bijak sini, dia tidak bijak sana.bijak sini tu mcm mn?


bijak sini maksudnya, dia rasa bersalah dan dia melihat jika dia mencuci pakaian tersebut dia
akan menambah kotorkan lagi. dia hanya melihat kesan yg terdekat sahaja. jadi dia kesian pada org tersebut, dia pun menolaknya..




sedangkn orang yg bijak sana. dia akan memiliih utk mencuci pakaian tersebut. kerana apa? 
kerana jika dia mencuci pakaian tersebut, bkn kain tersebut sahaja akan tercuci tapi tangan 
kita pun akan TERcuci dan bersih sama dengan kain tersebut sedangkan kita tidak niat pun utk mencuci tangan kita yg kotor itu.air yang kita cuci bersama-sama dengan kain itu, akan membawa kotoran-kotoran tersebut ,mengalir berpisah dari kain mahupun tangan kita.


" betui ka tangan kita akan tercuci sekali, ana RASA tak kot? "
 jika ada org kata mcm ni, tanyakan kembali.

" anda pernah mencuci pakaian tak? "
org yg mencuci pakaian pasti akan melihat pakaian dan tangannya akan turut bersih.
begitulah dalam kita nak mengajak seseorang ke arah kebaikan,
hakikatnya kita juga kotor dan tidak sebersih mana, tapi jgnlah disebabkan itu kita 
menjadikannya sebegai alasan supaya tidak mahu mengajak org lain ke arah kebaikan dan membaiki diri.




kepada sahabat-sahabat di perantauan khususnya di bumi syam ini, ingatlah matlamat anda kembali datang ke sini,


kita bukan nak datang ke sini utk berdamping dengan laptop,

bukan nak tengok filem korea .
dan kita BUKAN DATANG KE SINI UTK BERSUKA RIA...duit yg ibu dan ayah kita amanahkan kepada kita bukan utk semua itu.masa yg Allah berikan bkn utk dilakukan pada perkara yg sia-sia..



ruang dan peluang yg Allah izinkan kita utk datang sini bkn utk di persia-siakan. gunakanlah 
peluang yg ada dengan menelaah semua kitab dan mencari ilmu dan manfaatkan kesempatan yg ada.ramai tidak mensyukuri yg ada dan sering mengisi apa yg tiada...Allahhhh.....
ayuhlah teman-teman dan shabat ana...kita tajdidkan semua niat kita datang sini..


Apakah niat anda ??



tepuk dada tanya iman, tanya hati

" BEGIN WITH THE END IN MIND "



by : Akram Afifi

Saturday, 8 September 2012

MALAM SAYEMBARA PUISI FB 2012

SAJAK 1

aku yang gila.

aku gila

sbb ade kawan mcm korang

aku gila sbb jumpa dengan korang.



kerana korang yang gila2..



aku mnjadi gila..

gila meroyan rindu teman2 lama.

gila tempyan nak borak ngn korang.

gila jiwang nak nyanyi ssame korang.

aku yang gila

gila kerana cinta.

cinta dri seorang yg gila kepada seorang yang gila2.

apakah aku ini gila ?

kau like kau gila..


SAJAK 2.

saat bintang terang berderang,
menrangi malam yg gelita..

saat matahari cerah memancar,
menyinari dhuha yang di dingin..

ketahuilah shbtku,
kasihku lebih terang dari sinar bulan dan bintang,

rindunya lebih cerah memancar dr pncaran mentari dhuha..

ukhwah fillah..
dri bumi yg satu kite diprtemukan..
atas nama jihad ilmu kite dipisahkn..

slmat berjuang,,
skalipun dunia kita jauhnya antra benua..
fastaqim kama umirt ya ukhti

SAJAK 3.

malam ini,
hibanya seperti setahun yang lalu..

sebelum pipit2 terbang berterbangan..
dunia batu kaca ditangisi..

bukan kerana calarnya yang terukir,
bukan kerana terpalitnya darah yang mengalir,

ttpi hebatnya tali ribath yg tercipta
antara kamu,aku dan kalian semua..

kini..
aku dan engkau
bertemu dan berpisah kerana Dia..

moga kita tetap seiring dan sejalan..
berlari selajunya menuju SANA..

sekalipun pun kkdang rebah,
teruskan melangkah..
sekalipun merangkak..

kerna SYURGA itu milik yang BERUSAHA
dan milik kita BERSAMA :)

p/s:moga diperteguhkan hati untuk terus beristiqamah~

SAJAK 4.

