Friday, 27 July 2012

True Arts Come True HeartS


HeartS...
kenapa S tu besar ?

S=Semua=Us=Kita Semua..

Ya!datang dari HATI kite Semua..

tgok ramai shbat2 DomerS yg haibat2 blake dlm Seni nie,nak share sket dgn korang nie...


"Bila kita dianugerahi menjadi seniman yang memiliki kehormat-an dan kemampuan, maka dapatmengubah seni menjadi faktor pembina bukan perusak, serta pembangkit perasaan mulia bukan selera rendah!"

dipetik dri buku "Bagaimana Menyentuh Hati" oleh Abbas bin Hasan As-Sisi

*true art come from true heart ♥
*Dentist is all about esthetics yakni Arts
*but i think Medico is all about Arts too
*and again i think,life is all about artS,about uS...Science..[huh ?]

...

see more
___________________________________________________________________________

...

and read more
___________________________________________________________________________

Sikap Islam dan Para Da’i terhadap Fenomena Budaya Modern


Islam adalah agama abadi, sementara kehidupan tidak terikat dengan satu bentuk dan cenderung membosan-kan serta membuat manusia mencari kompensasinya.Kehidupan bukanlah suatu kejumudan (kebekuan), akan tetapi suatu pembaharuan ruhiah dan perasaan.

Aktiviti dakwah kepada seluruh kalangan manusia, —dengan berbagai latarbelakang agama dan keperca-yaan, warna kulit, maupun tanah airnya— mengandung kennduan yang suci dan kreativitas seni yang halus guna membangun peradaban dan menghibur masyarakat tanpa berlebihan (secara seimbang).

Dakwah kita telah membuka dan menerima pema-haman-pemahaman berharga seperti ini, sebagaimana tertuang dalam rasail Hasan Al-Banna, "Ikhwanul Muslimin memanfaatkan semua cara massa media modern, seperti media cetak,radio, dan teater/drama."

Tahun 1947 Ikhwan pernah menampilkan drama yang disiarkan langsung lewat beberapa radio, karya Ustaz Abdurrahman Al-Banna.BahkanImam Hasan Al-Banna hadir menyaksikannya.

Syaikh Muhammad Al-Ghazali mengatakan, "Pada dasarnya segala sesuatu itu boleh (tidak haram) kecuah ada dalil yang pasti." Tetapi kenyataannya masih ada sekelompok orang yang berpikiran sempit, mereka sangat menyukai yang haram.Manhaj mereka dalam menghukumi sesuatu bertentangan dengan manhaj Nabi Muhammad saw.

Kerana, Nabi saw. apabila ditawan dua perkara, pasti akan memilih yang lebih mudah selagi bukan dosa. Beliau bersabda dalam hal ini, "Kalian jangan mempersulit diri kerana kalian akan dipersulit. Sungguh suatu kaum yang mempersulit diri, telah dipersulit. Itulah sisa-sisa mereka yang berada di biara-biara dan gereja gereja,mereka menciptakan rahbaniyah (kerahiban), mereka tidak beristri, tidak bersuami, dan mengurung diri dalam biara, padahal kami tidak mewajibkannya kepada mereka!"

Telah beredar peradaban modern seperti radio, television, dan berbagai mediabudaya dan hiburan secara merata. Media-media ini tidak akan dimintai pertanggungjawaban dari apa yang disiarkan. Tetapi yang bertanggungjawab adalah para sutradara, penyanyi, dan produsernya, kerana merekalah yang menyuguhkan tayangan yang tidak ada manfaatnya, bahkan berbahaya itu.

Syaikh Muhammad Al-Ghazali telah menegaskan bahawa beliau tidak memerangi nyanyian,musik, dan hiburan, tetapi yang menyakitkan beliau adalah kenya-taan bahawa hanya ingin sedikit kerj a tetapi banyak bernyanyi.

Lebih lanjut beliau mengatakan,

"Nyanyian adalah sebuah ungkapan, yang baik adalah baik, yang buruk adalah buruk.Siapa saja yang bernyanyi dan mendengarkan nyanyian yang bermakna positif
dan bernada indah, maka tidak berdosa. Kami hanya mela-rang nyanyian dengan syairyang berselera rendah dan jorok. Kerana tidak ada satu pun hadith shahih yangmelarang nyanyian."

[seperti yg telah diterangkan dalam PERTAMA oleh pembentangan USTAZ ANHAR OPIR]

Memang ada sebahagian ulama yang berhujah pada firman Allah,

"Dan diantara manusia (ada) orang yang memperguna-kan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokkan. Mereka itu akan memperoleh adzab yang menghinakan. Dan apabila dibacakan kepada-nya ayat-ayat Kami, dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada sumbat di kedua telinganya; maka berikabar gembiralah dia dengan adzab yangpedih." (Luqman: 6-7)

Pendapat ulama tersebut ditentang oleh Syaikh Al-Ghazali, dengan berpendapat bahawa siapa saja yang mempergunakan perkataan baik, yang berguna atau tidak untuk kepentingan seperti tersebut dalam ayat tadi (untuk menyesatkan) jelas pantas mendapat adzab.Bagi sebahagian orang yang ingin melemaskan urat-uratnya yang tegang kerana letih dengan mendengarkan suara merdu dan nada indah, tidak ada kaitannya dengan ayat tersebut. Lebih jauh Syaikh Al-Ghazali mengata-kan,

"Bila nyayian dibarengi dengan hal-hal haram, maka itu yang dilarang. Tetapi bila tidak, maka tidak masalah.Musik dan nyanyian itu sama, kerana Rasul pernah men-dengar suara rebana dan seruling tanpa merasa tabu. Memang benar bahawa lagu berbeda-beda pengaruhnya terhadap jiwa. Oleh kerananya, yang perlu ditentang adalah suara kebanci-bancian dan syair-syair yang vulgar dan cair (jorok)!"

Terakhir Syaikh Muhammad Al-Ghazali menegas-kan bahawa umat Islam sangat memperlukan banyak keseriusan dan sedikit hiburan, seraya berkata,

"Bila kita dianugerahi menjadi seniman yang memiliki kehormat-an dan kemampuan, maka dapat mengubah seni menjadi faktor pembina bukan perusak, serta pembangkit perasaan mulia bukan selera rendah!"

Pada saat ini, saat muncul gerakan perlawanan Pales-tina, "Organisasi Islam HAMAS" menentang pendu-dukan Yahudi, banyak bermunculan nasyid-nasyid islami yang patriotik.

Di antara nasyid yang terkenal adalah nasyid "Abu Ratib" dan"Abu Mazin". Ini berada bersama puluhan nasyid yang beredar di Mesir dan Jordan.Sampai sekarang nasyid-nasyid islami tersebut memiliki pengaruh yang dalam di hati pemuda muslim di mana saja. Kerana suara dan nada yang indah akan bergema dihati seluruh kaum muslimin.

wallahu'alam~

m/s:100kiatmemikatobjekda'wah
biroideadanmaterialkremmpmmj
disinergikanbersamaahliahlidomerS


p/s:perkongsian sisipan yg saya kongsikan di group KRem Jordan+Group DOME,moga mndapat manfaat bersama ~

Monday, 23 July 2012

Dentist is all about esthetics..

Bismillah..
[nota: entri ini agak sangat panjang. Selamat membaca bagi sesiapa yang berminat]

Atas dasar menunaikan janji, maka saya nukilkan tulisan ini. Ini draf yang entah kali keberapa. Maaf sangat-sangat atas keterlewatan. Terima kasih kepada yang sudi bertanya. Moga tulisan ini mampu memberi pencerahan kepada adik-adik yang bertanya dan sahabat-sahabat yang tertanya-tanya;

“apa sebenarnya dentistry ni?”

“apa yang di pelajari?”

“kenapa sampai lima tahun belajar pasal gigi je?”

“betul ke lagi susah dari medic?”

Sejujurnya, saya pun masih bertatih dan banyak lagi tak tahu tentang dentistry. Bukan saya seorang, malah senior-senior saya juga tak kurang yang ‘main aci redah ja’ bidang ini. Circle ini berterusan hingga kini kerana jumlah dentist di Malaysia masih kurang dan jumlah yang terbatas ini menghadkan usaha penyebaran. Tidak seperti bidang perubatan yang popular.

Sebelum saya teruskan, suka saya ucapkan se-infinity terima kasih kepada kak afzan (final year, UIA Kuantan) yang solehah lagi baik hati kerana sudi di interview :)

Niat duniawi saya semasa nak masuk dentistry dulu;


1) Tak ada on call bila bekerja.
2) Belajar bahagian kepala & muka sahaja (kurang sikit)
3) Macam best ja kerja duduk, tak payah jalan-jalan.


