Wednesday, 12 February 2014

Inspirasi: saya perlukan anda.Ummah ini perlukan kita !

'untuk menulis perlu banyak membaca'

setuju. baru lepas habiskan koleksi cerpen . bagai mencurah- curah idea nak menulis cerpen. tapi.apakan daya.nafsu ku bilang aku enggak punya masa.

in sha allah,target semester baru:  2 cerpen ,2 video

1.Mas Azam dan Bapaknya.Kisah seorang gadis, Nawwar dari Malaysia yang dihantar ke pesantren antarabangsa atau namanya International School.Bertemu dengan seorang jejaka kacukan Indon-Mesir di kelas mengaji.sama-sama terlibat dalam satu projek Kelab Mengaji. Mereka berdua ditugas mempromosi satu program.Itulah saat pertama kalinya mereka mempraktis professional dalam ikhtilat. Akhlak dan budicaranya, itulah yang membuatkan Nawwar impress dengan Mas Azam.Namun, rasa tidak senang dengan hubungan mereka, bapaknya Azam sentiasa mengawasi mereka.

Pengajaran yang akan cuba disampaikan:



  • 1.Peranan parent dalam pendidikan remaja.
  • 2.Kepentingan pendidikan agama
  • 3.Cinta pada agama, darjat dan bangsa bukan penghalang.
masjid putih, kampung raja.besut terengganu.


*hahha, rasa macam bermimpi ja nak tulis cerita kat atas nie..well, impian dan mimpi itulah yang membentuk masa hadapan, ya dak ?hehe

2.Maya,Pemimpin Mahasiswa.Cerpen naratif sinis.Kisah seorang mahasiswi luar negeri.Mengaji agama di sebuah universitas di timur tengah.atau lebih tepat di Universiti Yarmouk Irbid Jordan.Anak gadis 'nakal' yang cerdas, dihantar oleh kedua ibu dan ayahnya dengan harapan dapat mengubah sikap anaknya dan seterusnya mengubah masyarakat di Malaysia.Dek 'kenakalan' dia,tambahan rupanya sangat photogenik.Si Insta-holic...namanya disebut-sebut dalam komuniti kerana seorang yang lantang bersuara meskipun seorang mahasiswi, keyboard warrior paling mantap ketika itu, lantas namanya di angkat dan dicalonkan sebagai pimpinan mahasiswa di sana.Adakah undi popular komuniti dimanfaatkan ?Maka bermulalah kisah dia bermujadah, mampukah dia melakukan perubahan, sedangkan dia sendiri masih belum bersedia...

Pengajaran:



  • Kesedaran Kepimpinan untuk masa hadapan
  • Penglibatan dalam masyarakat bermula dari zaman mahasiswa
  • Bidang agama, bukan lubuk orang 'nakal'.

okayh. 2 idea video nie saya niat nak simpan untuk PINTAR sesi akan datang.

1.One day One Juz, idea nie timbul bila saya melihat satu video di youtube tentang kempen membaca al quran satu hari satu jzukk. saya kira bagus jika buat video ni sempena Ramadhan, tetapi bila saya fikir balik, alangkah bagusnya kalau kempen ini bermula sebelum Ramadhan.Secara asanya, video ini menggambarkan kehidupan seharian seorang pelajar JUST/Yarmouk. dan waktu-waktu lapang yang boleh diisi atau mujahadah untuk menghabiskan satu juz dalam sehari.Berbeza kondusi, luar dari 'zon yang selesa', situasi yang tidak dijangka, situasi sebagai seorang pimpinan, seorang ayah dan ibu muda dan juga pastinya orang kebanyakkan yang 'busy'.Moga Allah mudahkan ,moga Allah izin. in sha Allah ameen.

2.Laukana Bainana.Kempen Ringkas sempena mempromosikan sunnah baginda Rasulullah SAW.Mungkin melibatkan hari-hari kebesaran Islam.Kadang-kadang banyak adat yang jika diniatkan untuk mengikut sunnah baginda akan mendapat pahala. Mungkin kita tidak tahu, atau terlepas pandang ataupun etrlupa. Jadi harapan saya video ini akan menjadi pencetus kepada kita untuk beramal dengan sunnah baginda khususnya sunnah harian. Contohnya mandi sunnat hari Jumaat.kebiasaannya atau secara adatnya kita akan mandi pada hari Jumaat, tetapi jika tidak diniatkan mandi sunnat, maka mandi kita hanya mandi harus sahaja. Moga Allah izin dan lapangkan waktu.ameen

p/s:tujuan saya menulis sebagai catatan untuk diri sendiri. dan juga jika ada yang ingin bersama-sama saya merealisasikan idea di atas. ayuh menyumbang bersama-sama.dan paling penting kita sendiri terlebih dahulu kena praktik idea kita dalam hidup kita sendiri. kita lihat, berjaya atau tidak, nanti kita cerita sama mereka yok !


saya perlukan anda.Ummah ini perlukan kita !
little boy.pantai bukit keluang,besut terengganu.

akhir kata, kita perlu berjiwa besar, kerana masalah ummah bukan masalah kecil. meskipun yang besar itu hanya mimpi, yakinlah, ia bisa jadi realiti. infiruu!!

No comments: