Tuesday 10 January 2012

Untuk Siapakah Cinta Ini ?

Bila disebut soal cinta
Tiba-tiba, ada hati yang tersenyum
Cinta.tunang.nikah.kahwin
Maklumlah, “dalam hati ada taman”

Subhanallah, betapa indahnya ciptaan Allah
Dia menganugerahkan, satu makhluk yang bernama “cinta” sebagai fitrah insani.
Pelbagai tafsiran yang manusia berikan,pelbagai analogi, pelbagai perspektif
“cinta itu buta” “cinta monyet”
Tapi, tetap, cinta sukar untuk difahami..
Ia hanya mampu dirasai

Kita tak pernah nampak
Tapi kita merasakan bahawa Allah mencintai kita
Hamba-hambanya ^^
“untunglah kita, ada Allah…kan?”

Masa yang berlalu, suasana yang baru, membuatkan kita makin matang
Tarbiyyah dari Allah sehari-hari, sudah cukup mengajar kita berfikir secara matang
(matang:mengamalkan Al Quran dan Sunnah sebagai cara hidup)

Syukur, kagum, melihat sahabat-sahabat, yang sudah mula memikirkan tentang fasa kedua
Selepas fasa individu muslim, yakni “Baitul Muslim : Rumahtangga Muslim”

Mereka sudah mula memikirkan,
Bagaimana memikul tanggungjawab kerjaya dan tanggungjawab seorang isteri..
Bagaimana nak memuliakan seorang suami..
Bahkan mereka memikirkan tentang betapa pentingnya soal pendidikan anak-anak..
Untuk melahirkan generasi yang unggul..
Demi kemaslahatan ummah..Allahuakbar!


Silapnya pemikiran segelintir manusia, bila bercakap soal perkahwinan
“ni, mesti nak kahwin awal ni, gatal nye”
“ni mesti dah ada calon ni”
“beranganlah tu, eh, lambat lagi lah,belajar dulu.”

Sahabat,
Mereka, bukan membicarakan soal cinta pada manusia yang bergelar Adam
Tapi cinta pada ISLAM itu sendiri
Mereka memikirkan masa depan Ummah

Dan dalam masa yang sama, mereka berusaha melengkapkan ciri-ciri individu muslim dalam diri mereka.

Mereka, manusia biasa,
baru sahaja berusia 18 tahun, baru sahaja nak menjejaki 19 tahun
Tapi berwawasan dan berpandangan jauh..
Allahuakbar.

Disaat mereka berbicara tentang cinta dan perkahwinan, mereka masih mncari, dan sentiasa berdoa.
Mohon Allah berikan yang terbaik buat mereka.
Mereka inginkan lelaki yang mampu bersama-sama mereka menggapai syurga dan redha Ilahi

Tapi, bagi diri yang sudah bertunang..
Yang sudah tahu, siapakah yang bakal menjadi pasangannya..
Biiznillah..andai itu memang jodoh ketentuanNya..
Mereka bagaikan wasilah dari Allah taala..
Kata-kata , pebualan mereka , bagaikan satu nasihat,yang meresap dalam hati..
supaya mempersiapkan diri..
Untuk bergelar seorang isteri..sayap kiri perjuangan sang suami.

Terima kasih sahabat, kalian buat saya sedar.celik minda dan hati.

Tipu, andai saya katakan, bahawa saya tak pernah terifikir untuk kahwin di bangku universiti
Bertunang, bukan fasa yang mudah..
Ya, saya akui, memang bahagia bila dapat menjaga hati ini dari lelaki-lelaki lain.
Bahagia, bila tak perlu lagi memikirkan tentang jodoh.
Bila ada yang cuba menganggu hati, namun hati tetap setia pada yang satu.
Tapi hakikatnya, bukan mudah untuk menjaga hati sendiri, dan juga hati si dia yang sudi memilih kita.

Tapi percayalah, saya juga sentiasa memikirkan,
mampukah saya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar?
dalam masa yang sama sebagai seorang isteri dan mungkin juga sebagai seorang  ibu?
Mampukah saya?
Hanya Allah yang tahu..

Mampukah saya untuk berhadapan dengan keluarga , yang kemungkinan sukar untuk menerima, pernikahan di bangku universiti..
Segalanya ketentuan dari Allah..

Saya hanya mampu doakan yang terbaik
“Ya Allah, ampunkan dosa antara aku dan dia, jauhkan kami dari melakukan kemaksiatan kepada Mu, peliharalah hati kami..jangan jadikan kami orang yang cinta kepadaMu dan Rasullullah lebih dari segalanya…sesungguhnya jalan yang kami pilih  ini kerana cinta pada Islam dan dakwah
Ya Allah, kau tahu yang terbaik untuk diri ini, andai sudah tiba saatnya, dan Kau tahu bahawa kami sudah bersedia, untuk memikul satu amanah…maka permudahkanlah….”
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Dan perancangan Allah adalah yang terbaik.

Bersederhanalah dalam mencintai manusia
Kerana ia tak kan kekal
Yang kekal adalah cinta Ilahi
Ikhlaskan niat~
Untuk siapakah cinta ini?
Untuk Ilahi
Ibubapa.keluarga.sahabat.suami.anak


Hanyalah wasilah untuk menuju redhanya.

“Wahai orang-orang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah yang dapat mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu beruntung”
                                                                                                                                                                                                                                              {5:35}                                                                                                                                                                                                                                                        

* ajaibnya cinta bila si dia yang kita tak pernah kenal, tapi tiba-tiba Allah ilhamkan pada hati kita, dia adalah pilihan yang terbaik.dan Allah anugerahakan cinta antara dua hati yang sama-sama berusaha untuk mengapai syurga Ilahi *

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.
(H.R. Thabrani)

:cinta.sampai.syurga:

[hanya tulisan dari aqal & hati yang dipinjamkan oleh Allah]

penulishanyamenumpangblogkkj

1 comment:

Anonymous said...

Bila kita mengejar cinta Allah...insyaAllah cinta manusia akan hadir dalam hidup kita...(n_n)