Monday, 17 November 2014

Hari-Hari vs Kadang-Kadang


Alhamdulillah, Sabtu lepas (27 Februari 2010) saya masih berkesempatan berbual panjang dengan seorang senior setelah lima tahun berpisah. Perkenalan kami bermula di USM sewaktu saya berada di tahun satu, dan beliau di tahun akhir pengajian.
“Kak Nor, macam mana, seronok bekerja bawah Kerajaan PAS, Kelantan?” Tanya saya.
“Macam biasa. Setiap tempat ada cabaran, ada dugaan. Kalau dalam kampus dulu kita bergerak kerja dengan orang yang berpendidikan, tapi bila dah ada di luar… di lapangan masyarakat, macam-macam jenis orang ada. Masalah yang paling Kak Nor tak suka, bila ada pelajar kampus yang keluar tapi buat cara macam di kampus juga. Tak pandai langsung nak merendahkan diri. Ye memang betul kita hebat. Tapi kalau tak dapat memberi (tarbiyyah) kepada masyarakat… ikut kepala sendiri je, tak guna juga sehebat mana pun kita”. Luahnya.
“Kita kena faham. Kita bukan di kampus lagi. Cara kita berdakwah kena berbeza. Ikut keadaan. Tidak boleh ketepikan orang yang dah lama dalam medan dakwah. Orang baru macam kita pun penting. Orang lama ada pengalaman. Daripada pengalaman tersebut orang baru boleh belajar untuk buat gerak kerja terbaik. Orang lama tahu apa yang harus ada (perkara yang diperlukan masyarakt. Contoh kefahaman dalam Fardu Ain)… jadi untuk laksanakan perkara yang harus ada tu kita serah pada orang baru (untuk buat program)”. Tambahnya lagi.
“Macam mana dengan usrah?” Tanya saya lagi.
“Kak Nor ada banyak usrah. Antaranya usrah dengan Tok Guru (Tuan Guru Nik Aziz). Tok Guru ni, dia suka buat soal selidik”.
“Soal selidik macam mana tu?” Tanya saya kehairanan.
“Dia akan bagi borang soal selidik. Contoh soalan, solat jemaah, qiamullail… Jawapan yang disediakan dua je. Satu, hari-hari. Dua, kadang-kadang”. Terang Kak Nor.
“Haaa… kalau macam tu ‘fail’lah saya. Sebab semua soalan boleh dikatakan majoriti jawapannya ‘kadang-kadang’”. Nampaknya begitulah situasi saya.
“Tulah, TokGuru cakap ‘macam manalah kita ni. Semuanya kadang-kadang’. Banyak lagi soalan lain. Macam soalan berapa banyak buku baca, masa lapang kita buat apa. Berapa banyak kenal orang”.
“Dalam kita bergerak kerja jangan lupa buat makanan rohani kita. sebab tulah yang akan jadikan kita kuat. Kita ni berada di barisan depan kalau kita tak kuat yang berada di barisan belakang… yang just jadi penyokong kita lagilah tak kuat. Takkan kita nak mengharapkan penyokong. Jadi solat witir, baca Quran, selawat, zikir, mathsurat kena hari-hari buat”. Nasihatnya lagi.
Semua nasihat itu perkara yang telah biasa kita dengar. Kita telah pun tahu. Tetapi tahu tersebut payah sekali untuk mencapai tahap amal. Amal pula sangat payah dan sukar untuk mencapai tahap istiqamah. Tetapi mahu atau tidak perlu buat.. perlu laksanakan. Biarlah ‘kadang-kadang’ daripada ‘langsung tidak ada’ dengan harapan ‘kadang-kadang’i tu bertukar menjadi ‘hari-hari’. Insya Allah.

Wednesday, 17 September 2014

Sambungan Travelog East Europe~

Satu benda yang paling penting dalam sebuah pengembaraan, tak kiralah melancong, travel atau vacation adalah untuk sentiasa tajdid niat,

Dan one of my intention untuk travel kali ni adalah untuk mengenal masyarakat luar atau muslim bersaudara...

Allhamdulillah, ketika di Veina Austria, kami dipertemukan dengan sekeluarga Islam dari Singapore ketika dalam train, seorang nenek yang cergas bersamaanak perempuan dan seorang cucu lelakinya, alhamdulillah jugak mak cik ni telah bagi kami routes paling jimat untuk sampai ke Salzburg, semoga Allah berkati mak cik Singapore tu...

