Monday 4 November 2013

hijrah,1435

bismillah.

walaupun hijrah nabi Muhammad SAW bukan jatuh pada bulan muharram,tetapi ketika tibanya tahun baru Islam kali ini.. satu benda yang saya cukup terkesan adalah sejarah serta sirah baginda Nabi Muhammad ketika berhijrah ke kota Madinah...

telalu banyak sebenarya jika ingin dinukilkan setiap satu ibrah dari hijrah baginda Rasulullah SAW... dari trategi dakwah,kesetiaan seorang sahabat yang digelar as Siddiq,kepatuhan dan keunggulan seorang muslimah yang bernama Asma'...yang mempunyai 2 tali ikatan pinggang ,sehingga diberi gelaran Dzatu nithaqain, kisah Suraqah bin Malik yang diawalnya musuh kemudian bertukar menjadi pelindung....kisah ummu ma'bad,yang sarat hikmah tentang mukjizat baginda Rasulullah SAW yang bagaikan mengalir seribu keberkatan dari setiap tingkah laku baginda yang memerah air susu... hikmah pembinaan masjid quba' ,ya3ni antara masjid terawal yang dibina dalam sejarah Islam,ketika mana seorang pemimpin turut bersama2 rakyatnya mengangkut batu bata untuk membina tempat persatuan serta kesatuan umat Islam yang pertama ini... diteruskan dengan kisah unta baginda Rasulullah SAW yang akhirnya memilih rumah sahabat Nabi,iaitu Al Ayyubb,sahabat yang meninggal di Kota Konstantinopel.......serta persaudaraan kaum muhajirin dan Ansar....

begitulah hidup ini,
antara menjadi sahabat yang setia,atau kawan sementara..
antara menjadi muslimah yang membantu perjuangan Islam atau bergelumang dalam fitnah akhir zaman..
antara hijrah menjadi yang pemanas mata atau penawar hati orang sekeliling...
antara menghayati akhlak serta kehebatan Rasulullah atau berterusan lemah dalam mencintai baginda...
antara pemimpin yang berjiwa rakyat atau yang mengkhianati amanah jelata..
antara kesungguhan seorang muslim untuk terpilih menjadi manusia yang terbaik atau sekadar biasa-biasa...
antara penyatuan fikrah atas ukhwah Islamiyyah atau menjarakkan lagi jurang antara jemaah,atau sesama Islam...


bacalah sirah bukan sejarah semata.nescaya kita akan menemui terlalu banyak hikmah,pilih lah setiap detik amal kita adalah sisi untuk mengisi minda dan dada untuk meningkan iman yang lebih,serta memperbaki amal yang tak seberapa.... semoga Allah kuatkan langkah saya dan kalian,untuk hari-hari yang mendatang,semoga kita menjadi orang yang belajar dari sirah..

Sirah bukan sahaja untuk dihayati,tetapi juga untuk diaplikasi ~

No comments: