Wednesday, 27 November 2013

insan..

"Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkan. Sama ada di dalam sukar mahupun senang.

Teman yg terbaik juga adalah teman yang sentiasa mentarbiahkan diri dan sahabatnya kpd Allah.

Wahai sahabat,sesungguhnya diri ini hnyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlah daku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika daku hampir berputus asa dgn tarbiah2 dan janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNya jika diIzin-Nya. Ameen.."

Monday, 25 November 2013

salah faham dulu2

kelakar.
kita buat baik sebab kita suka dia[?]

kisah sebenar : kita buat baik sebab kita ikhlas nak tolong.


Sunday, 24 November 2013

Allah,makbulkan doaku.ameen

Adapun selepas tahmid dan syukur maka ingin ku menyebut di sini,sesiapa di antara kamu menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati.

Kemudian beliau membaca ayat Allah.

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sungguh, telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul[1]. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun[2]. Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur[3].-Al Maidah 144

Kata ibnu Abbas:Demi Allah, di masa itu manusia ramai bagaikan tidak mengetahui bahawa Allah telah pun menurunkan ayat ini kecuali setelah Abu Bakar membacanya,dengan itu orang ramai pun menerima dan membacanya.
___________________________________________________

Peristiwa kewafatan Rasulullah SAW ini berlaku ketika pagi sudah meningkat hari ISNIN 12 Rabiul Awwal tahun ke-11 Hijrah di waktu usia Rasulullah SAW genap 63 tahun dan 4 Hari.

"Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dari golongan para nabi,siddiqin,syuhada' dan salihin,Ya Allah Ya Tuhanku ampunkan daku dan kasihanilah daku,letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi,Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi.

Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak 3 kali dan tangan baginda pun layu turun ke bawah,maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi.T_T

sesungguhnya kita ini bagi Allah, dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali. =')

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد

ISNIN,25 DIS 2013,7.03am.
Irbid,Jordan.

No More Pilihanraya For me!

Tekad.Alhamdulillah,sebaik-baik jawapan dan petunjuk in sha Allah.

tak sabar nak turun.
sementara masih ada masa berbaki.
semoga Allah izinkan untuk buat yang terbaik!


Wednesday, 6 November 2013

i love the art of the words...

once in 1435++ Hijri ago..

“Demi Allah bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan padamu tetapi aku takut dibukanya dunia untukmu sebagaimana telah dibuka bagi orang-orang sebelummu dan kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya sebagaimana mereka berlomba-lomba, dan akan menghancurkanmu sebagaimana telah menghancurkan mereka” (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Dardak ia berkata; Rasulullah Saw bersabda; “Sekiranya kalian tahu apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan kalian akan banyak menangis, dan akan ringan bagimu (urusan) Dunia, dan kalian akan memilih Akhirat.” (HR. Ibnu Abi Dunya)

Ubat mujarab untuk menghilangkan penyakit cinta dunia adalah mengingat akhirat, mulai dari mengingat mati sebagai gerbangnya sampai apa-apa yang terjadi pada hari kiamat. At-Taimy berkata “Dua berkara yang mampu memutus keledzatan dunia ; mengingat mati dan mengingat (bahwa kelak) akan berdiri (pada hari kiamat) dihadapan Allah Azza Wa Jall.





p/s:step by step...

Monday, 4 November 2013

hijrah,1435

bismillah.

walaupun hijrah nabi Muhammad SAW bukan jatuh pada bulan muharram,tetapi ketika tibanya tahun baru Islam kali ini.. satu benda yang saya cukup terkesan adalah sejarah serta sirah baginda Nabi Muhammad ketika berhijrah ke kota Madinah...

telalu banyak sebenarya jika ingin dinukilkan setiap satu ibrah dari hijrah baginda Rasulullah SAW... dari trategi dakwah,kesetiaan seorang sahabat yang digelar as Siddiq,kepatuhan dan keunggulan seorang muslimah yang bernama Asma'...yang mempunyai 2 tali ikatan pinggang ,sehingga diberi gelaran Dzatu nithaqain, kisah Suraqah bin Malik yang diawalnya musuh kemudian bertukar menjadi pelindung....kisah ummu ma'bad,yang sarat hikmah tentang mukjizat baginda Rasulullah SAW yang bagaikan mengalir seribu keberkatan dari setiap tingkah laku baginda yang memerah air susu... hikmah pembinaan masjid quba' ,ya3ni antara masjid terawal yang dibina dalam sejarah Islam,ketika mana seorang pemimpin turut bersama2 rakyatnya mengangkut batu bata untuk membina tempat persatuan serta kesatuan umat Islam yang pertama ini... diteruskan dengan kisah unta baginda Rasulullah SAW yang akhirnya memilih rumah sahabat Nabi,iaitu Al Ayyubb,sahabat yang meninggal di Kota Konstantinopel.......serta persaudaraan kaum muhajirin dan Ansar....

begitulah hidup ini,
antara menjadi sahabat yang setia,atau kawan sementara..
antara menjadi muslimah yang membantu perjuangan Islam atau bergelumang dalam fitnah akhir zaman..
antara hijrah menjadi yang pemanas mata atau penawar hati orang sekeliling...
antara menghayati akhlak serta kehebatan Rasulullah atau berterusan lemah dalam mencintai baginda...
antara pemimpin yang berjiwa rakyat atau yang mengkhianati amanah jelata..
antara kesungguhan seorang muslim untuk terpilih menjadi manusia yang terbaik atau sekadar biasa-biasa...
antara penyatuan fikrah atas ukhwah Islamiyyah atau menjarakkan lagi jurang antara jemaah,atau sesama Islam...


bacalah sirah bukan sejarah semata.nescaya kita akan menemui terlalu banyak hikmah,pilih lah setiap detik amal kita adalah sisi untuk mengisi minda dan dada untuk meningkan iman yang lebih,serta memperbaki amal yang tak seberapa.... semoga Allah kuatkan langkah saya dan kalian,untuk hari-hari yang mendatang,semoga kita menjadi orang yang belajar dari sirah..

Sirah bukan sahaja untuk dihayati,tetapi juga untuk diaplikasi ~