Wednesday, 18 January 2012

Folder Lama~

Assalamualaikum..

 tgh tgok2 document lama kat word terjumpa 'folder lama' nie:

Sudah lama hati tak menuntut janji dengan pena.lantas pantas jari ini berlari laju.ya,hati ini sedang gusar..dari hati ini ingin dinukilkan segala rasa hati.pendamnya lama.kekadang hilang dek mata tinta yang dibiar bertangguh..

Oh hati..susahnya ingin melawan dirimu..
Oh hati..kacaunya dirimu ..
Oh hati..aku penat melayan dirimu..

Kecewa aku dengan dirimu wahai hati,jika elok dirimu mesti elok diriku..malangnya aku merasakan engkau semakin rosak,hitam,penuh titik noda..kerana aku makin jauh tersasar..

Sungguh,takutnya aku untuk berkata-kata walaupun kata-kata itu dari hati..kerana ia dari hati yang sakit..

Jika aku berkata aku akan tidak kotakannya..
Jika aku berkata aku sendiri tidak memenuhinya..
Jika aku berkata aku mungkiri kata-kataku sendiri..

Malangnya aku,kerana aku tewas pada satu gumpal darah yang bernama hati..
Segumpal darah yang menjadi barah..
Malangnya aku kerana tidak menjaganya..
Allah.aku cuba untuk membersihkan hati ini.aku baca ayat-ayatMu,aku cuba untuk mentadabbur..namun ya Allah..nafsuku lebih berkuasa,merajai hati..menguasai hati ini..

Ya Allah Yang Maha Suci,sucikanlah hati ini,
Ya Allah Yang Berkuasa,Kuasailah hati ini,
Ya Allah Yang Memiliki segenap isi Alam,milikilah hati ini,
Ya Allah Yang Maha Kuat,kuatkan hati ini daripada nafsuku sendiri..

Air mata tak mampu mengalir keran bekunya hati.maafkan aku.ampunkan dosaku ya Allah.
Izinkan aku mengejar cintaMu..ameen..

Jika ikut rasa,fikiran tak waras..andai diberi pilihan,andai diberi peluang aku ingin berpatah balik..aku ingin atur hidup ini,,Allah datangnya aku ke Jordan ini dengan petunjuk Mu ,maka kepada Mu jua aku memohon kekuatan..aku mohon sangat ya Allah,pujuklah hati aku yang sedang lemah ini,ya Allah teguhkan azam ku dalam menuntut ilmu pergigian ini..

p/s:...bak kate sorang akak yg baru je lpas grad dr uk dlm bidang medik,,

"..tipulah klau kekadang dalam proses pembelajaran dan menuntut ilmu perubatan nie tak pernah rasa down...,dan percayalah dik,sepanjang tempoh 6 tahun adik2 belajar medik nie,berulang-ulang kali adik akan muhasabah dan tajdid niat adik..dan adik2 percayalah..jika adik2 betul hayati nilai sebenar seorang doktor,kerjaya sebagai doktor nie adalah jauh lebih dekat dan mendekatkan diri kepada Allah!.." 

No comments: