Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah umur 21 tahun.
bukan remaja, bukan dewasa.
Ketika mendengar cerita seorang sahabat, betapa Allah menguji beliau dengan bermacam-macam dugaan dan cabaran hidup..Alhamdulillah, bila fikirkan balik, kehidupan selama 21 tahun nie boleh dikatakan agak smooth..
Sekolah rendah UPSR dapat result cemerlang, pergi sekolah agama, dapat keputusan yang baik untuk PMR dan diterima masuk ke sekolah berasrama penuh. Result SPM melayakkan untuk mendapat tajaan dan sekarang belajar di universiti luar negara dan bermacam-macam lagi.
Kita selalu diingatkan tentang amanah ibu dan ayah. Fokus utama adalah untuk belajar dan menuntut ilmu Allah, bukan main-main dan berfoya-foya, tetapi sebagaimana manusia biasa, kadang-kdang kita terlupa dan terlalu banyak lalai dan hanyut.
Kita merancang itu dan ini. kita fikir selepas habis belajar, masa untuk berkerja dan berkeluarga. Kita kekadang terlupa, kita hanya mampu merancang, tetapi terkadang ujian Allah itu datang sama ada kerana kafarrah dosa kita atau untuk meningkatkan iman kita, kita[baca:iman] sendirilah yang bakal menentukan ujian itu sama ada menjadi gedung pahala atau penambah dosa ?
Kata sahabat saya, 'mungkin sekarang kita tidak diuji dengan ujian yang berat, tetapi siapa tahu di masa akan datang bagaimana ? cabaran alam kerjaya, cabaran status kesihatan yang makin meruncing, cabaran alam perkahwinan dan pendidikan anak-anak, pengurusan kewangan serta banyak lagi.
'ingat! dunia ini ibarat roda, jika usia muda kita senang dan lenang, tak semesti tua nanti kita tidak diuji.., jika dulu kita sentiasa kat atas, boleh jadi Allah letakkan ujian kita berada dibawah, jika dulu kita berseronok berjalan ke mana-mana, boleh jadi tua kita lemah berkerusi roda...'
'Yang mematangkan seseorang bukanlah umurnya yang makin menambah, tetapi pengalaman yang tak pernah surut dalam kehidupan seseorang... dan yang menghidupkan jiwa itu bukan harta dan pangkat tetapi sejauh mana seseorang itu memanfaatkan apa yang sedia ada..
jika ada rezeki, ada bahagiannya disedekahkan,
jika ada kelapangan, sepenuh waktunya dimanfaatkan,
jika ada yang lebih, akan sama-sama dikongsikan,
jika ada yang kurang, saling menolong memenuhkan..
Kita mencari pengalaman hidup bukan untuk keseronokkan semata tetapi untuk dijadikan sumber kekuatan dan bekal ketabahan di masa hadapan. Ada orang kata, orang yang paling banyak ujian dan terawal diuji, tak hairan man dan jiwa mereka lebih tegar dengan segala takdir Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Kita yang 'selesa' ini bagaimana pula ? ujian yang sedikit pun dah menggunung keluhan. Ya Allah, Engkau besarkan lah hati kami untuk menerima segala ketetapan dan ujian mu dan jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang bersyukur dan sentiasa mengingati Mu.
Meskipun takdir Allah telah ditulis, kita dituntut untuk mendoakan kebaikan dalam segenap urusan kehidupan. Takdir Allah, bukan alasan untuk kita terus berhenti berdoa dan berharap. Dengan doa, takdir yang kurang baik, jika Allah izin, boleh menjadi takdir yang baik untuk kita. Percayalah! Doa itu senjata orang mukmin.
Usaha itu doa. Doa itu senjata. Senjata itu Yakin. Yakin itu kunci. Tawakkal itu Pintunya, dan 'masuk'lah serta berserah diri dengan sabar , redha dan ikhlas.
No comments:
Post a Comment