Ketika di Wolfgangsee, Austria.sedang melalui tebing tasik yang berderet dengan private sites,randomly kami diperlawa oleh seorang uncle untuk guna his sites, sebelum tu one one our travelmates memang kempunan nak cari spaces or sites bawah pokok sambil menikmati pemandangan tasik, Alhamdulillah, Allah makbulkan hasrat dia, and the randomly jugak i said to my frenz, 'kan best kalau pak cik tu ajak pi umah dia dan belanja kita makan..haha', tak berapa lama kemudian, his wife came and gave us some towels, some snacks and bananas!Alhamdulillah...

Ketika di Swistzerland, selain dari bertemu sahabat2 sebatch kami bertemu sekeluarga pakistan yang menetap di US,Aunty Kiran dan her boys, pertemuan bermula apabila Aunty Kiran menegur pakaian kami, dia bertanya tentang bagaimana nak cari baju yang labuh di Swiss, which is sangatlah susah, dan dia cerita di US, apa yang dia selalu buat, dia akan beli dress dengan mini skirt untuk labuhkan dress yang singkat..pertemuan singkat dalam bas yang sangat bermakna..

Ketika di Italy, routes kami agak berterabur sedikit memandangkan tempoh masa di Italy sangat singkat dan memakan jarak dan masa untuk bergerak dari satu tempat ke tempat..

Kisah bermula di Venice, di dalam train kami berjumpa seorang lelaki dari Austria yang travel bersama dengan his daughter yang belajar di Athens Greece. Ketika sembang dengan mereka, tiba-tiba pak cik tu bertanyakan kami 'How to say God is The Greatest ?', and then we replied and taught him how to say 'Allahu Akbar'. I asked him one question, 'Are you christian ?',then he replied,'No Im not, Im zero.. ' dari segi akhlak dan how dia layan his daughter sangatlah baik, semoga mereka diberikan hidayah dengan izin Allah..

Dan antara part yang menarik juga di Venice, ramai kelihatan uncle bangladesh mencari rezeki, and they offer us the best prices, dan memang sangat murah sebenarnya harga yang kami dapat compare dengan foreigner lain.Just start a short chat about Islam, in sha Allah, berbeza cara pandang kita dan mereka tentang makna 'orang mukmin itu bersaudara'.

Malam terakhir di Venice, kami tercari-cari someone to take some pictures of us, yang mana sangatlah perlu berhati-hati to ask someone di Italy yang sangat terkenal dengan pick-pocket.Tiba-tiba seorang mak cik berdiri bersama her boys di hadapan kami, ya Aunty Kiran. See ?MasyaAllah tak sangka jumpa lagi Aunty Kiran on the right time!Alhamdulillah, then we took photos together and bertukar-tukar fb dan wassup. What a nice and sweet ending in Venice!

Perjalanan diteruskan ke Florence, kerana kelaparan 'nasi' kami ubah plan untuk transit lama sedikit di sini untuk mencari makanan halal. Tanpa hala tuju, kami menuju ke pusat bandar, dan secara tidak sengaja, one of our travelmates menegur randomly a couple from egypt kalau kalau mereka tahu tempat makanan halal.Dan Alhamdulillah, they brought us to the cheapest restaurant!Alhamdulillah jugak, kami dapat toilet free dan tempat solat kat restaurant tu, mereka sangat baik atau kami terlalu nampak budak budak kecik ?so that they provided us and layan ja kami walaupun kedai tu sangat kecik..ngee

Perjalanan di teruskan di Pisa, drama bermula kami di 'ketuk' dengan tambang bas.Bergaduh sabar dengan karenah driver,huhu. Alhamdulillah, beruntung jugak sebenarnya ramai Uncle Bangladesh di Pisa, yang bersungguh sungguh menunjukkan kami jalan dan mengingatkan kami bas terakhir to station.Kat station Pisa, which is not very safe to stay , kami mencari cari tempat sementara menunggu next train, alhamdulillah terjumpa satu restaurant kebab turki, Allahh, bersyukur sangat masa ni mereka faham situasi kami, dan mereka greeting kami dengan baik dan benarkan kami guna tandas dan gave us the best site.Alhamdulillah, sekali lagi terasa nikmat 'orang mukmin itu bersaudara'.

Alhamdulillah ketika di Rome Italy, perkara yang agak sama berlaku, kami decide untuk mencari hotel per one person hanya untuk drop bag sebab drop baggage kat station sangat mahal. Tapi rupanyanya hotel untuk per person lagi mahal dari drop baggage.huhu, then one uncle bangladesh offer us tu drop our bags in his restaurant dengan harga agak murah compare to hotel.

Dan,part paling terharu jugak ketika nak beli roti, another uncle bangladesh told us that the bread yang kiteorang ambil tu tak halal, then he suggested a halal groceries...Alhamdulillah, nampak uncle tu sungguh sungguh nak tolong kami cari makanan halal :')

Ketika menunggu flight dari Rome ke Italy, subuh yang penat mamai, ronda ronda kat food court, tiba tiba kami disapa oleh seorang Professor dari Pakistan with his son, sekarang bekerja di Saudi.

Perbualan bermula bila Prof ni tegur kami dulu, dia terkejut kami bagitau yang kami study dentistry in jordan.One of advices yang sampai sekarang saya tergiang giang adalah beliau pesan supaya merancang untuk further study abroad.Final year tu dah start planning cari sponsor sendiri, jangan tunggu government, usaha sendiri. Survey any university yang offer scholar untuk master bidang dentistry.The prof story, how dulu di struggle kat US, he told us that dia datang dari keluarga yang susah, he study sambil bekerja, ONLY TWO HOURS daily dia tedur. MasyaAllah! Then he said, if he met youngmuslims, dia memang akan motivates untuk belajar bersungguh sungguh and plan the life for better future, and he said something about ethics of muslim.He said, if we are minority muslim in a majority country of other religions, it will makes us stronger, so dont be afraid to study in europe or non muslim country, i know how good they are in ethics ect ect compare to muslim in majority muslim country...hmmm, alhamdulillah, benda yang selalu dengar orang cerita tapi, tak tahu kenapa terasa pertemuan dengan prof terasa memang ada sesuatu sebenarnya yang Allah nak kami fikirkan...

Perjalanan diteruskan di Greece, Thessaloniki, bandar kedua terbesar selepas Athens. Cuaca dan pemandangan seperti di Malaysia. Feeling macam balik Malaysia, cuma bezanya majoriti penduduk adalah non muslim, only 1% muslim. Nak cari makanan halal agak susah kat sini.

Ketika dalam bas dari airport ke hotel, kami terjumpa seorang Doktor dan Engineer Muslim yang bekerja di Thessaloniki. Banyak kami bercerita terutama tentang Islam di Thessaloniki,di Libya dan alhamdulillah, brother engineer tu tolong google maps hotel kami.

Ketika kami ber'Tilawah dan Tadabbur ' di tepi white Tower, ada seorang perempuan, pakaiannya seperti kebanyakkan rakyat tempatan di Thessaloniki,dia duduk berdekatan dengan kami, dia sesekali memandang ke arah kami sambil tersenyum, dia memulakan perbualan dengan menyebut 'Quran ?'.Rupanya dia seorang muslim, dengan excitednya dia mengambil tafsir dan cuba membaca al fatihah merangkak rangkak.Tak sangka, jumpa orang muslim greece kat sini.Situasi kedua, di tempat yang sama, kami meneruskan sesi tnt, di tempat duduk yang sama dengan perempuan muslim greece itu duduk, ada seorang brother duk keling keling kami.Tiba tiba dia tanya, are you muslim ? Dengan terkejutnya kami menjawab, Alhamdulillah we are muslim, and he told us that he came from libya. Then, brother ni pun tengok jugak tafsir dan membaca surah al fatihah. Lagaknya, maybe dia pun excited terjumpa muslim kat bumi thessaloniki.Allahh...

Routes terakhir kami, Greece ke Turki.Alhamdulillah ketika di sempadan, kami bertanyakan tempat solat, seorang pak haji turki ni, walaupun kami bercakap macam itik dengan ayam, dia bersungguh sungguh tunjukkan tempat untuk solat....alhamdulillah.....nampak benda biasa, tapi bila benda kecik kita hargai, makna dia sangat besar...Allahu akbar...

Banyak sebenarnya yang Allah nak didik kami tentang cara pandang dan cara fikir sepanjang travel kali ni,

Dan dalam banyak banyak pengajaran (nanti la sambung, xde bateri nak tulis panjang2 lagi) satu benda ja yang kita sebagai traveller kena bersyukur adalah being a muslim, Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam kita mampu melaksanakan syariatnya walaupun di mana kita berada, dan kita bersaudara dengan muslim yang lain, walaupun pertemuan itu singkat tapi penuh dengan rasa persaudaraan,ibrah,makna dan nilai!

Alhamdulillah sangat sangat, atas dua nikmat yang terbesar ini.

-dalam bas yang ada internet tapi tak ada charger-

Last update before ramadhan,happy ramadhan to all, may Allah give His willing for us to put our hearts to lighten this holy month with amal and ibadah.ameen ya rabb.#off

Ipsala, Sempadan Greece-Turki,
4.50 am,
26062014.

Thursday, 11 September 2014

DUNIA YANG SEDANG KAMU KENALI

Kita takkan pernah menyangka, bahawasanya hidup kita akan menjadi serumit drama drama melayu.

Puisi yang kita dengar, lantas menjadi realiti tentang hidup kita.

Sulit bukan ?

Semoga Allah bantu. 
Moga Allah tidak pernah putus menolong kita.

https://soundcloud.com/suaracerita/dunia-yang-sedang-kamu-kenali

DUNIA YANG SEDANG KAMU KENALI
Suatu ketika, aku mengijinkanmu masuk ke dalam duniaku. Karena apa? Aku tidak tahu. Duniaku yang terjal penuh liku, banyak jurang banyak badai, sering hujan sering gersang. Kamu melangkah penuh kekhawatiran, penuh pertanyaan, penuh rasa ingin tahu tentang dunia yang sedang berusaha kamu kenali.
Aku di ujung dunia menyaksikanmu. Rasa khawatirku menjadi jauh lebih besar dari rasa cintaku. Aku membuat lagi dinding dimana duniaku memiliki sekat yang membuatmu tidak lagi bisa melanjutkan perjalanan. Kamu bertanya mengapa? Aku jawab dengan tersenyum. Kamu bertanya lagi mengapa? Aku jawab, pulanglah ke duniamu, ada banyak dunia yang jauh lebih baik untuk kamu jalani, untuk kamu selami. Bukan di sini.
Rasa khawatirku semakin menjadi-jadi kala kamu nekat bertahan di balik sisi dinding. Merasa yakin bahwa aku akan luluh karena keputusanmu. Aku mempertebal dindingku dan aku menjadi tidak peduli denganmu. Aku membuatmu menangis tersedu dan tersakiti. Tahu rasanya menyakiti orang yang kamu cintai?
Aku memandangmu keluar dari duniaku. Rasa khawatirku jauh lebih besar daripada rasa cintaku. Aku terlalu rumit untuk menjadi teman perjalananmu. Duniaku terlalu mengerikan untuk perjalananmu. Aku takut menyakitmu setelah kamu percayakan hatimu.
Sebelum kepercayaanmu menjadi lebih jauh. Kupaksa kamu keluar dari duniaku. Meski aku ingin sekali ada kamu di sini. Mengobati sepi yang tidak lagi bisa ditawar kesepiannya. Aku kembali duduk di dalam dunia yang luas seorang diri. Dikelilingi badai.
Rasa khawatirku jauh lebih besar dari rasa cintaku.

Sunday, 31 August 2014

Jujur

jujur aku katakan,
apa yang aku rasa perlu dirahsiakan,
demi sebuah kejujuran..

jujur aku katakan,
aku punya rahsia yang tak bisa aku luahkan,
kerana rahsia itu boleh jadi dua perkara..

boleh jadi angan-angan,
atau sekadar bisikan syaitan..

jujurlah dengan aku,
segera kamu harus jujur..
aku tidak punya waktu lagi..

Tuesday, 12 August 2014

[Puisi : Beda Dua Zaman ]

[Puisi : Beda Dua Zaman ]

Ajari aku menggunakan pena,
Akan ku tulis gemercik air,
Udara dingin,
kabut senja,

Sampai daun gugur....

bila fikir balik,
dulu zaman sekolah lagi banyak susah dan payah
nak dibandingkan dengan kehidupan kat zaman universiti..

kadang2 naik bas awal pagi lepas subuh,
kadang2 terlepas bas, mengejar teksi,
kadang2 juga naik motor buruk,
kadang2 juga naik kereta usang,

balik dengan bas,
jarang2 sekali  orang datang ambik,
kekadang tumpang kereta orang,
kekadang juga tidur di rumah kawan..

sampai rumah lewat senja,
lepas zohor study groupnya,
lepas asar berlatih hokinya,
kekadang berkawat kaki dan beraktiviti kurikulumnya...

malamnya kembali ke sekolah,
kelas tambahan,
hingga malam larut..