Dalam dingin angin malam
Aku mencungkil memori lalu
Ukhwahku buat sahabat yg ku rindui dr jauh
ALLAH
sampaikan pada dia
walau jauh dirimu di mata
Hati masih meront berjumpa
Ya ALLAH..rindunya aku akan dia
permudahkanlah urusannya
Agar ingatannya terhadapku terlakar buat seketika
saat dia lapang dan berehat sebentar
kerana ukhwahku padanya
Ku sandarkan padaMu..
dari teman buat teman,pelajar,daie,bakal isteri solehah,bakal ibu mithali..

Ainsyam 93

SAJAK 5.

Dengar-dengarkan...hehehe..puisi kami 3 versions (igt gangnam style je ade ke)

Rindu di hati siapa yang tahu,

dayung-dayung sampan,ukhwah di hati masih tersimpan.

Ukhwah fillah kekal di hati,

moga berkekalan di syurga nanti,

Panah cinta, ukhwah terbina;

Harum mewangi di taman syurga...

Walau tahi lalatmu menjadi hiasan...

Ingatan kekal jadi sisipan...

indahnya hidup berukhuwwah...walau terpisah jasad...

hati tetap terikat...

dalam setiap doa yg terlafaz...

dlm setiap ingatan yg terlintas...

moga akhirnya,....

semuanya dipertemukan dlm redha n rahmat Allah...biiznillah

I hear the beat of my heart getting louder whenever I'm near you,

because my ears always yours...

To calm and to solve..

As a friend of...

la liqa' illa salamah..la salamah illa ukhuwah

La taqul ma3assalamah..walakin qul ilal liqa'

idza lam naltaqi fid dunya...ssanaltaqi fil jannah inshaAllah


Made by kisasians batch 55

Wednesday, 15 August 2012

Saya=Seorang lelaki


Suasana malam tu tenang je.. mungkin kerana keberkatan majlis yang akan berlangsung sebentar saja lagi.. bagaikan terasa sayap malaikat menaungi.. dalam hati saya mengaminkan bisikan2 suara makhluk berakal dan yang tidak, yang tidak henti2 memohonkan keampunan bagi mereka yang datang ke majlis ilmu ini.. rambut yang sedikit terjuntai masih lagi basah dengan wudhuk isya tadi, saya selit kemas dalam songkok… Al-Quran mini berwarna coklat muda itu saya belek, lalu saya buka muka surat bertanda, surah yusuf menyapa mata… teruja rsanya membaca surah ini.. Al-Quran bagaikan buku cerita terbaik dalam dunia.. cara penceritaannya hebat.. hinggakan teknik penceritaan surah yusuf dipilih menjadi salah satu strategi teknik pengolahan cerita oleh sebuah syarikat penerbitan ternama…kisah2 pengajaran yang reality pernah berlaku satu ketika dahulu, diceritakan semula… saya tertarik dengan Nabi Yusuf yang sangat tabah, meskipun sedari kecil memori dan sejarah silamnya tidak seindah orang kebanyakan, namun dia bangkit menjadi pemuda yang membawa peranan…. Walaupun saya tidaklah sehensem mana, saya yakin Allah memberi peluang kepada hambaNya sama rata… saya juga punya peluang utk menjadi ‘seseorang’ satu masa nanti, dan langkah saya perlu bermula dari sini…

Saya pejam mata… cuba merasakan kehadiran Dia setiap masa.. minda mula mencari idea… fikiran
saya menerawang..

Andaikan saya terasa sgt2 emergency nak masuk ke tandas awam… kena masuk selalunya due posen.. tak tertahan hingga mungkin kerutan di wajah saya berjaya mengundang rasa faham dari mak cik yg menjaga tandas itu..

“takpe dik, takpe.. masuk dulu.. terseksa mak cik tengok begitu..”
Allah, leganya.. berulang2 saya ucap tq.. bile keluar semula dari tandas, saya raba2 kocek jeans yg saya pakai… juga kocek di baju t-shirt biru ini.. tapi seposen pun takde.. serba salah rasanya.. saya tak mahu dituduh mengambil kesemptan.. sekali lagi mak cik itu bersuara…

“tidak mengapa dua puluh sen je..” saya tersenyum segan… saya cakap lagi kat makcik tu, tq, maaf sesgt.. baiknye die…

Andaikan saya beli kuih muih di bazaar ramadahan di Malysia…. Malaysiakan… makanan sgt banyak…. Macam2 saya rasa nak beli… tetapi kali ini, saya terlambat pergi, hempir waktu berbuka baru saya sampai ke bazaar tersebut.. memang banyak sgt bazaar yg dah tutup, tapi ada se lagi kedai kuih yg baaaaruuu nak start kemas, saya jalan laju2.. nak beli kuih.. mujurlah masih banyak yg tinggal…

“saya mahu ini seringgit…” telunjuk saya pada kuih badak berendam..

