Wednesday 20 May 2015

Aku berTerima Kasih

CATATAN: KISAH INI HANYALAH REKAAN SEMATA_MATA.TIDAK SESUAI KALAU ANDA JENIS YANG JELLY DENGAN CERPEN CIPISAN SEBEGINI.SENGAJA BUAT TAJUK BEGINI,SUPAYA YANG YAKIN BOLEH TERUS MEMBACA DENGAN HATI TERBUKA.TERUS MEMBACA DENGAN IKHLAS.JIKA TIDAK.ANDA TELAH MEMBAZIRKAN SETIAP SAAT ANDA KETIKA MEMBACA AMARAN INI.

***

Subuh berhawa panas. Sehangat bumi Irbid ini, aku kira hangat lagi bumi Haramaian sana. Barangkali ujian di sana lebih hebat, berganda-ganda kehangatannya berbanding bumi Urdun ini. Ramadhan di sana bukanlah sesuatu yang mudah, jika berpuasa di bulan Sya3ban di sini pun masih tidak bisa kita latihi, pasti kewajipan itu sedikit menjadi beban,tambahan pula, manusia-manusia pesat sekali di dua tanah suci itu. Dan aku, sekali lagi tewas dengan kepanasan yang melanda Irbid semenjak dua menjak ini.

"Kak, buatlah cerpen, ikutlah cerpen apa pun, chenta pun boleh.."Tiba-tiba mesej masuk dalam wassup.

"Hahaha, jatuh cinta pun tak pernah, masakan mahu menulis tentang cinta".Balas aku. Sedikit kecewa. Entah kenapa.

***

Empat tahun yang lalu. Ketika kali pertama aku menjejak kaki ke bumi Urdun, itulah juga tahun pertama aku keluar makan berdua. Ya , kali pertama. Masih aku ingat lagi, PAPAJOHN menjadi pilihan dia. Bahkan kerusi yang khusus untuk set couple menjadi pilihan kami.

"Aish, asal perasaan dia macam muslimat kisas jumpa dengan muslimin kisas ja perasaan ni.."Getus hati aku yang sedang gelisah.

Entah, hati aku tidak tenang dan senang dengan pengalaman kali pertama ini. Entah apa yang aku takutkan. Pandangan orang ? salah faham orang ? Atau kerana ini adalah pengalaman kali pertama aku makan dengan seorang lelaki ?

Arghh. Aku bergelut dengan perasaan aku sendiri. Jujur aku segan, malu bahkan kelu. Dan di meja tersebut, aku hanya memandang-mandang menu pilihan, mungkin dia tak tahu, aku bukan jenis minat sangat makan western food ni.

"Nak makan apa ?",tanya dia dengan ringkas,

"Ikut lah",jawab aku juga ringkas,

Akhirnya dia yang membuat pilihan.

Tak sampai sejam setengah kami pulang. Takkan aku lupakan pengalaman paling 'pelik' itu.

***

Dua tahun yang lalu. Kali pertama mata aku melihat Kaabah, dan kali pertama aku solat di hadapan Kaabah. Aku tidak pernah sedih dan kecewa sebegini. Kerana suatu hal itu terjadi, aku menyoal adakah ini ujian untuk aku dengan dia ? sampaikan Engkau uji aku sebegini ? apakah akhirnya hanya tinggal aku dan dia sahaja untuk melunaskan kewajipan ini ?

" Ya Allah, tambahkan kasih sayang antara kami " Antara banyak doa-doa yang aku panjatkan ketika berada di hadapan rumah Allah itu, termasuklah doa ini.

***

Semenjak peristiwa di bumi lahirnya nabi terakhir itu. Semakin lama , semakin aku sedari Allah seakan-akan memakbulkan permintaan-permintaan aku suatu ketika dahulu.


Terima kasih.
Kerana tidak pernah berkira. Boleh bilang dengan cari berapa banyak belanja berbanding diraikan. Hampir tidak pernah barangkali duit sendiri yang keluar kalau setiap kali keluar makan.

Terima kasih.
Untuk rasa tidak pernah lokek mencuba masakan yang bukanlah power sangat. Masin, tawar , makan je semua, tanpa mengomen banyak.

Terima Kasih.
Untuk ingatan setiap kali pergi travel. Sweater, keychains, tote bag dan bermacam-macam lagi.

Terima kasih.
Setiap kali call untuk muraqib, jarang sekali mengatakan tidak. Hatta seringkali juga aku last minute membuat panggilan.

Terima kasih.
Angkat beg bagasi berat-berat kalau nak gi airport, jadi teman pergi umrah. naik kereta prebet dari Mekah ke Madinah dan teman pergi Tanaim untuk buat Umrah sunat, dan teman tawaf keliling Kaabah.

Terima kasih.
Untuk kebaikan dan segala tangungjawab,banyak belajar, banyak bagi nasihat secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih,
untuk segala-galanya.

***

Hari ni 20 MEI 2015, hari terakhir viva 6th Year medical Students.Mungkin hari yang paling bahagia untuk dia. Tetapi entah kenapa juga, sebak tiba-tiba menyapa. :'D

Kasih seorang adik kepada seorang abang, yang tumbuh perlahan-lahan, di bumi yang penuh kenangan ini, satu nikmat yang paling disyukuri selama empat tahun di sini. Terima kasih Tuhan!


***

Kesimpulan: Ramai mereka di luar sana yang sedia rapat dengan adik beradik lelaki khususnya abang, tetapi percayalah bagi yang mempunyai abang, rugi sangat kalau tak cuba usaha untuk rapat dan belajar kenal abang sendiri. Pastinya usaha itu dengan DOA dan SABAR bukan ? Hehe..

tipulah kalau kata tak rasa 'kehilangan' tu. *kesat air mata*