Sunday 24 November 2013

Allah,makbulkan doaku.ameen

Adapun selepas tahmid dan syukur maka ingin ku menyebut di sini,sesiapa di antara kamu menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati.

Kemudian beliau membaca ayat Allah.

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sungguh, telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul[1]. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun[2]. Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur[3].-Al Maidah 144

Kata ibnu Abbas:Demi Allah, di masa itu manusia ramai bagaikan tidak mengetahui bahawa Allah telah pun menurunkan ayat ini kecuali setelah Abu Bakar membacanya,dengan itu orang ramai pun menerima dan membacanya.
___________________________________________________

Peristiwa kewafatan Rasulullah SAW ini berlaku ketika pagi sudah meningkat hari ISNIN 12 Rabiul Awwal tahun ke-11 Hijrah di waktu usia Rasulullah SAW genap 63 tahun dan 4 Hari.

"Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dari golongan para nabi,siddiqin,syuhada' dan salihin,Ya Allah Ya Tuhanku ampunkan daku dan kasihanilah daku,letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi,Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi.

Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak 3 kali dan tangan baginda pun layu turun ke bawah,maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi.T_T

sesungguhnya kita ini bagi Allah, dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali. =')

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد

ISNIN,25 DIS 2013,7.03am.
Irbid,Jordan.

No comments: