Thursday 18 July 2013

#1siri cinta Rasulullah: Jangan Marah,keep sabar..

Suatu kisah ketika Rasulullah SAW sedang duduk ditengah-tengah para sahabat, tiba-tiba datang seorang rahib yahudi bernama Zaid bin Sa’nah. Kemudian dia menyambar kain Rasulullah SAW dan berkata dengan kasar; “Ya Muhammad! Bayarlah hutangmu. Kamu keturunan Bani Hasyim melambat-lambatkan pembayaran hutang.”

Sememangnya ketika itu Rasulullah SAW berhutang dengan yahudi tersebut. Tetapi Rasulullah mengerti bahawa masa yang dijanjikan untuk membayarnya belum sampai. Melihatkan keadaan sebegitu, Saidina Umar r.a lalu bangun dan menghunus pedangnya. “Wahai Rasulullah SAW, izinkan aku memenggal leher manusia yang kurang ajar ini.”

Namun, dengan penuh kelembutan dan ketenangan Rasulullah SAW bersabda; “Ya Umar, aku tidak disuruh berdakwah dengan cara yang kasar. Antara aku dan dia memang memerlukan kebijaksanaan daripadamu. Suruhlah dia menagih hutangnya dengan sopan dan ingatkanlah aku supaya aku dapat membayar hutangku dengan baik.”

Mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, orang yahudi itu pun berkata: “Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, sebenarnya aku tidak akan datang untuk menagih hutang, tetapi aku datang untuk menguji akhlakmu. Aku mengerti masa untuk melunaskan hutang itu sebelum sampai waktunya. Akan tetapi aku telah membaca sifat-sifatmu dalam kitab Taurat. Semua sifat-sifatmu sungguh terpuji. Namun masih ada satu sifatmu yang belum aku ketahui iaitu tentang kebijaksanaanmu bertindak ketika waktu marah. Ternyata tindakan ceroboh yang dilakukan orang terhadapmu, engkau masih dapat mengawalnya dengan cara bijaksana.”

Ini merupakan satu hakikat yang aku saksikan sendiri, maka terimalah Islamku ya Rasulullah SAW. Kemudian orang yahudi itupun mengucap dengan mengakui Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW adalah pesuruh ALLAH.

Kemudian ia berkata lagi: “Wahai Rasulullah, adapun hutangmu, aku sedekahkan kepada fakir miskin dan kaum muslimin”

Demikianlah antara sebuah kisah kehebatan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi marah. Manakala, hari ini dalam menguruskan kemarahan yang terjadi tanpa diminta, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan dalam menghadapi situasi yang mudah mengundang marah, memerlukan tindakan pantas kepada memikirkan sabar.

Rasulullah bersabda bermaksud :

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi) —

____________________________________________________________________________________________



alhamdulillah,semoga kawan2 sedikit sebanyak dapat mencontohi akhlak nabi, sama2 kita berusaha mendidik diri dengan sifat sabar,dan semoga kita digolongkan dalam kalangan orang2 yang sabar.

beberapa tips ringkas untuk menahan marah dari saya:

1.once,kalau kita sedang marah cuba teringat tentang satu hadis,jika kita sedang marah dalam keadaan berdiri,kita cuba untuk duduk,jika sedang marah dalam keadaan duduk,cuba untuk baring..in sha allah hati kita akan calm down dengan beransur-ansur..seyes,trylah :)

2.banyakkan istighfar;dengan banyakkan istighfar,pada masa yang sama kita menyibukkan mulut kita menyebut nama Allah,dari menyebut keburukan si fulan,si fulan.. in sya Allah,hati yang ingat Allah akan jadi tenang,lama2 beransurlah rasa marah tadi..bahkan membenihkan rasa sabar..tak caya jugak ? try laa..hehe

3.ingat!klau nak marah orang tu fikir tentang akhlak nabi,nabi tak pernah ajarkan kita marah2 orang,contohi nabi..kata sayang nabi,bila diuji dengan perkara emosi sebegini.. inilah masanya untuk memanifestasikan cinta kita kepada nabi.. how ? dengan mengikut sunnah kecil baginda seperti akhlak2 yang baik termasuklah sifat sabar ini..in sha allah..

alhamdulillah,di pagi jumaat kedua di bulan ramadhan ini..rasa termotivated nak update blog secara berkala,semoga Allah redha.

bila kita tahu,apa tujuan kita tulis,apa tujuan kita berblogg,saya wondering..ini maybe the best reason why ustaz hazrizal keep updating his blog... and other bloggers jugak..

sollu 'ala nabiyy~rindunya Mekkah dan Madinah~how i wish,to be be there in this holy month,Ramadhan Kareemm..

opps lupaa.. esok saya exam.harap Allah izin saya sedut semangat dan keberkatan hari penghulu segala hari ini untuk pulun study~

nah! hadiah doa untuk enry kali ni..


 “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.”



ameen ya rabb.

No comments: