Friday, 20 January 2012

He Give What You Give

  • p/s:

    "..assalamualaikum, kak amnah.
  • hee suke ape yg akk tules kt akk punye wordpress
  • saya siap print lg.
  • supaya motivate skett.."

    ttba trgt wordpress yg dilupakan itu,
    dgn ini,sape yg belom baca meh baca meh~akak pun kena baca balik entry yg akak tulis nie,,terasa makan dalam bila baca tulisan sendiri~

    insyaAllah doakan akak dan shbat2 yg akan mengisi masa lapang ke turkey 23/01/12 nanti~syukran ^^



What you give you get back.
Tajuk entry kali nie agak klise kan ??
Entry ini penulis tujukan khas untuk adik-adik lepasan SPM..

Adik-adik,
Alhamdulillah,tamat sudah perjuangan adik-adik..insyaAllah setelah berusaha bersungguh-sungguh,saat ini adik-adik hanya perlu berdoa,berserah dan bertawakkkal kepada Allah..
Waah nampaknya bercuti panjang adik-adik..kini tak perlu dah nak stay up malam-malam,nak berstudy group..masing-masing dah rancang nak buat  macam-macam,ada yang nak ambil lessen kereta,tak kurang juga yang ‘terpaksa’ menjadi peserta PLKN..(jangan risau,PLKN best!bak kata kawan-kawan akak yang pernah ‘terpaksa’)

Tapi adik-adik,
Imam Hassan al Banna pernah cakap:
“..masa lapang membunuh pemuda..”

Jadi adik-adik,masa lapang yang ada ni guna baik-baik..manfaat sebaik mungkin..masa lapang nie bukan untuk:

MARATON MOVIE KOREA..
MELEPAK DI MID/SUNWAY/DAN SEWAKTU DENGANNYA..
MAIN GAME DOTTA/DAN SEWAKTU DENGANNYA..
PEKERJA SEPENUH MASA FACEBOOK..

Tetapi manfaatkan masa adik-adik yang lapang tu untuk:

BACA BUKU-BUKU SIRAH (mesti korang cakap boring kan ?? )
MASUK KELAS MENGAJI ( mesti korang rasa tak perlu kan ?? )
MASUK KELAS MEMASAK (mesti korang rasa tak perlu sebab boleh belajar sendiri dengan mak,huh)

TETAPI benda paling pENTING adik-adik kena jaga:

AMALAN ADIK-ADIK sepanjang TEMPOH sebelum KEPUTUSAN SPM DIKELUARKAN!(utk frasa adik-adik lepasan SPM,sebenarnya banyak lagi nak kena jaga..hehe)

Sebelum SPM dan semasa SPM adik-adik sokmo:

baca mathurat..
baca surah ar rahman, yassin , al waqiah lepas subuh..
berqiam (solat hajat, tahajjud , solat solat rawatib , solat istikarah , solat taubat )
TAPI AWAS!!percaya atau pun tidak,adik-adik boleh test tengok adakah setelah makin banyak masa lapang adik-adik di rumah,adik-adik akan istiqamah dengan amalan adik-adik nie ??? Alhamdulillah bagi yang kuat semangat dapat maintain..tapi bagi yang tak kuat iman..(huhuhu) ??? apa cerita ??

Dik,
Kita nie manusia biasa-biasa atau luar biasa ???
Ya,kita manusia biasa-biasa,,cepat sangat lupa,cepat sangat leka..kita yakin kita mampu istiqamah,tapi kita tertipu dengan bisikan-bisikan syaitan..
Kekadang adik-adik rasa malas,rasa dah cukup dah berusaha dan insyaAllah Allah akan bagi kejayaan kat adik-adik..maklumlah,masa jawab SPm adik-adik rasa puas hati dah dengan usaha adik-adik yang berlipat ganda..

Adik-adik rasa cukuplah dah doa tiap-tiap kali lepas solat Allah bagi straight A’s SPM,
Solat dhuha adik-adik pun adik-adik dah tak jaga..
Kalau ingat adik buat,kalau rajin adik buat,
Kalau malas,tak pun lupa adik dah tak buat..
Qiamullail pun sama,adik-adik jaga tak seperti mana adik-adik berjuang nak bangun pagi-pagi nak kejar tahajjud masa kat asrama dulu ??