sesibuk mana pun dulu,
tapi tak pernah mengantuk dalam kelas,
sepenat mana pun dulu,
tak pernah ponteng kelas..

mungkin dulu lain, material dan tahap pengajiannya lain.
ya mungkin.
mana mungkin sama zaman sekolah dengan zaman universiti..

zaman universiti,

zaman kendiri, mengenal diri,
pilihan bukan pada yang lain,
tapi pada tangan sendiri..

ya, beda si cikgu dengan seorang penyarah..
nama pensyarah kekadang ingat,
kekadang juga tidak tahu,
seringkali juga kita lupa..

di dewan kuliah,
kekadang kita sedar,kekadang kita mamai,
jarang fokus keseluruhan,
paling lama pun sampai terlelap..

musim sejuk,
kekadang malas dek beratnya hirom yang mengulit,

musim panas,
kekadang malas dek panasnya bahang mentari,

oh,si malas makin sebati..

suatu pagi,
terhalang dek aral melintang yang sedikit,
terus beralasan berbagai-bagai,
buat hujjah pertahankan diri..

lewat ke kelas tidak mengapa,
itu biasa...

berhabis berteksi ke universiti,
semata mengejar kuliah di awal waktu,
itu luar biasa...

kata aku,
"biarlah lewat sedikit,
daripada langsung tidak hadir."

balas dia,
"biarlah berhabis sedikit,
daripada menggadaikan nilai.."

mungkin itulah beza kehidupan dulu dan sekarang.

bezanya pada berkat.

Astaghfirullahal3zim...terima kasih kepada dua insan yang bersama-sama ke kuliah pagi tadi , kalianlah inspirasi~

Monday, 4 August 2014

ummi dan ayah

kita adalah apa yang kedua-dua ibu bapa kita doakan..
sewaktu kecil kita,
dan sepanjang kita membesar...

doa mereka itu berkatnya berlipat-lipat,
doa mereka itu luar biasa kekuasaannya..

bahkan,
redha mereka terdahulu sebelum redha Allah..

kalian percaya ?

maka berimanlah,


Amnah
10.18 pm
4 Ogos 2014

Tuesday, 8 July 2014

Travelog Mulya: 99 Cahaya Islam Di Eropah, part 1

2011

Ketika sebelum memulakan semester satu bagi tahun pertama pengajian di JUST, masih lagi teringat pesanan senior ketika Minggu Haluan Siswa(sekarang dipanggil Minggu Taaruf Siswa) yang dianjurkan oleh persatuan, PERMAI.

Dalam satu LDK, kami ditekankan tentang matlamat keberadaan di Jordan. Selain dari target untuk peribadi, aku meletakkan negara-negara yang mahu aku jelajahi.Alhamdulillah atas nikmat Allah, pelajar pelajar tajaan JPA dan MARA di JUST mungkin antara pelajar tajaan yang bertuah kerana mendapat tajaan yang membolehkan kami 'menyimpan' untuk travel.

Pernah suatu dahulu di dinding sakan Sahawneh, aku menulis target tempat yang aku mahu menjejak kaki. Tahun pertama aku target untuk menunaikan umrah, dan seterusnya barulah ke Turki dan Mesir. Ya, dalam list aku dahulu tidak ada target untuk menjejak kaki ke Eropah. 

Dan Alhamdulillah, ketika cuti semester pertama lagi aku diizinkan menjejak kota Al Fateh, tahun kedua aku di Jordan, Allah izinkan aku menziarahi teman teman aku di Mesir sebelum ada antara mereka yang pulang menyambung pengajian di Malaysia dan India kesan dari pergolakkan di Mesir ketika itu. Dan ketika di tahun kedua juga, akhirnya, impian aku dikabulkan tuhan, aku menjadi tetamu rumah-Nya, dan berpeluang beribadah di Raudah, Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah.Alhamdulillah.

Setelah check list aku makin selesai, teman teman selalu mengusik aku supaya mengembara ke Eropah, kata mereka... " at least pergilah sekali, kenal negara orang, kenal masyarakat dan paling penting kau akan menemui Islam di Eropah". Mungkin takdir tuhan, aku dilamar oleh seorang teman yang memang sedang mencari travelmates, jadi terus aku setuju kerana aku pikir, mungkin inilah peluang aku, ya peluang aku untuk kali pertama dan terakhirnya untuk menjejak kaki ke Eropah.

Perancangan dipersiap, aku bagaikan anak yang bakal mengikut apa sahaja perancangan ketua travel kami. Nama group travel kami TravelforAllah, kami bukan pelancong, tapi kami pengembara. Itulah yang kami sering diingatkan, jadi maknanya travel ini agak mencabar, semuanya perlu diatur sendiri. Kami membahagikan tugas. Lima orang semuanya, ada tugas masing-masing. Muneera sebagai AJK Makanan, Azizah sebagai AJK Keselamatan dan Kebajikan, Huda sebagai AJK Tiket dan Penempatan, Yuhana sebagai Ketua dan aku sendiri sebagai AJK Rohani. 

Routes kami kebanyakkannya di rancang oleh Yuhana dan Huda. Perancangannya kami memilih Turki sebagai origin pengembaraan. alasannya, dari Turki senang untuk mendapatkan tiket tambang murah untuk ke negara Eropah yang lain. Contohnya Pagasus(Turkish Airlines) dan EasyJet.

Keseluruhannya routes kami adalah bermula dari Turki>Austria>Switzerland>Itali>Greece>Turki.In sya Allah, dalam bahagian seterusnya akan dikongsikan tips secara details berkenaan Tiket, Penginapan, Tempat Menarik dan Tips Shopping dan mungkin sedikit berkenaan Fiqh Travels setakat mana yang termampu.

p/s: baru sahaja selesai nonton mov 99 Cahaya dari Eropah dan Said Nursi Badiuzzaman The Mov. Kerana mereka 'berdua' aku cuba untuk menulis apa sahaja yang mampu aku kongsikan dan memberi manfaat. 

moga Allah terus memberi izin untuk jari jemari ini menyambung cerita dalam kesibukkan summer semester dan pesta ibadah di bulan mulia ini. Ameen.

p/s:inspirasi dari perbualan Hanum Salsabiela sumber : http://www.hanumrais.com/p/sinopsis-99-cahaya.html#.U7xHEJSSySo

Menapak Jejak Amien Rais, untuk pertama kalinya saya mengenal Mba Hanum. Karya-karya Mba sangat menarik. Bagaimana cara memulainya menulis mba? Kadang-kadang saya suka kesulitan memulainya, padahal ide-ide dan pengalaman sudah menumpuk di kepala. Mohon masukannya. Terima kasih.

Dear mba endang, terimakasih atas apresiasinya. Menurut kata bijak, dimulai lebih awal dari langkah-langkah yang kecil. Jadi silahkan mba tuliskan saja yang menumpuk di kepala itu, ditatanya belakangan. Takutnya yg ditumpuk itu nantinya malah ilang.Jangan ditunda mba.Semoga berhasil mba.

30 Jun 2014 Blue Mosque
 Aku teringat kata sahabat Ali RA:
Wahai anakku! Dunia ini bagaikan samudra di mana banyak ciptaan ciptaan Nya yang tenggelam. Maka jelajahilah dunia ini dengan menyebut nama Allah. Jadikan ketakutanmu pada Allah sebagai kapal kapal yang menyelamatkanmu. Kembangkanlah keimanan sebagai layarmu, logika sebagai pendayung kapalmu, ilmu pengetahuan sebagai nahkoda perjalananmu; dan kesabaran sebagai jangkar dalam setiap badai cobaan.(Ali bin Abi Thalib RA)

Saturday, 7 June 2014

Dementia dan Syukur.

Hadis yang saya cari selama ni akhirnya jmp juga...
Alhamdulillah..
Semalam masa tgh study pathophysiology ada terjumpa pasal penyakit dementia yg sgt berkait dgn hadis ni:)..
Apa tu penyakit dementia?
Dementia is a long term loss of ability to think and reason clearly that is severely enough to affect his daily activities ..
maknanya pesakit dementia ni dia dah tak boleh fikir dgn cara orang normal..benda simple pun dah tak mampu buat disebabkan brain problem.
antara sebab orang boleh dapat penyakit ni ialah:
because the outcome is less than the expectation ..
natijahnya: kita akan cepat stress dgn keadaan itu..
jadi apa solusinya?
Islam telah pun mengajar kita bagaimana menangani soal pengurusan stress ni..tgk orang yang lebih bawah dari kta..maka kita akan rasa bersyukur dgn apa yg ada..
bukan tak boleh nak lihat orang lebih hebat..bagus utk dijadikan icon tapi biarlah berpada-pada spy tidak timbul perasaan tidak bersyukur.
Apapun hebat dari sudut pandang manusia belum tentu hebat pada mata Allah..sbb Allah menilai kehebatan kita dari segi ketakwaan..
"Sesungguhnya orang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa..." Surah al-Hujurat:13
Jom jadi orang bertakwa
Moga Allah redha:)

via Huda nabilah :)


Wednesday, 4 June 2014

Antara,dosa,imtihan dan tekanan.