Saya pelik lihat pak cik itu membungkus pelbagai kuih dan dimasukkan dalam satu beg plastic.. saya toleh ke belakang.. memang saya seorng sahaja yg membeli… lebih pelik apabila dia suakan kuih itu buat saya… semuanya sekali…

“ramadhan kareem, adik! Sudah mahu tutup kedai.. adik ambil sahajalah semua ya, berbuka dengan keluarga.. doakaan pak cik murah rezki…” wah, Alhamdulillah, dapat free je…

Mereka sgt baik… kebaikan mereka, saya kegumi… jika insan2 disekeliling saya begitu, apatah lagi tuhanku? Dia pastinya lebih lebih lebih punya lebih lebih lagi baik… saya tersenyum.. Teringat analogy yang saya ciptakan sendiri akan kebaikan2 Allah… terasa hidup ini mudah sahaja walupun kadang kala ujian datang melanda..setiap hari, minda psositif dgn Dia.. walaupun punya kekangan waktu dek kerana tanggjwb yg macam2, keyakinan saya jitu, masa itu Allah yg pegang, dan setiap prob yg timbul, Dia akan bantu tanpa jemu.. dan jika Dia mahu bantu, bantuanNya mashaAllah, lebih mudah dari sekadar petik jari..

“ketik!” saya petik jari.. opss.. rakan2 disebelah menoleh pelik..

dewan besar yang mampu memuatkan lebih 50 orang pelajar sedikit demi sedikit mula dipenuhi dengan manusia… saya datang awal.. sebab nak cop tempat depan.. nak dengar direct dari penceramah.. kawan2 yang lain pun hadir seorang demi seorang… saya sempat curi2 lihat.. semua kawan2 sekelas saya hadir sama.. (MEJ3 YE :) dan semua MEJlah, ada yg tak nak baca sampai habis nanti….)

Alhamdulillah, beginilah ciri2 bakal2 pemimpin harapan ummah dan mawar2 agama yang patut ada dalam jiwa kita semua.. cintakan majlis ilmu..

Derapan langkah kaki penceramah saya soroti dengan pen yang sedia di tangan.. saya akan cuba pastikan setiap kalimat2 hikmahnya saya catat kemas dalam diari.. biar ia mampu diingat dan diulang2 menjadi ingatan, hingga nasihat2 dan kebaikan2 itu sebati dengan diri.. menjadi peneman, meneman mimpi… (muqaddimah dah panjang..)

Ringkas je pengerusi majlis menerangkan butir2 penceramah.. seterusnya penceramah memulakan ceramahnya dengan doa dan salam.. salamnya bersahutan..

“siapa disini yang mendapat tajaan ke luar Negara?” tanyanya dengan senyuman mesra. Senyuman tu bagaikan salah satu ucapan tahniah tidak langsung dari beliau..

Pelik rasanya mengapa dia bertanya.. setahu saya, semua disini adalah kawan2 yang sesampan dengan saya.. sama-sama akan ke oversea… saya angkat tangan.. semua kawan2 saya begitu.. kemilau cahaya kegembiraan jelas terserlah di wajah mereka…  hati saya berpalu ucap Alhamdulillah.. nikmatnya ya Allah, org yg tak terer macam ni  pun Allah sudi kasi peluang..

Soalannya yang seterusnya.. “siapa disini yang adik beradik dia lebih dari seorang? Senang cerita yang bukan anak tunggal?”… telinga saya sempat mendengar tawa2 halus yang mula kedengaran… saya  angkat tangan lagi.. layankan sahaja… hampir lebih separuh dari dewan mengangkat tangan.. majority…

“ok2.. saya tahu anda dah bosan.. soalan last2!”… dewan gamat dengan tawa…

“antara ramai2 adik beradik kalian, siapa disini yang hanya dia terpilih antara kakak dan abngnya yang Berjaya mendapat tawaran ke luar Negara?”… dewan senyap sunyi…

Saya mula mendapat ritmanya… soalan demi soalan yang penceramah ajukan, rupanya terselit hikmat halus yang cuba beliau sampaikan.. tidak menunggu respon dari pelajar yang berada dalam dewan… beliau teruskan berkata-kata..

“siapa yg dengan yakinnya mampu angkat tangan kat sini, dia terpilih kerana kepandaiaanya, kerana dia memang bijaksana?” senyuman itu masih seperti biasa.. mana mungkin ada yang berani mengangkat tangan.. saya dapat rasakan keikhlasannya dalam menyampaikan..