Tambah-tambah tidur lambat bermaraton movie korea,
Bergamekan DOTTA ataupun FOOTBALL MANAGER..
Lepak nagn kawan-kawan kat MALL sampai lewat malam,tak pun lewat petang..
Nie lah masa terbaik nak berlagha-laghaan..pasni mana ada masa dah..betul tak ??
Kita manusia berjiwa remaja dik…faham je..

Tapi cuba adik-adik fikir..
Adik-adik rasa Allah akan bagi tak straight A’s tu ??

Kalau hidup adik-adik biasa-biasa je lepas SPM..
Adik-adik tak sungguh-sungguh doa..
Adik-adik tak istiqamah dengan amalan adik-adik..
Adik-adik berfacebooking,berbalasan chat perkara yang tidak perlu..
Adik-adik larut dalam keselesaan masa lapang..

Adik-adik oh! adik-adik..

ingat sokmo!
Allah bagi apa yang kita bagi kat Allah..
Allah will give what you give to Him!

konklusinya:

jom muhasabah balik!cukupkah apa yang kita bagi kat Allah,supaya Allah bagi kat kita apa yang kita mintak ??
perkara lagha yang kecik(tak jaga mata kat FB,stalk orang tu orang nie,dengar lagu2 lagha,tgok aurat artis2 korea(jgn marah hehe.DLL…) yang selalu kita buat,lama-lama tetap akan menghasilkan titik-titik hitam yang lama-kelamaan akan bertompok kat hati kita..bila dah hitam susah dah nak cuci balik,nak kena pakai klorok beracid ..berus besi pun belum tentu berguna..
jadi jom jaga hati!supaya kita rajin nak buat benda baik..senang nak menerima kebaikkan..ameen..

TAKE NOTE:
1.MASIH belum terlambat untuk adik-adik terus berusaha kembali ke landasan istiqamah,mintak kat Allah permudah segala planning adik-adik yang adik-adik dah senaraikan apa yang adik-adik nak buat lepas SPM…
2.doakan Allah bagi keputusan yang terbaik,jangan takut untuk berdoa sebegini,kerana Allah jua sebaik-baik perancang hidup kita..mungkin pada sesetengah orang Straight A’s+ adalah yang terbaik untuk dia,tapi bukan untuk kita,ada juga situasi yang bukan straight A’s adalah yang terbaik untuk kita,apa-apa pun Allah tahu yang terbaik,maka teruskan berdoa dan berdoa supaya Allah bagi yang terbaik!
3.benda adik-adik paling kena percaya!SEGALA-GALANYA REZEKI dan RAHMAT Allah..baik ataupun duka keputusan adik-adik,semuanya rezeki masing-masing..usaha mungkin juga menyumbang,tetapi rahmat dan kasih sayang Allah lebih mengatasi segalanya..kenapa akak cakap camni ??
Sebabnya..
Ada orang yang dapat straight A tak dapat biasiswa,yang tak dapat straight A dapat biasiswa..
Ada yang dapat straight A+ tak ada rezeki untuk fly,yang dapat straight A yang biasa dapat pula fly..
Dan macam-macam lagi pengaturan Allah..
Kisah seorang abid Allah yang ketika mana di hari perhitungan ditanya,apakah yang melayakkannya menjadi ahli syurga,maka abid tu menjawab kerana amalan kebaikkan dan ibadah yang dikerjakan sepanjang hidupnya..lalu abid tersebut diputuskan memasuki neraka,maka hairanlah dia lalu bertanya..adakah tidak cukup amalanku untuk memasuki syurga Allah..lalu diberitahu bahawa masuk syurga dengan Rahmat Allah bukan kerana amalan kebaikkan dan ibadah semata kerana,segala amalan soleh dia hanya cukup untuk membalas nikmat mendengar…
subhanaAllah..adik-adik..tengok..!rahmat dan kasih sayang Allah mengatasi segalanya..bukan semata-mata usaha adik-adik..
4.Akak tulis semua nie tak semestinya akak ni maksum,baik,tapi akak tulis sebab akak pun pernah mengalami frasa lepas SPM yang melapang itu,dan akak pun manusia biasa-biasa dik..bukan luar biasa pun..kalau akak tak tewas dengan masa lapang akak sendiri mana mungkin akak menulis semua ini..
mungkin penulisan dan pesanan ini bukan segala-galanya,tapi insyaAllah cukup untuk memulakan segala-galanya..
sekian.terima kasih sudi meminjamkan mata untuk membaca!

1 comment:

atheefa sufeena said...

النصيحة لني أيضا

شكرا على كل حال