alhamdulillah.masih lagi berhidup kat bumi barakah ini.
mood saya baru lepas baca entries['ies'=menunjukkan byk entry dibaca]di blog naim[exkr omar,gen55 kisas]...dan saya teringat tentang sesuatu..
dulu
pglaman masuk pidato sekolah rendah.menjadikan saya sgt terkesan dengan ayat2 bombastik dalam teks yang dikarang cikgu saya.dan saat tu,karangan UPSR saya berbau bunga-bunga pujangga.sehingga cikgu ckp gaya bahasa saya menulis seperti pelajar sekolah menengah.dan saya percaya,bukan hanya faktor saya aktif dalam seni ckp shaja mnjadi sya sangat rse osem dengan puitis madah pujangga tetapi yang saya noted adalah seawal darjah 4 saya sudah mula membaca buku2 karya Dr.Faisal Tehrani[sejak akhir2 nie karya beliau sgt mnmpilkan elemen syiah dan smeenjak dua menjak ini jgk tak berkesempatan sgt nak baca karya beliau ...wallu'alam.]
dan bila masuk ke sekolah menengah.di sini sebenarnya saya mula mngenal jejak2 erti kehidupan dan byk dikembang di ki.kenapa ? sebab mase tingkatan dua.saya sangat aktif atau lebih tepat rajin nk join macam2.dan satu benda yang saya banyak belajar adalah tentang 'life of being abid of Him'.
dan semasa saya disuruh untuk menulis dan buat research sendiri utk teks pidato saya[semua saya buat sndiri,cari maklumat bahan,bila siap tunggu bagi kat cikgu suruh semak bahasa,kesalahan fakta dan tatabahasa ,dan mse tu bila saya dpt tahu teks kena buat sndiri rse mcm malas sgt dan terfikir kenape bukan cikgu yg buat,sekolah rendah dulu cikgu yang buat,kite yg baca..mase tu tak pernah terfikir pun betapa belajar membuat teks sndiri menjadikan kite lebih berdikari dalam mncari dan berhujah dgn isu]proses ini membuatkan saya banyak belajar dan makin bertambah minat untuk 'berpuitis'.dan tempoh seawal di alam persekolah[ting.1-ting 3] adalah zaman saya tenggelam dalam dunia ini.boleh kata agak lebat saya membaca,bersajak,berpantun.pesta buku bgai pesta buah-buahan[heh?].adela..rse macam best sgt bila kite tahu banyak benda dan isu semasa.siap diskusi bersama senior di library sekolah.dulu sebelum adenya majalah solusi,antara majalah yang saya mesti beli majalah i,e@siswa dan DLL[tak igt dah].
dan suatu hari sy berjaya kalahkan senior dan jadi wakil sekolah dalam syarahan.[mase tu bangga sgt,rse mcm berdosa plak bila igt balik[mmg dosa pun riak..hukhukhuk..astaghfirullah..].kencang berlatih dengan ustaz.dan kkdang saya sgt kagum dengan ustaz.sgt2 busy dengan kerja da'wah.sanggup ulang-alik dtg bagi tazkirah kat asrama[saya bukan budak asrama].penasihat BADAR.Briget Bakti.mmg busy sgt ustaz nie.dan sya sgt hairan sempat lagi ustaz nk latih orang masuk syarahan dan debat.osem ustaz..osem..
dan antara kate2 yang memang menusuk kalbu bila ustaz ckp..
"saya tak kisah nk datang byk kali,biar duit minyak habes bnyak pon..sya percaya setiap duit minyak yang saya laburkan tu ada pahalanya.saya buat semua nie sbb saya tahu,klau bukan saya yang buat kerja2 nie,siapa lagi ? "Allah..
"kite nie daie.dan seorang muslim itu paling kurang hafal juz amma dan 40 hadis..klau yang nie pun tak lepas..haish...sudah2 la setiap solat fardhu duk ulang ayat surah al ikhlas je..tukar plak surah lain.."
"..amnah,awk tahu tak knpe ustaz komit dngn syrahan,debat..???"
"..kenape ustaz..?"
"..sbb ustaz nk lahirkan muslim yang boleh berckap tentang islam.boleh berdakwah..sekalipun dia tu doktor,peguam,cikgu..kerani.tukang kebun.."
mse ustaz ckp nie.rse meremang je..knape ? sbb ttba rse macm loser sgt sbb tak pernah sedikit pun terdetik buat semua bnda nie semata-mata nk kejar redha Dia.nk berdakwah..Allah...
saat saya terlibat dalam dunia syarahan nie lah.saya mula2 berjinak2 dalam dunia islam[begitukah ?].tak..maksud saya,saya belajar melihat dunia dari perspektif islam..dan belajar berfikir tentang dunia dan ummat..dan segala matlmat hidup kite mestilah berakhir dengan satu titik.iaitu mardhatillah.
dulu.amal jamaie yg ustaz pesan saya buat sungguh2.komited dan sgt iltizam.setiap kate2 ustaz terasa mcm satu azimat.mutiara berharga.sehingga satu masa saya mendapat tawaran ke ki.antra pesan ustaz.
"nanti awak kat sana,awak blaja btol2.saya nak bila awak balik nanti awk sumbangkan kat sini plak.pergi bukan setakat nk blaja ilmu dunia sahja.kejar akademik semata.carilah mutiara kat sana..."
dan mse sy dah give up sgt hidup kat ki yg penuh ujian pancaroba.hehe.ustaz bagi nasihat.teruskan smpai habis.banyak yg awak akan dapat dan bljar...
dan selepas dpt result SPM.ustaz tye saya nk sambung ape..saya bentangkan plan saya:
Plan A:sambung Dentist kat Jordan.
Plan B:jadi Cikgu Bio[klau dpt IPG]
Plan C:STPM ambik Sejarah[Form 6]
mmg habes kena basuh dgn ustaz.knpe nk jadi doktor dan ustaz mmg tak galakkan ambik doktor.pastu sy ckp,,klau camtu jadi cikgu lah snnag.lagi kena basuh.ustaz ckp..jadi cikgu nie sumbangan sgt terhad.awk tgok la sya skrang.mcm2 msalah birokrasi.nk berkerja pun susah.jadi orang bawah nie susah.hanya mampu buat stkat yang mampu kkdang ditindas..dicantas..Allah..
dan Plan C sy pun kena serang jgk[gitu eh ?..hehe].saya bukan tak galakkan awak ambik form6 tapi saya rse jalan lain lebih terbuka luas.dan pilihan awk byak.awk fikir la semasak2nya..
habis tu nk sambung ape ustaz ?ambik Law.jawab ustaz.
entah la ustaz nanti saya fikir-fikirkan...
mse tu rse mcm heeww..heeww je.berat nanang tuu..
LAW.
saya tahu saya ade jiwa untuk law.ade hati untuk law.tapi keadaan dan situasi mse tu mmg jauh dari law.
dan skrang saat rse myesal berjalan di jalan perubatan ini[hehe,jhat kan ?xdela..bila mse2 down,kite akan rse down,dan kite mula lah membyang kehidupan fantasi kite yg kte cuba utk keluar dri jalan ini..]
bila skrang kite rse dunia perubtan dan hospital itu bukan medan memberi yg pling best.membuatkan saya menconteng kembali sejarah.dan dalam fantasi itu saya membanyangkan kehidupan saya begini:
STPM[SEJARAH]-->UM Nilam Puri-->UM.dan dalam tempoh itu setiap kali cuti semester saya join daurah kat pndok pasir tumboh.
dan semua ini hanya fantasi rekaan semata.oh kawan ? tahu tak betapa dunia itu penuh dnegan formula kehidupan dan roda pusingan yang ade turun dan naik ? saya yakin anda tahu...
dan saya tahu,bukan saya seorang yang ade fantasi sebegini.
memikir tempoh 4 tahun yg masih berbaki utk berjalan di jalan ini,saya percaya langkahnya bukan mudah.kkedang penuh bergaya.kkdang tersentap ditengah jalan.Allah..
hari2 saya doa.moga yg ikhlas2 shja hadir dalam menyusuri jalan ini.Belajar dan terus belajar kerana Allah.mencari2 nilaian dan jalan untuk membuktikan kepada usatz sy bhawa jalan ini pun medan terbaik utk 'memberi' seakankan semakin hilang dan tampak sukar.seakan-akan benarlah kata ustaz..
"..jadi doktor yg 'memberi' tu sgt mencabar..satu dlam 2 ribu.klau awk rse awk boleh survive.teruskanlah cita2 awak.."
kata2 nie tergiang-ngiang.bukan sbgai penguat semnagat.ttpi seakan2 menghantui saya.
Allah..Allah..
kkdang saya rse cuba untuk menfantasikan satu realiti.realiti kehidupan dan jalan ini adalah jalan mudah.dan kkdang rse mcm sedang menipu diri sendiri.
seyes tak tipu,jalan ini jalan yg sukar.pastikan hati anda cekal dan tegar.tambahan lagi jika kalian seperti saya.memilih bukan berdsarkan minat yg kukuh.matlamat yang samar2 sekalipun tujuan asalnya untuk menjadi doktor muslim.langkahnya bukan mudah.senangnya bukan berhaibat.
pesanan utk sahabat sy yg rse down tuu...[utk diri sndiri jgk]
wahai diri,sekalipun engkau merasa lemah dan berputus asa,seolah-olah ape yang engkau sendiri tidak pasti lakaran apakah yang engkau sedang lakarkan untuk menuju ke gerbang impian dan cita-citamu,percaya dan sematkan dalam hati.Allah itu Maha Tahu.dan yakinlah.Dia telah memilihmu di jalan ini.teruskan melangkah.jika masih engkau kenangkan hari2 lalu yg jika diisi dengan kesedaran yg jelas,engkau merasa betapa engkau sendiri sedang hanyut dalam realiti yang engkau sendiri pilih.percayalah pasti akan ade yang menyelusuri lakaran2 yang engkau fantasikan.nilaian kegagalan dan kejayaan itu bukan berape banyak subjek engkau mumtaz dan deretan dean list.tetapi sejauh mane engkau bersyukur atas segala nikmat dan redha dengan ujian Dia.dan jadikanlah jalan ini sebagai jalan untuk lebih mengenali Dia dan bercinta dengan Dia.
"...siapa kalian sekalipun..
hidupkan diri supya bertuhankan Dia..
baik buruk takdir..
itulah yang terbaik..
di mana kalian sekalipun..
hidupkan diri spya subur dengan roh islami..
baik buruk diri..
itu proses semulajadi..
proses menjadi hamba.
adalah mengenal pencipta kita.
sekali jalan kita berbeza..
Tuhan kita tuhan yang sama.
matlmat kita serupa.
cuma bedanya ujian..
keihklasan itu asasnya..
kerana itulah perigi pahala..
agar jalan ini bukan jalan penuh dosa..
agar jalan ini bukan jalan sia-sia..
tetapi ladang tanaman pahala..
subur sekalipun kkdang kontang..
basah sekalipun kkdang kering..
agar menjadi tuaian yang baik..
buat bekalan mngadap Dia di hari kelak..
agar engkau dan aku terus tersenyum..
meniti hari ini dan hari muka..
bagai itik yang tampak tenang di permukaan air..
sedangkan kaki berkepuh-kepuh berenang..
percayalah dan yakinlah kepada Dia.
Pencipta aku,engkau dan itik.
p/s:ok.tajuk sgt tak significant dgn entry kali nie =='biasalah,entry yg ditulis oleh orang yang sentiasa ade exam setiap minggu.kkdang tak dapat berfikir dengan secara logik.banyak berteori..
"minat atau tak yang penting ikhlas,klau rse tak ikhlas cuba2 untuk ikhlas,lame2 insyaAllah ikhlas.."
kate org..pisau yang tumpul,lame2 asah[@asah lama2 ?? ]tajam jugak..noktah.
1 comment:
4 tahun menjadi orang yang sakit dan sakit..xputus2 mendapatkan rawatan daripada doktor..jadikan diri ini sgt menghormati kerjaya seorang doktor..setiap hari menghadap ribuan pesakit kat hospital yg sama saja penyakitnya saban hari..xpernah jemu..xpernah bosan..dan, memang benar Doktor tu kerjaya yang sgt mulia..berbakti utk masyarakat..siang dan malam.
Lawyer ni kesian..dikutuk masyarakat selalu.huhu. InsyaAllah, teruskan apa yg kita ada :)
Post a Comment