“ wahai bakal2 pemimpin harapan ummah, mawar2 agama… bukan tujuan saya mahu menyindir.. saya ingin kalian rasakan, betapa nikmatnya berada dalam kalagan mereka yang berpeluang ke luar Negara… berpeluang menjadi antara mereka yg berpelajaran.. biar hari2 kita adalah hari2 yang dipenuhi dengan rasa syukur tak terhingga.. hari2 usaha menjadi hamba terbaik depanNya…”

Tidak lekang mata saya melihat penceramah, tangannya memegang kejap bahu… suaranya lantang berbicara..

“berat bahu kita menggalas amanah dan tanggungjawab.. saya tahu, ramai disini bukan dalam kalangan mereka yang punya keluarga berada.. saya juga tahu, ada antara mereka yang memang dalam keluarga yang senang hidupnya… mungkin bagi mereka yang sederhana keluarganya, ini adalah seciput kebaikan dari Allah yang sudi memilih kita sebagai perantaraan.. membina kembali dan memperjuang nasib keluarga… tidak kurang juga bagi mereka yang kaya raya keluarganya.. ini adalah dari kebaikan tuhan yang tidak jemu memberi rezki dari arah mana2 yang Dia mahukan…”

KITA HAMBA BERHUTANG~

“saya teruja untuk berkongsi bersama.. perbualan yang pernah singgah di telinga saya mengenai bebrapa org pelajar saya yang bercerita mengenai duit2 tajaan yang tidak habis digunakan.. subhanallah, ada antara mereka yang memasang impian menyenangkan keluarga, ada yang mahu belanja keluarga ke umrah dan sebagainya…. Kalau kita tahu, betapa banyak sebenarnya kita berhutang, setiap detik dan waktu, kita pasti malu untuk culas laksanakan tugas kita sebagai seorang hamba…”

“ada antara mereka yang apabila habis sahaja exam, nak cepat2, nak lari2, lompat2, terbang2 balik kerumah…” suasana dewan yang sedari tadi sunyi mula kedengaran tawa.. mana tidaknya, setiap prbuatan yang penceramah lafazkan, dia iringi dengan aksi.. bagaikan benar sahaja dia mampu terbang….

“nak cepat2 balik sebab apa? Ada yang tidak sabar utk release tension dengan drama2, atau nak berfb , main game dan sebagainya… tidak kurang juga, mereka yang tidak sabar2 utk pulang ke rumah, nak cepat2 sujud syukur.. ‘terima kasih ya Allah, kalau Kau tak bantu, saaaaatttuuuu soalan pun, hamba tak berdaya nak jawab…’” hatiku terpukul… saya begitukah?

“bila kita rasa bahu kita berat dengan tanggungjawab, setiap perlakuan kita ada yang tidak jemu2 melihat dan menilai, kita akan ambil berat dengan setiap amanah yang telah diberikan….”

“kita tidak akn tegar culas dalam beribadat.. bangun subuh, lambat je sokmo… sebab kita nak jadi hamba terbaik… kalau di u pula, takkan berani nak ponteng kelas.. malu.. bukan dengan manusia, tapi dengan Allah… manusia bukan tahu pun.. kita boleh je rancang strategi nak ponteng tanpa dapat dikesan..”

 “memang kadang kala ada antara kita yang Allah pilih sebagai insan yang memang mudah nak tangkap belajar.. gifted,, tak kurang dengan mereka yang lambat sedikit, tapi percayalh, Allah ada je setia membantu… mari kita sama2 meraikan… saya tahu mereka2 yang punya kelebihan yang lebih ini selalunya dialah yang akan menjadi guru.. membimbing rakan2… lebih saya hormati kerana disebalik kepandaian itu, terselit sebuah disiplin yang jitu… dek kerana rasa mensyukuri akan kelebihan yang Allah kurniakan.. tidak pernah ponteng kelas, dan sabar mengajar rakan2…”

“mengapa harus ponteng kelas? Ada antara kawan2 kita yang tak diberi peluang oleh Allah utk sambung pelajaran ke dalam bidang perubatan.. ingat tak? Berapa ramai antara kawan2 kita yang dengan semnagatnya tulis dalam biodata, nak jadi doktor.. tapi kecundang di medan peperiksaan.. ingat tak kata2 mereka.. ‘ aku kalah disini, aku pass baton ni pada kau.. kau kena terus berlari, hingga ke garisan penamat..’… jangan begitu, jangan pandang enteng pada tugas kita, apa perasaan mereka jika merka tahu… terguris hatinya… bayangkan kalau mereka berdoa…. ‘ya Allah, kalaulah aku yang Engkau pilih berada di tempat dia, takkan aku sia2kan peluang ini.. akan aku gunakan sebaiknya…”