Rupa-rupanya..?

Perlu pandai ke nak jadi dentist?

Terima kasih kepada adik yang bertanya.


Kakak saya pernah kata, “Tidak perlu genius pun untuk melayakkan seseorang itu menjadi doktor. Kuncinya, rajin dan sangat rajin membaca. Sesiapa pun boleh pass menjadi doktor tetapi… berbezalah doktor yang berkualiti dengan tidak”


Jawapan saya kepada soalan adik, tidak perlu terlalu genius pun untuk jadi seorang dentist. Cukuplah seorang yang sedia belajar seumur hidup (kerana bidang sains kesihatan dan teknologi pergigian berkembang dari masa ke semasa), sabar yang sangat-sangat tinggi dan tidak cepat putus asa. Kalau mahir dalam kerja-kerja tangan yang halus, ia adalah bonus yang sangat hebat kerana “dentist is a combination of health care professional and artist”


Walaubagaimanapun, penempatan untuk bidang dentistry semakin sengit. Fakulti pergigian yang kurang, purata pengambilan setiap sesi yang sedikit (40 hingga 50 pelajar) dan permintaan yang tinggi antara faktor yang menyebabkan perlunya ‘pandai’ untuk masuk bidang ini.


Walaupun di kolej swasta, persaingannya juga tak kurang hebat. Saya pernah memohon untuk jurusan pergigian di kolej swasta tetapi di tawarkan jurusan kedoktoran.


Atas persaingan yang wujud, kecemerlangan dalam SPM menjadi tiket untuk memilih mana-mana bidang yang adik kehendaki.

Betul ke dentistry lagi susah daripada medic?


Seorang dental student berhenti pengajian separuh jalan dan kini dia bergelar medical doctor. Ini pengakuan biasa oleh medical doctor yang dental student dengar. Bukan untuk menakutkan, mungkin sebagai ‘alarm’ berjaga-jaga.


Dental student juga keluar masuk bilik mayat. Bukan belajar tentang gigi mayat ya, tetapi belajar anatomy seluruh tubuh manusia. Lain-lain subjek basic medical sciences dan basic medical practice seperti membaca tekanan darah, analisis degupan jantung, paru-paru, kanser dan penyakit-penyakit popular (yang tiada kaitan dengan oral cavity) beserta cara rawatan juga akan di pelajari. Pathology, pharmacology, microbiology dan segala –ogy termasuklah praktikal di makmal akan dental student pelajari di tambah lagi dengan dental subjek dan dental practice.


Saya tak layak untuk mengklasifikasikan yang mana lebih susah atau yang mana lebih mudah kerana saya sendiri tidak pernah menjadi pelajar perubatan. Melihat seorang kakak, adik dan sahabat, saya tak rasa medic itu senang. Susah atau senang itu saya kira terlalu subjektif dan bergantung kepada minat dan nature study pilihan anda.


Jika anda seorang yang ‘ter’amat rajin membaca, minat dalam pembelajaran kesihatan tetapi kurang gemar dengan kerja-kerja teknikal, seni dan melibatkan ruangan size sekecil 0.5mm, medic mungkin pilihan anda. Percayalah, medical student tenggelam dalam timbunan nota kuliah yang jauh banyaknya berbanding medical subject yang dental student pelajari. Saya ulang, medical student haruslah seorang yang ‘ter’sangat rajin membaca.


Untuk lanjutan mengenai jurusan perubatan, boleh rujuk mana-mana pelajar perubatan. Kalau nak saya cadangkan mana-mana individu pun boleh juga. (sahabat medic yang nak menawarkan diri bagi pencerahan amat di alu-alukan)

Jika anda seorang yang rajin membaca, minat dalam pembelajaran kesihatan, kecantikan (esthetic) dan mempunyai tangan yang berseni (skillful hand), maka dentistry mungkin lebih baik bagi anda.

Dental studies


Andai berbicara tentang nota kuliah, hafalan dan pemahaman, saya kira mana-mana jurusan pun menuntut perkara yang sama. Sejak tadika lagi kita di doktrin dengan exam-oriented, kena hafal, hafal, hafal dan muntahkan segala ilmu dalam peperiksaan. Hebat dalam kertas tapi belum tentu secara praktikal.


Dental studies menuntut sangat banyak praktikal. Ini yang selalunya mengundang air mata dan menjadi asbab ‘susah’nya dentistry.


Sewaktu tahun satu, saya pernah mengukir gigi (menggunakan wax) dari jam 8.30pm selepas isya’ sehingga 12.30pm. usaha empat jam tiba-tiba punah dengan hanya satu tusukan lecrone! Ukiran saya patah. Waktu itu rasa.. Allah sahaja tahu.


“semakin meningkat tahun ke tahun, ujian semakin besar dan semakin mencabar”,kata kak afzan.


Saya akui dan sedang merasai. Dulu saya juga pernah rasa, “betul ke sesah sangat? Apa yang susah?”. Terjunlah ke bidang ini dan alamilah sendiri. (macam demotivating pula,kan. Tunggu.. teruskan membaca)


Jika ada satu ayat untuk menggambarkan dentistry, saya kata “dentistry is FUN and FATIGUING”


Anda belajar teori dalam masa yang sama anda praktikkan apa yang anda pelajari. Pembelajaran anda akan berputar sekitar dental clinic, makmal, dan bilik kuliah.


Pre-clinical year


Pre-clinical (tahun satu dan dua) studies tidak berurusan terus dengan pesakit. Rawatan hanya di buat pada pak cik ma’aruf (nama dummy/patung) yang menjadi ‘pesakit’. Ianya lebih kepada latihan mengenal secara terperinci setiap gigi (kalau terjumpa gigi tepi jalan tu sepatutnya dah boleh tau gigi tu gigi susu atau gigi kekal, gigi atas ke bawah, belah kanan ke kiri), praktikal di dental clinic (jenis-jenis tampalan, scaling) dan kerja-kerja makmal (membuat gigi palsu).


Dentistry is FUN


Seronok tau pakai mask, gloves, operation gown, operate dental chair, ‘berborak’ dengan pak cik ma’aruf, rasa macam doktor betul pun ada :) waktu ketuk sana sini dalam proses buat gigi palsu, rasa macam tukang kayu pun ada :) setiap hari juga kena bersihkan habuk, disinfect dental chair, basuh dental instruments, rasa macam suri rumah pun ada :) waktu buat bancuhan dalam pembuatan gigi palsu, rasa macam tengah buat kek pun ada :) 


Tetapi… bila perkataan “re-do” keluar dari mulut pensyarah, FUN mula bertukar menjadi FATIGUING. Tidak sedikit assignment yang di reject dan di suruh buat semula.


Selepas self-assessment, saya membuat cavity berukuran 1.5mm (boleh lihat pada pembaris ukurannya) sebanyak lapan kali. Natijahnya, pening kepala yang teramat sepanjang hari dek tumpuan 101% yang terpaksa di berikan. Posture duduk yang tak betul pula mengakibatkan sakit belakang dan leher.


Di makmal pula, anda bermain dengan pelbagai jenis bahan kimia, pisau dan api. Luka tertoreh wax knife, melepuh terkena lilin panas atau melecur terkena air panas dan api itu asam garam yang perlu di hadapi. parut-parut usaha dan kerja keras mula kelihatan.


“Dentistry is all about esthetics”, bak kata Prof Barzighan. Perkataan esthetic akan selalu ada dalam setiap learning objectives. Setiap steps yang kita lakukan wajib punya elemen kekemasan dan kecantikan.Walaupun perempuan sukakan kecantikan, ghenyah sangat pun letih juga.


Jadual kelas selalunya padat daripada 8 pagi hingga 5 petang (bergantung kepada universiti). Andai di takdirkan kelas tiada, tugasan makmal masih setia menanti. jadi bila nak buat assignment? Nak baca nota kuliah? Peperiksaan tak lama lagi dengan tiada cuti untuk study week? Nak balik kampung lagi…


Di sinilah peranan ilmu stress management, time management, sabar dan sokongan moral insan sekeliling amat di perlukan. Sebab ni saya lama tak up date blog. << (alasan2)


[Bersambung… untuk clinical year InshaAllah andai panjang umur dan di izinkan Allah. Perlu lebih banyak kajian]


100% copy from "saya suka belog nie sbb ade nilai esthetics mcm yg saya suke" satu lgi,lagu dia pun sy suke..ngee~
______________________________________________________

as life is all about esthetics,same goes to dentistry..
may Allah give me the passion to be a great dentist ..
ameen ya rabb..

Friday, 13 July 2012

Menyeru !!

assalamualaikum kepada sahabat2,
menyeru kalian utk update blog/UPU,kondusi masing2,
kalian adalah kami,
dan kami adalah kalian.

exkisas;gen55


Wednesday, 11 July 2012

malu la nak balik Malaysia..


hari sabtu lepas,hari last kelas arab ammi bersama senior Abdullah Azam
walaupun bertembung program dengan Al Fateh
saya pilih kelas ammi sbb kelas 
kkdang rse malas pun ade dan...hehe
 walaupun tak teror arab ammi
tapi bila dtang kelas nie,topup balik smngat nak blaja ammi
walaupun dah hmpir setahun kat sini..
serius tak masyi sket pun bhasa ammi tu

mse balik malysia aritu,seyes malu sngat bila adik2 usrah ckp:
mesti dah teror  ckp arab kan ?
mesti dah teror itu dan ini kan ?
..huhuhu..rse mcm segan sngat,
jadi kepada shbat2 yang bakal pulang ke malysia..
sama2 lah kite muhasabah,ape addvalue yg kite dah dpt spnjang keberadaan kite kat sini? cukupkah pglman beraya haji di bumi ambiya'?



cukupkah pglaman setahun sbgai pljar medik .
huhuhu..

dan yg pasti,mereka2 kat malysia menghrapkan sesuatu yg lebih daripada kite semua...
..segan tak ?huhuhu..segan2

post nie hanya utk org yang seperti saya,tak dinafikan ade shbat2 kite yg dah mju kedepan,,ilmu pun dah bertan-tan..

p/s:post kali nie terguna version arab,pelik sket format dia...








إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي


Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu & keampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia



Sunday, 8 July 2012

Dunia Angka Kita.Kerananya Kita Buta.

assalamualaikum..

melihat kawan2.muhasabah sepanjang dalam coaster.laju ilham bercampur sesalan.fatrah exam.bagaikan semua tidak kena.hati-hati menjadi sangat sensitif.oh..saya tak suka kehidupan begini.adakah nanti,tahun 2 dentistry yakni tahun KILLER kite semua akan menjadi begitu begini ?

gila jika terus begini. mati jika terus begitu.moga2 kita dapat belajar,mengambil ibrah..agar tahun2 mendatang yang jauh lebih mencabar kita lebih tenang dan tabah mengahadapi serangan2 serta bisikan syaitan yang tidak pernah senang melihat kita semua bahagia..

angka dan markah yang tinggi bukan nilaian kebijaksanaan,mahupun kerajinan.kenape?

kerana ada yang tak studi pun boleh score tinggi.ade yang kurang pandai pun boleh score.[huh ! siapa kita untuk mebuat penilaian begini]

bahkan sekalipun tidak pernah menjadi ukuran nilaian keimanan seseorang.adapun usaha yang kite limpatkan adalah tanaman-tanaman pahala.hasilnya di tangan-Nya.kita hanya perlu bertawakal dan berusaha.Jika rezeki milik kita..alhamdulillah..jika bukan..redha itu yang utama.

kerana angka itu adalah satu anugerah.daripada Dia kepada hamba-Nya,lantaran untuk menguji ataupun memberikan nikmat kepada hambaNya.

kita tidak pernah berhak untuk menilai manusia.kerana penilaian kita dari hati yang kotor dan penuh dengan noda.oleh itu jangan menilai manusia dengan angka.

jika angkanya rendah.dia tidak pandai.jika angkanya tinggi dia pandai.oh,sekali lagi..siapa kita meletakkan ukuran begitu... ?

Allah sedang bagi nikmat kepada si dia.Allah sedang menguji iman kita.Jika dia kufur dengan nikmat,dia yang rugi.Jika kita redha dengan ujian,kita yang untung.

hakikat kebahagiaan angka pada seseorang itu berbeda.ada yang rendah,tetapi tak putus2 mengucapkan alhamdulillah.ada yang sedikit tidak sampai angka yang tertinggi sedihnya bukan kepalang.Allah..cuba kita ingat balik..dah berapa banyak kite hidup berangkakan angka yang tinggi.saya yakin kite semua terlalu banyak dikurniakan angka-angka yang tinggi sehingga jika kita sedikit jatuh,kita merasakan dunia ini bukan lagi milik kita.

kekadang angka yang sedikit itu menjadi kenangan.agar kita lebih mensyukuri nikmat Dia apabila kita dikurniakan angka yang tinggi.

"..dulu aku pernah dapat lagi teruk dari nie,alhamdulillah Allah bagi macam nie..alhamdulillah.."

Lastly,untuk menjadi manusia yang sabar,jom amalkan doa nie..

"..Ya Allah,jadikanlah kami orang2 yang bersyukur,orang2 yang sabar,orang yang kecil pada pandangan mata kami dan besar pada pandangan manusia lain.."

saya dan awak,manusia yang tidak pernah puas menagih angka !Astaghfirullah..ampuni dosa kami ya Tuhan....Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya.Alhamdulillah.


Friday, 6 July 2012

Minat Law tak semstinya ambik law..

assalamualaikumwarahmatullah...

alhamdulillah.masih lagi berhidup kat bumi barakah ini.

mood saya baru lepas baca entries['ies'=menunjukkan byk entry dibaca]di blog naim[exkr omar,gen55 kisas]...dan saya teringat tentang sesuatu..

dulu
pglaman masuk pidato sekolah rendah.menjadikan saya sgt terkesan dengan ayat2 bombastik dalam teks yang dikarang cikgu saya.dan saat tu,karangan UPSR saya berbau bunga-bunga pujangga.sehingga cikgu ckp gaya bahasa saya menulis seperti pelajar sekolah menengah.dan saya percaya,bukan hanya faktor saya aktif dalam seni ckp shaja mnjadi sya sangat rse osem dengan puitis madah pujangga tetapi yang saya noted adalah seawal darjah 4 saya sudah mula membaca buku2 karya Dr.Faisal Tehrani[sejak akhir2 nie karya beliau sgt mnmpilkan elemen syiah dan smeenjak dua menjak ini jgk tak berkesempatan sgt nak baca karya beliau ...wallu'alam.]

dan bila masuk ke sekolah menengah.di sini sebenarnya saya mula mngenal jejak2 erti kehidupan dan byk dikembang di ki.kenapa ? sebab mase tingkatan dua.saya sangat aktif atau lebih tepat rajin nk join macam2.dan satu benda yang saya banyak belajar adalah tentang 'life of being abid of Him'.

dan semasa saya disuruh untuk menulis dan buat research sendiri utk teks pidato saya[semua saya buat sndiri,cari maklumat bahan,bila siap tunggu bagi kat cikgu suruh semak bahasa,kesalahan fakta dan tatabahasa ,dan mse tu bila saya dpt tahu teks kena buat sndiri rse mcm malas sgt dan terfikir kenape bukan cikgu yg buat,sekolah rendah dulu cikgu yang buat,kite yg baca..mase tu tak pernah terfikir pun betapa belajar membuat teks sndiri menjadikan kite lebih berdikari dalam mncari dan berhujah dgn isu]proses ini membuatkan saya banyak belajar dan makin bertambah minat untuk 'berpuitis'.dan tempoh seawal di alam persekolah[ting.1-ting 3] adalah zaman saya tenggelam dalam dunia ini.boleh kata agak lebat saya membaca,bersajak,berpantun.pesta buku bgai pesta buah-buahan[heh?].adela..rse macam best sgt bila kite tahu banyak benda dan isu semasa.siap diskusi bersama senior di library sekolah.dulu sebelum adenya majalah solusi,antara majalah yang saya mesti beli majalah i,e@siswa dan DLL[tak igt dah].


dan suatu hari sy berjaya kalahkan senior dan jadi wakil sekolah dalam syarahan.[mase tu bangga sgt,rse mcm berdosa plak bila igt balik[mmg dosa pun riak..hukhukhuk..astaghfirullah..].kencang berlatih dengan ustaz.dan kkdang saya sgt kagum dengan ustaz.sgt2 busy dengan kerja da'wah.sanggup ulang-alik dtg bagi tazkirah kat asrama[saya bukan budak asrama].penasihat BADAR.Briget Bakti.mmg busy sgt ustaz nie.dan sya sgt hairan sempat lagi ustaz nk latih orang masuk syarahan dan debat.osem ustaz..osem..


dan antara kate2 yang memang menusuk kalbu bila ustaz ckp..


"saya tak kisah nk datang byk kali,biar duit minyak habes bnyak pon..sya percaya setiap duit minyak yang saya laburkan tu ada pahalanya.saya buat semua nie sbb saya tahu,klau bukan saya yang buat kerja2 nie,siapa lagi ? "Allah..


"kite nie daie.dan seorang muslim itu paling kurang hafal juz amma dan 40 hadis..klau yang nie pun tak lepas..haish...sudah2 la setiap solat fardhu duk ulang ayat surah al ikhlas je..tukar plak surah lain.."


"..amnah,awk tahu tak knpe ustaz komit dngn syrahan,debat..???"
"..kenape ustaz..?"
"..sbb ustaz nk lahirkan muslim yang boleh berckap tentang islam.boleh berdakwah..sekalipun dia tu doktor,peguam,cikgu..kerani.tukang kebun.."


mse ustaz ckp nie.rse meremang je..knape ? sbb ttba rse macm loser sgt sbb tak pernah sedikit pun terdetik buat semua bnda nie semata-mata nk kejar redha Dia.nk berdakwah..Allah...

saat saya terlibat dalam dunia syarahan nie lah.saya mula2 berjinak2 dalam dunia islam[begitukah ?].tak..maksud saya,saya belajar melihat dunia dari perspektif islam..dan belajar berfikir tentang dunia dan ummat..dan segala matlmat hidup kite mestilah berakhir dengan satu titik.iaitu mardhatillah.

dulu.amal jamaie yg ustaz pesan saya buat sungguh2.komited dan sgt iltizam.setiap kate2 ustaz terasa mcm satu azimat.mutiara berharga.sehingga satu masa saya mendapat tawaran ke ki.antra pesan ustaz.

"nanti awak kat sana,awak blaja btol2.saya nak bila awak balik nanti awk sumbangkan kat sini plak.pergi bukan setakat nk blaja ilmu dunia sahja.kejar akademik semata.carilah mutiara kat sana..."

dan mse sy dah give up sgt hidup kat ki yg penuh ujian pancaroba.hehe.ustaz bagi nasihat.teruskan smpai habis.banyak yg awak akan dapat dan bljar...

dan selepas dpt result SPM.ustaz tye saya nk sambung ape..saya bentangkan plan saya:

Plan A:sambung Dentist kat Jordan.
Plan B:jadi Cikgu Bio[klau dpt IPG]
Plan C:STPM ambik Sejarah[Form 6]

mmg habes kena basuh dgn ustaz.knpe nk jadi doktor dan ustaz mmg tak galakkan ambik doktor.pastu sy ckp,,klau camtu jadi cikgu lah snnag.lagi kena basuh.ustaz ckp..jadi cikgu nie sumbangan sgt terhad.awk tgok la sya skrang.mcm2 msalah birokrasi.nk berkerja pun susah.jadi orang bawah nie susah.hanya mampu buat stkat yang mampu kkdang ditindas..dicantas..Allah..

dan Plan C sy pun kena serang jgk[gitu eh ?..hehe].saya bukan tak galakkan awak ambik form6 tapi saya rse jalan lain lebih terbuka luas.dan pilihan awk byak.awk fikir la semasak2nya..

habis tu nk sambung ape ustaz ?ambik Law.jawab ustaz.
entah la ustaz nanti saya fikir-fikirkan...
mse tu rse mcm heeww..heeww je.berat nanang tuu..

LAW.
saya tahu saya ade jiwa untuk law.ade hati untuk law.tapi keadaan dan situasi mse tu mmg jauh dari law.

dan skrang saat rse myesal berjalan di jalan perubatan ini[hehe,jhat kan ?xdela..bila mse2 down,kite akan rse down,dan kite mula lah membyang kehidupan fantasi kite yg kte cuba utk keluar dri jalan ini..]

bila skrang kite rse dunia perubtan dan hospital itu bukan medan memberi yg pling best.membuatkan saya menconteng kembali sejarah.dan dalam fantasi itu saya membanyangkan kehidupan saya begini:

STPM[SEJARAH]-->UM Nilam Puri-->UM.dan dalam tempoh itu setiap kali cuti semester saya join daurah kat pndok pasir tumboh.

dan semua ini hanya fantasi rekaan semata.oh kawan ? tahu tak betapa dunia itu penuh dnegan formula kehidupan dan roda pusingan yang ade turun dan naik ? saya yakin anda tahu...

dan saya tahu,bukan saya seorang yang ade fantasi sebegini.

memikir tempoh 4 tahun yg masih berbaki utk berjalan di jalan ini,saya percaya langkahnya bukan mudah.kkedang penuh bergaya.kkdang tersentap ditengah jalan.Allah..

hari2 saya doa.moga yg ikhlas2 shja hadir dalam menyusuri jalan ini.Belajar dan terus belajar kerana Allah.mencari2 nilaian dan jalan untuk membuktikan kepada usatz sy bhawa jalan ini pun medan terbaik utk 'memberi' seakankan semakin hilang dan tampak sukar.seakan-akan benarlah kata ustaz..

"..jadi doktor yg 'memberi' tu sgt mencabar..satu dlam 2 ribu.klau awk rse awk boleh survive.teruskanlah cita2 awak.."

kata2 nie tergiang-ngiang.bukan sbgai penguat semnagat.ttpi seakan2 menghantui saya.
Allah..Allah..

kkdang saya rse cuba untuk menfantasikan satu realiti.realiti kehidupan dan jalan ini adalah jalan mudah.dan kkdang rse mcm sedang menipu diri sendiri.

seyes tak tipu,jalan ini jalan yg sukar.pastikan hati anda cekal dan tegar.tambahan lagi jika kalian seperti saya.memilih bukan berdsarkan minat yg kukuh.matlamat yang samar2 sekalipun tujuan asalnya untuk menjadi doktor muslim.langkahnya bukan mudah.senangnya bukan berhaibat.


pesanan utk sahabat sy yg rse down tuu...[utk diri sndiri jgk]

 wahai diri,sekalipun engkau merasa lemah dan berputus asa,seolah-olah ape yang engkau sendiri tidak pasti lakaran apakah yang engkau sedang lakarkan untuk menuju ke gerbang impian dan cita-citamu,percaya dan sematkan dalam hati.Allah itu Maha Tahu.dan yakinlah.Dia telah memilihmu di jalan ini.teruskan melangkah.jika masih engkau kenangkan hari2 lalu yg jika diisi dengan kesedaran yg jelas,engkau merasa betapa engkau sendiri sedang hanyut dalam realiti yang engkau sendiri pilih.percayalah pasti akan ade yang menyelusuri lakaran2 yang engkau fantasikan.nilaian kegagalan dan kejayaan itu bukan berape banyak subjek engkau mumtaz dan deretan dean list.tetapi sejauh mane engkau bersyukur atas segala nikmat dan redha dengan ujian Dia.dan jadikanlah jalan ini sebagai jalan untuk lebih mengenali Dia dan bercinta dengan Dia.

"...siapa kalian sekalipun..
hidupkan diri supya bertuhankan Dia..
baik buruk takdir..
itulah yang terbaik..

di mana kalian sekalipun..
hidupkan diri spya subur dengan roh islami..
baik buruk diri..
itu proses semulajadi..

proses menjadi hamba.
adalah mengenal pencipta kita.
sekali jalan kita berbeza..
Tuhan kita tuhan yang sama.
matlmat kita serupa.

cuma bedanya ujian..
keihklasan itu asasnya..
kerana itulah perigi pahala..

agar jalan ini bukan jalan penuh dosa..
agar jalan ini bukan jalan sia-sia..
tetapi ladang tanaman pahala..
subur sekalipun kkdang kontang..
basah sekalipun kkdang kering..

agar menjadi tuaian yang baik..
buat bekalan mngadap Dia di hari kelak..

agar engkau dan aku terus tersenyum..
meniti hari ini dan hari muka..
bagai itik yang tampak tenang di permukaan air..
sedangkan kaki berkepuh-kepuh berenang..

percayalah dan yakinlah kepada Dia.
Pencipta aku,engkau dan itik.

p/s:ok.tajuk sgt tak significant dgn entry kali nie =='biasalah,entry yg ditulis oleh orang yang sentiasa ade exam setiap minggu.kkdang tak dapat berfikir dengan secara logik.banyak berteori..

"minat atau tak yang penting ikhlas,klau rse tak ikhlas cuba2 untuk ikhlas,lame2 insyaAllah ikhlas.."
kate org..pisau yang tumpul,lame2 asah[@asah lama2 ?? ]tajam jugak..noktah.