Monday 29 August 2011

Terimalah aku seadanya..

penat.melayan dan melawan karenah nafsu.mungkin kecewa dengan diri sendiri yang seakan-akan hilang...

Ya Allah,andainya ini Ramadhanku yang terakhir,malu rasanya untuk mengatakan insyaAllah aku layak berhari raya..benar ya Allah,tangan2 ini pantas berlari,menukilkan setiap ilham yang Engkau ilhamkan..namun hakikatnya..Engkau lebih mengenali diri ini di dunia realiti..tak seindah yang aku harapkan,tak seperti yang aku impikan..

Ya Allah,inzinkan aku melupakan hari2 yang berlalu...detik2 ramadhan yang berkah..yang sekian kalinya akan meninggalkan aku.. ujian-Mu adalah ujian normal,namun yang aku rasakan iman aku yang semakin mengurang..mungkin kerana banyaknya khayal,lantas aku lesu di medan tarbiah ramadhan..bukan ingin menyalahkan biah,bukan juga situasi kekangan masa dan waktu..mungkin aku sendiri yang ketandusan mujahadah..kerana jika diimbas kembali ramadhan yang lalu,alhamdulillah..walaupun kekangan masa sangat memuncak..Engkau izinkan aku untuk mencapai target ramadhan ku..

tapi kini jauh berbeza.mungkin permulaan puasa sebagai orang yang dah besar.mungkin.

jujur.aku malu.segan.

Ya Allah,di malam syawal ini,malam yang Engkau janjikan dimakbulkan doa hamba2 Mu..aku memohon ya Allah.kurniakan kesempatan sepanjang kehidupan aku ini.. Engkau panjangkanlah umurku.umur yang diberkati dengan mempertemukan aku dengan Ramadhan pada tahun2 mendatang..dan ya Allah izinkan juga aku bertemu dengan malam al Qadr..aku mohon ya Allah..

sesungguhnya Engkau Maha pengampun,Maka Ampunkan lah dosa2ku..aku bertaubat kepadaMu..

Ya Allah,terimalah amalan orang2 yang bertemu dengan bulan ramadhan..dan terimalah jua amalanku yang tak seberapa,hanya ini yang termampu.moga diterima seadanya.moga dinilai atas keikhlasan..bisa kah ?

ah,amalan sekelumit..meminta-minta pula..ya Allah aku malu!namun aku tebalkan hati..aku masih ingin memohon kepada Mu perkenankanlah doa ini..TERIMALAH AKU SEADANYA kerana aku tahu ENGKAULAH ..
Si Pemilik rahmat..

moga benih yang kita tuai pada ramadhan kali ini,tumbuhnya subur  sehingga kita berjumpa  lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan;moga panjang umur kita2 semua.ameen




p/s;sahabat2..dikesempatan ruang masa ini,BK ingin memohon maaf kerana sudah terlalu banyak terlanjur bicara,terkasar bahasa..anggaplah kepemergian ramadhan sebagai satu turning point untuk menilai tahap iman kita..dan mulakan turning point tersebut seusai berlabuhnya tirai ramadhan..bertamunya satu Syawal

asas turning pointnya,bermunajatlah di malam Syawal..carilah sedikit ruang waktu dan masa dalam kesibukkan membantu ibu di dapur,dalam keseronokkan membuat persiapan lebaran..untuk kita top-up balik,memohon kekuatan untuk terus kita istiqamah selepas bertemu dengan Si Taqwa ataupun tidak..pandanglah di hadapan..di sana bukti taqwamu teruji...moga bertemu lagi ya sahabat2..

nota kaki:tahniah kepada yang berjaya dengan gemilang..jangan dilupakan doakan sahabat2 ini juga..sungguh,doa seorang sahabat itu makbul selagi belum diketahui..bukan kah kita mahu ke syorga bersama-sama ? =)

selamat hari raya maaf zahir batin~rushing update >.<


4 comments:

aizat al jauhari said...

ramadhan x pergi lagi.. raikanlah ramadhan sebelum dia berangkat pergi.. kerna ntah bila lagi boleh bersua kembali.. mungkin di dunia ini.. x pun di syurga nanti.. itupun jika ia jadi teman sejati.. moga ramadhan sentiasa di hati..

hamba-Dia said...

=)

dawud alhawariy said...

sama2 la muhasabah diri. Adakah rmadhan thun ni lbih baik dri rmadhan yg lpas2. Skadar menasihati diri ini yg mrasakn kkrgn pd rmadhn kali ni, masyaAllah.sama2 la muhasabah diri. Adakah rmadhan thun ni lbih baik dri rmadhan yg lpas2. Skadar menasihati diri ini yg mrasakn kkrgn pd rmadhn kali ni, masyaAllah.

hamba-Dia said...

T.T