"3.Jangan rasa rugi  untuk jumpa orang, pergi usrah, pergi program time exam, ambil kesempatan nak bersalaman dan peluk semua orang.hahaha...tapi pandai la susun priority. lagipun ada kawan aku pernah pesan, perniagaan dalam majlis ilmu, orang yang duduk dalam majlis ilmu akan mendapat naungan para malaikat, jadi mungkin kita rugi masa sedikit dari masa-masa yang kita luangkan, tetapi kita dapat untung rahmat dan berkat bertingkat-tingkat...cewaah ", sambung budak iktisod sambil tersengeh-sengeh sendiri.


untuk sambungan entry terbaru boleh tekan link kat bawah..

http://permai1415.blogspot.com/2014/06/antara-dosa-imtihan-dan-tekanan.html

2 paper lagi berbaki, tapi tangan gatal jugak pujuk jari jemari menekan papan kekunci. Alhamdulillah.

AmnahArawi.
Irbid,Jordan.

Wednesday, 28 May 2014

Kisah sebuah kapal ~

"Jangan mengharap kapal yang dinaiki itu sempurna kerana mungkin terdapat lompong2 pada kapal tersebut.. Kalau ada lompong, kita perlu tampal dan perbaiki kapal tersebut sedaya upaya.. Dan bukanlah dengan meninggalkan kapal tersebut untuk mencari kapal yang lebih sempurna seperti yang kita bayangkan"

Yup, I absolutely agree with this statement.

Dulu, kita (terutamanya saya sendiri) mungkin pernah berada dalam kapal yang sangat baik serta menjadi salah seorang pengemudi terbaik di kalangan pengemudi2 terbaik di bawah pimpinan nakhoda2 yang terbaik..

Once, Kita terpaksa dipindahkan ke kapal yang mungkin banyak kekurangan dan compang-campingnya, it might make us feel disappointed, regret, and unable to accept this situation.
This is what happened to me when I was transferred from a place which I thought much more better than the place right now..

sangat KOSONG.. tercari-cari biah solehah spt di tempat lama..

Akak Naqibah Baek datang dan bisikkan kata2 semangat,

"Dik, kalau apa yang adik pernah ada dulu dah xada sekarang, hidupkanlah apa yg adik ada dulu kat cni. kalau adik tgk xada biah solehah kat cni, jangan sesekali harapkan akan ada org laen akan menghidupkan biah tu, tapi KITA yang perlu bergerak dan bangkit untuk hidupkan biah solehah tu, dik"

‪#‎Yes‬, mungkin kapal yg dinaiki sekarang tidak sebaik kapal dulu, tidak sempurna dan banyak compang-campingnya, mungkin hakikatnya Allah bagi peluang pd kita berada dalam kapal yang baik dulu utk kita bersiap siaga bagi membantu perbaiki kapal yang dinaiki kini. ATURAN ALLAH ITU BERSEBAB. Gunakan dan manfaatkan ilmu yang diperolehi dulu untuk sekarang.

‪#‎Teringat‬ pada beberapa insan yg mghadapi situasi yg sama, tp mereka hebat kerana mereka bangkit untuk membantu kapal skrg dengan menggunakan ilmu yang diperoleh pd masa lalu.
‪#‎Bersangka‬ baik pada Qada' dan Qadar Allah

Friday, 9 May 2014

anda engkau beriman....

usah mengharap pada yang dekat jika ada yang jauh yang lebih menghargai dan menyokong.. jika anda disibukkan dengan urusan orang berbahagialah, kerana masa anda diberikan untuk dua manfaat,pertama manfaat masa yang berkualiti dan terisi, dan manfaat dapat mengenal manusia dan bersosial dengan orang... jika anda dilapangkan dengan waktu kosong, tetapi dapur dan tandas anda masih kotor, bilik anda masih berterabur, belum cerita movie berjela-jela, apatah kitab masih tetap di almari dan disusun rapi... malanglah nasib masa kalian, bukan hanya tidak terisi bahkan terbuang dan terkadang terpalit kelalaian dan dosa............. keluarlah, terutama ke majlis ilmu di waktu lapang mu, kerana ia tempat pilihan untuk menghapus dosa dan menyucikan jiwa..... bukankah sesiapa yang menghadiri majlis ilmu itu didoakan para malaikat ?anda engkau beriman....

