Tuesday 1 November 2011

Mengejar Cinta C:

ibrah itu indah~


Si Dia ialah MAHA..
Ini untuk si Dia..
Yang sentiasa di sisi aku dan kau..

Mengejar cinta ILLAHI,
Bayarannya bukan sekadar kemanisan nikmat,
Bahkan diberinya nikmat ujian yang berlipat,
Agar kita bertambah dekat..

Mengejar cinta ILLAHI,
Semakin dekat kita di sisi,
Semakin kuat iman kita diuji,
Agar cinta itu makin kukuh bersemi..

Mengejar cinta ILLAHI,
Perlu pengorbanan masa dan raga,
Kekuatan hati dan jiwa,
Kerana cinta ini satu anugerah yang tercipta…

Mengejar cinta ILLAHI,
Dukanya terasa nikmat berharga,
Dalam derita terselit bahagia,
Kerana yang dikejar bukan cinta biasa,
Bukan pandangan mata manusia,
Bukan pujian dan kata-kata,
Bukan pangkat dan harta,
Tapi keredhaan si Dia yang Esa..


Mengejar cinta ILLAHI,
Langkahnya tidak sekali mudah,
Kekadang tersungkur dalam melangkah,
Tidak bisa berpaut pada iman yang patah..
Kerana hati manusia itu lemah..

Mengejar cinta ILLAHI,
Moga sampainya hingga ke syurga,
Sebaik-baik tempat bersua,
Tidak ada lagi duka,
Melainkan anugerah cinta,
Menatap si Dia yang Maha…
26102011
1224pmmalaysia/0630amjordan
Irbid;subuh yang dingin
FA


p/s:malu mengaku cinta kepada si Dia,tetapi seringkali kita kecewa dan bersedih dengan cinta manusia..

biarkan pintu hatimu tertutup dari cinta manusia yang tidak harus bagimu,agar terbuka jalan menuju redha Allah..

nota kaki:


Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah..

~Menunaikan sebaik-baik amalan iaitu ibadat haji dan umrah
~Berpuasa pada hari Arafah

~Memperbanyak Dzikir dan Takbir

~Perbanyakkanlah bertahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

~Sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah dan menjauhi larangan-Nya serta mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

~Mengerjakan amalan korban pada hari raya haji dan hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah)..

malam 10 muharram..antara malam yang insyaAllah akan dimakbulkan doa..

selamat beramal yer sahabat sekalian..jumpa lagi..

2 comments:

Alia Amirah said...

Puisi Awak, Kita Ini Bercintakah?

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

--------------------------------------------

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?

~Hilal Asyraf~
1238
111011
Irbid,
Jordan

DawudHawariy said...

semoga istiqamah dlm mngejar cinta NYA