RASA KE DIA ADA?~

“saya analogikan sesuatu… kalaulah kita berada dalam perpustakaan… ada pustakawan (ye ke ejaannya?) yang dok meronda… tawaf keliling meja kita.. mesti kita akan baca buku dengan sgt sopan.. buka helaian demi helaian dengan penuh berhati2, takut terkoyak.. duduk diam2 je, sebab tak mahu kena tegur… atau kita berada di dapur mencuci pinggan, mak kita ada sama… mesti kita nak basuh pinggan cermat2, takut2 pula terjatuh, pecah pinggannya… begitu juga dengan kehidupan seharian kita.. kalau kita rasa diri kita diperhatikan sentiasa, ada yang mencatat setiap gerak laku kita, kita pasti akn cuba menjaga diri kita sebaiknya… ihsan setiap ketika…”

Majlis ilmu itu berakhir agak lewat malam.. tapi saya tak rasa merugikan, malahan ini bagaikan salah satu cara Dia dalam menyampaikan cintaNya.. Alhamdulillah… teringat beberapa tips keramat yang pernah dikongsi oleh sahabt….

“Awak, rasakan Allah ada disetiap detik dan waktu kita bernafas…”

Kalau2lah tengok jawab exam, blur dan blank semacam je… dalam kita mengerah otak mencari jawapn, ce try seru nama Allah, selawat… bisik dihati. “ya Allah, bantu saya hentam soalan ni, moga2 betullah, pasni nak study lagi baik2 lah…”

Ada kala kita terlambat ke satu destinasi… nak berjalan kaki macam tak berdaya je… doalah lagi, biar kte rase tiap masa Dia ada… “Ya Allah, hantarkan satu teksi.. saya benar2 dah terlambat…”

N even kalau kalian tengah mandi.. air tu adalah salah satu hamba Allah yang setia…. Pun boleh berdoa, dalam hati…. Biar rasa, Dia sentiasa ada… “dengan air ini ya Allah, aku harapkan Kau alir segala dan segenap semangatku yang telah luntur. Dek kerana markah ujianku yang tidak begitu baik… alirkan ia… buangkan jauh dari tubuh badanku… dengan air yang mengalir di tubuhku  ini juga ya Allah, jadikan ia bagaikan baja, jadikan ia penyembuh duka, bangkitkan kembali semangatku yang baru, utk aku terus dan terus bangun menggapai cita2… langkahku masih jauh.. aku tidak boleh mengalah sekarang…”

p/s: DEAR KAWAN2 SEKALIAN…. SAYA NAK PETIK KATA2 SEORANG AKHWAT… BILA KAMI SEBUT PASAL ‘SYABAB’, KAMI DAH TAK NAMPAK DAH DAK2 LELAKI YG SUKA SANGAT TARIK TUDUNG KAMI, KAMI TAK NAMPAK MEREKA YANG SUKA SGT CAKAP KASAR2, SUKA SGT CELEN2KAN KAMI DENGAN DAK2 LAKI LAIN, ATAU JULURKAN KAKI BIAR KAMI TERSADUNG, TAPI KAMI LIHAT MEREKA SEBAGAI MEREKA YANG BAKAL MENGUBAH DUNIA.. KAMI LIHAT MEREKA MACAM PEMIMPIN2 YANG KAMI MAHU SOKONG DARI BELAKANG… MEREKA HEBAT, SEBAB MEREKA INSAN YANG ALLAH PILIH SEBAGAI BAKAL PEMBELA AGAMA ISLAM.. KAMI POSITIF DENGAN PEMIMPIN KAMI… JIKA ADA TERSALAH SANA SINI SIKIT2 TU, KAMI ANGGAP ITU SEBAGAI LANGKAH PERTAMA, LANGKAH AWAL MEREKA UNTUK BELAJAR.. KAMI POSITIF…. insyaAllah, semoga Allah bantu kawan2 utk faham dengan cara yang terbaik sekali… ini nota syg+cinta, bulan ramadhan kan bulan kasih sayang, bukan nota yang mahu menyindir atau menghukum sebab jujurnya yang menulis lagi banyak salah dan lagi bnyak benda yang dia perlu ubah…
kalau kita pandang sesuatu dengan positif, hati kita akan menyanyikan irama yang sama.. sekian, tq sgt sbb tabah membaca..

nur amalina azman via tazkir qulub DOME~