Alhamdulillah, sekarang hampir 2 tahun satu semester keberadaan saya di Jordan sebagai pelajar pergigian di Jordan Universiti Science dan Technology.Sekarang saya hampir menamatkan semester satu bagi tahun 3 pergigian.Moga Allah mudahkan baki 3 peperiksaan lagi untuk melunaskan semester yang agak mencabar ini.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit catatan ringkas berkenaan bidang yang sedang saya jalani ini.
Kenapa nak jadi Dentist ?
Terdapat banyak sebab kenapa kerjaya doktor gigi dipilih sebagai laluan pengajian.Antara alasannya adalah:
1.Minat.
Alhamdulillah, saya kira jika seseorang itu mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang pergigian kerana minat ,alasan ini cukup strong untuk anda berjaya dalam bidang ini.Apa-apa bidang sekalipun, jika minat didahulukan, saya yakin anda boleh membina satu laluan pengajian yang 'full of passion'.Sekalipun anda tidak minat, in sha allah by the time minat itu boleh dipupuk . Percayalah!
2.Pendapat yang lumayan di samping bertaraf profesional.
Pada pendapat saya, selain doktor perubatan kerjaya doktor gigi adalah kerjaya yang baik serta menjamin masa depan yang stabil.Selain di pandang tinggi masyarakat umum, kerjaya doktor gigi juga antara kerjaya yang boleh menjana pendapat lumayan khususnya bagi yang melibatkan diri dalam sektor pergigian swasta[nantikan perkongsian selanjutnya].Tetapi, untuk menjadi jutawan, kerjaya ini bukanlah kerjaya yang paling sesuai untuk anda!
*Nota:Jika anda adalah pelajar tajaan, anda dikehendaki menghabiskan atau melunaskan perjanjian mengikut penaja masing-masing.Saya sebagai pelajar tajaan JPA contohnya perlu melunaskan perjanjian bekerja selama 10 dengan hospital kerajaan. Syarat ini mungkin berubah mengikut status ekonomi serta dasar kerajaan.
3.Kerjaya yang bekerja mengikut office hour.
Ramai orang berminat untuk menjadi doktor.Tetapi menyedari hakikat doktor perubatan memerlukan komitment yang jauh luar biasa khususnya bagi seorang wanita, ada yang berpendapat kerjaya dentist adalah kerjaya yang paling sesuai bagi seorang wanita. Anda masih boleh menjadi doktor, dan ada juga mempunyai masa hadapan di bidang kerjaya yang lebih 'relax' untuk seseorang yang bakal bergelar seorang isteri dan ibu.Tetapi anda harus ingat, tokoh-tokoh doktor yang tampil dengan perkhidmatan sosial dan kemasyarakatan pada hari ini masih kurang dalam kalangan dentist, bahkan kebanyakkan tokoh-tokoh ini adalah dalam kalangan doktor perubatan.
Menjadi seorang dentist bukan jaminan untuk anda meluangkan lebih banyak masa dengan perkara selain bidang kerjaya anda tetapi bakal-bakal dentist harus bijak mengambil peluang ini untuk merancang masa depan mereka . Mungkin juga nisbah dentist adalah lebih sedikit dari doktor perubatan, tetapi saya yakin kedua-dua bidang ini mampu melahirkan doktor yang mampu mengubah serta mendidik masyarakat secara umum jika masing-masing mengenal dan menggunakan serta memanfaatkan kelebihan bidang masing-masing.
4.Pilihan ibu bapa.
Kebanyakkan ibu bapa mengharapkan anak mereka menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai pekerjaan yang stabil.Seperti bidang lain juga, bidang pergigian juga menjadi pilihan 'hot' ibu bapa untuk merealisasikan impian mereka.Bagi yang mengambil bidang ini kerana pilihan ibu bapa, pupuklah diri untuk minat mendalami bidang pergigian. In sha Allah, apabila kita mencari redha ibu bapa kita, Allah akan campakkan keredhaan dalam setiap langkah kita. Mungkin ada yang merasa terpaksa kerana lebih minat dengan bidang lain, tetapi keep positive dan tanamkan minat. in sha Allah boleh! yosh!
Kesimpulan:
Kenal pasti sebab anda untuk menjadi seorang dentist. Niat dan sebab inilah yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi prestasi anda ketika berada di bidang ini. Niat yang baik pastinya akan dipermudahkan sekalipun anda diuji di tengah-tengah jalan.
Akhir kata dari saya, Allah dah aturkan 'lukisan' yang terbaik untuk kita dan saya percaya, setiap lukisan yang 'indah' itu pastinya bukan dari garis-garis yang lurus semata[tanpa menafikan ada lukisan yang cantik terhasil dari hanya garis-garis lurus]. Pastinya 'lukisan' tersebut dipenuh corak-corak yang menarik serta titik yang menyambung setiap garis yang bengkok ataupun yang berlingkaran.
Teruskan berdoa, semoga 'lukisan' kita adalah yang terbaik untuk kita tebus kembali dengan nilai syurga-Nya!
1 comment:
saya share ye sis..sebagai pemangkin kejayaan kepada anak muda yang minat DDS ini
Post a Comment