Monday, 14 April 2014

ada daratan hijau menanti kita..

ada 4 gelombang lagi yang berbaki,

dek badai dan gelombang yang melanda,
terkadang kita hanyut dalam kelalaian..
terkadang kita lemas dalam kesempitan..

kita,
yang kekadang timbul, 
yang juga terkadang tenggelam..
harus terus kuat,
berpaut dan memaut...

kerna di sana,
ada pasir memutih yang berkilau...
ada daratan hijau menanti kita..

moga Allah, permudahkan urusan dan lapangkan dada kita..
sabar,jangan cepat putus asa, moga Allah redha..

Mid Exam Internal Medicine,
3.15 pm Jordan, 8.15 pm Malaysia..

"Kesusahan terletak dalam kemudahan dan kemudahan pun terletak dalam kesusahan. Hidup adalah perjuangan, sekali ombak naik , sekali ombak turun. Kadang-kadang kita memukul dan kadang-kadang kita dipukul" -HAMKA

Sunday, 6 April 2014

ada yang mendengar..

Petua senior sekolah Lama, jangan lupa doa untuk Mak ayah Sebelum study, Dan ada juga orang pernah pesan jangan tinggal doa untuk Mak ayah di pagi hari, in sha Allah ... Hari tersebut kita akan dimurahkan rezeki Dan dilapangkan...

Masalah berlaku apabila doa tersebut sekadar menjadi rutin, bukan amalan Hati, bukan permintaan yang bersungguh dari kita... Kita,Hamba yang lemah... 

Kita bersungguh Bila terdesak Dan dalam kesusahan..

sedangkan Allah janjikan kelapangan ketika kita dalam kesusahan apabila kita mengenang Dan mengingat Allah ketika waktu lapang Dan senang kita....

Waktu kita senang kita lupa Allah, tapi waktu kita Susah kita Cari Dia...

Dan dalam kealpaan kita, Dia masih mudahkan Dan murahkn rezeki kita.....

Kerana Dia adalah sebenar benar tuhan, yang maha pengasih Dan penyayang......

Mintalah, Dia Maha mendengar..
Bertaubat, Dia Maha pengampun...

Bersyukurlah, kerana kita masih ada sedar

Jangan malu dengan tuhan,tetapi malu lah dengan dosa dosa kita...

Hari ni,exam endo,Pukul 2.15 ptg Jordan, 7.15 mlm mesia...

Doakan Kami, kerana Kami percayakan doa seorang sahabat /kenalan yang jauh itu ada kelebihannya yang tersendiri....hatta hanya sekadar detikan di hati, Kami percaya ada yang mendengar suara Hati kalian....

Thursday, 20 March 2014

SPM setelah 3 tahun...

Moment paling indah masa ambil result SPM adalah tengok nama terpampang dalam slides senarai straight As. Alhamdulillah, jerit perih struggle untuk straight As dah berlalu, kerana terlalu sebak memikir kesusahan dan kehidupan yang dilalui sepanjang keberadaan di kisas, air mata tak berhenti mengalir ketika sendirian pulang menaiki komuter dari Klang ke Hentian Bandaraya sejurus mengambil result SPM.

Dan sekarang Saya terfikir, kalaulah usaha nak score macam SPM seperti dulu, mesti result tu macam cemerlang terbilang.

Tapi itulah kehidupan selepas SPM, segala bermula dengan diri kita sendiri, pilihan terbentang luas Dan semuanya terletak dI tangan kita.

Tetapi ingatlah Satu prinsip. Buatlah sesuatu bukan semata Nak Kejar As, cita cita, Sebab yang menjadikan usahakan Dan pengorbanan kita Tak kira dalam apa jua urusan pun adalah untuk mencapai redha Allah.

Moga Allah kurniakan kita Hari yang ikhlas, jiwa yang tenang.

Dunia ini mungkin menuntut deretan As, tetapi yang dinilai Dan berharga di sisi Allah adalah keikhalasan Dan ketaqwaan.

Kejarlah cita cita bukan kerna habuan pangkat Dan duit yang lumayan. Jika Nak jadi dentist,doktor, engineer dll hanya kerana masyhur nya status pekerjaan itu atau Sebab lain,

Percayalah, kalian silap. Silap yang besar.


p/s: Nak berjaya susah, nak maintain kejayaan tu lagi susah. