Assalamualaikum..sahabat2 dan adik2 yang dikasihi,,Bk gagahkan jua jari jemari untuk mengetuk papan kekunci,,untuk menitipkan beberapa pesanan buat adik2 khususnya..
awal lagi nak ckp psal SPM ?
tak lah..ok lah nie..jangka masa trial negeri to REAL spM ADALAH tempoh masa yang paling sesuai nak refresh niat kite..hmmm..
kenapa skarang tulis entry pasal nie?
..oo..sbb tak sempat nak jenguk adik2 for da last time,lagipun entry nie special edition..hehe..kot2 tak igt nak tulis…mklumlah ilham tu dtg mase nie..tulis je la..hehe..lagipun tak rse nanti kat urdun dapat mengupdate blog..*ade la kekangan skit bila dah smpai sana..mungkin..harapnya kekangan tu dapat diatasi*
Adik2,
Cepat sungguh masa berlalu,dalam tempoh ini..luang masa untuk menjejak kaki ke bumi waqafan terasa begitu cemburu sekali..alhamdulillah,sempat jua pergi secara tidak sengaja pada bulan ramadhan lalu..huh!walaupun sorang2,rasenya sangat berbaloi..dapat berjumpa dengan adik2 buat kali terakhir sebelum fly,entah bila lagi dapat bersua..hidup kita anugerah,masa kita adalah nikmat,usia kita hanya pinjaman..tak siapa tahu..mungkin kita akan berjumpa lagi,atau mungkin tidak..hanya Allah yang tahu..
Adik2,
Macam yang akak2 pesan…ingat study elok2,apa yang paling penting ikhlas,jaga keberkatan..itu rahsia sebenar..akak pun bukannya terror sangat,bukan stret A+ pun(jeling2 kat sahabat A+)..tapi dik,kebahagiaan setiap orang tu berbeza-beza..ade yang dapat stret A pun dah cukup membuatkan seseorang itu gembira,adapun stret A tanpa A- sekalipun mungkin ade yang tidak bahagia dengan keputusan itu..terpulang kepada seseorang menerima atau melihat keputusan SPM tuu..hmmm
Adik2,
SPM,merupakan satu medan terbaik untuk adik2 mendekatkan diri kepadaNya,meletakkan kebergantungan kepada Allah sepenuh-penuhnya..tiada lain tempat adik2 bergantung melainkan kepada Allah..percayalah adik2..ikhlaskan niat adik2,kenapa adik2 nak berjaya dalam SPM..adakah sebab nak megah ? atau bagi adik2 result SPM gempak adalah kepuasan yang nyata selepas berusaha dengan gigih..?..mungkin ada sebab lain..terpulang lah masing2 mempunyai sebab masing2..tapi dengan syarat,kejayaan yang diimpikan kan itu hendaklah di sandarkan kerana Allah..
Contohnya,jika adik2 nak result SPM yang gempak sebab nak hadiahkan kat mak ayah yang dah banyak berkorban untuk adik2,niat adik2 nak redha mak ayah..kenapa nak redha mak ayah ? sebab nak redha Allah..bukankah redha Allah terletak pada redha mak ayah ?begitulah signifikannya..akhirnya niat kita itu membawa adik2 kepada pencarian mardhotillah..ameen..semoga Allah permudah segala urusan..
Adik2,
satu lagi benda penting yang adik2 kena ingat..apa2 yang kita dapat hari nie,bukanlah semata kerana jerih payah usaha kita,tetapi kerana rahmat dan kasih sayang Allah..REZEKI ALLAH..apa2 pun result Trial adik2..fokus utk SPM yang sebenar..mohon Allah murahkan rezeki..Adik2,
Ilmu itu cahaya,dan cahaya Allah tidak menunjukki orang yang maksiat.Adik2,kita nie manusia yang lemah,kekadang terlalu banyak salah..sedar mahupun tidak sedar..hakikatnya,menjaga hubungan dengan Allah itu sangatlah penting seterusnya menjaga hubungan dengan manusia..jangan segan2 nak mintak maaf..berlapang dada dengan sahabat2,jaga hati..jaga perasaan..mase nie syaitan cam cucuk jer..macam2 bleh jadi dalam keadaan yang tertekan,stress nie..moga tenang menghadapi cabaran..=)
Adik2,
SPM itu sangat mempengaruhi dunia seorang pelajar sejujurnya,kerana ia mampu membuatkan kite dekat dengan Allah,ia juga mampu membuatkan kita mempertuhankan akademik semata..mampu mengeratkan ukhwah adik2 dengan sahabat2,juga mampu mengoncang iman adik2 dalam bersilaturrahim..
Pesan akak,even dengan mak cik DM pun adik2 kena berlapang dada,berbuat baiklah dengan orang sekeliling.. banyakkan bersabar..jangan pentingkan diri sendiri..jika adik2 rasa adik2 mampu berjaya sorang2,percayalah walaupun adik2 berjaya,kejayaan itu sekali pun tidak terasa manis sepertimana adik2 berjaya setelah sama2 berganding bahu,bantu membantu dalam mencapai kejayaan..
Adik2,
akak tidak berhajat untuk menulis panjang dek kekangan masa dan waktu..insyaAllah,ingat pesan akak2 ,cikgu2,ingat harapan mak ayah…masih belum terlambat untuk tajdidkan niat..dan ingatlah adik2 SPM bukanlah segala2nya..namun SPM yang menentukan segala2…siapa adik selepas ini,bidang apa pilihan adik selepas ini..jangan lupa,kena ingat sekarang usaha setakat yang mampu..bijak mengatur masa dan strategi..
bertawakkal setelah berazam dan berusaha bersungguh-sungguh..jika adik2 rasa masih banyak belum cover,selama nie busy dengan tugas2,amanah dan tanggungjawab..insyaAllah..doa banyak2 Allah permudah segala urusan..ingat adik2..doa senjata orang mukmin!..
Adik2,
Maafkan akak2 sebab tak mampu jadi contoh yang terbaik,hanya sedikit nasihat yang mampu diberikan..moga2 menjadi ubat,dalam kelesuan adik2 struggle utk SPM..insyaAllah akak2 doakan adik2 berjaya dalam SPM,dan dapat melakar perjalanan hidup adik2 selepas ini dalam menuju matlamat kita yang terakhir ..walaupun jalan kita berbeza selepas ini insyaAllah akhirnya nanti kita berjumpa lagi di syorga sana!
Catatan khusus untuk adik2 usrah,adik2 omar,adik2 lain..maaf akak mampu merancang..Allah jua yang mengatur..kita manusia,hanya mampu membuat jadual,adapun kita hanya ada satu pilihan..iaitu mengikut jadual Allah..
insyaAllah,sape2 yang nak pi Jordan tuu..akak tunggu kat sne yer..hehe…(:
tak lupa buat akak2 STAM yg dah nak dekat exam tuu..wat elok2..nanti c u in middle east..(: |
p/s;byk senanya nk kongsi…tapi gagahkan jua tulis entry desakkan sahabat2 yang meminta untuk update KKJ,terasa mahu cuti satu tahun..hehe..xpe lah..macam tak jadi jer..hehe..tengoklah..selagi Allah bagi ilham insyaAllah…terima kasih kepada sahabat2 yang setia memfollow blog nie..
*sape2 yang rase nak update blog tapi xde idea,jom buat entry nak boost semangat junior2 yang dah nak SPM ..hehe..ok tak ?..
Sekian.assalamualaikum…=) 4.10 ptg.dlm kereta.on.da way nak pi kuala lumpur.esok pagi bertolak ke Jordan.doakan!Rabbi Yassir Wala Tuassir..
1 comment:
salam syg,
kak amnah,trime kasih di ats post ini! i am crying like -- nk banjir je bilik nie ==
wlupun scara official nye,sy bkn lg pljr kolej, sy nk b'trime kasih pd kak amnah atas post ni.
post ni tlg m'bwt sy lbh bermotivasi dlm mengharungi spm thn ni. trime kasih. doakan sy berjaya di dlm medan perjuangan ini.
syukran
btw,sy ingin memohon kemaafan yg teramat sgt pd kak amnah ats segala keterlanjuran dlm berbicara dll (gune bilik iron dgn selamba pukul 1,,).
sekian,
.MI.
Post a Comment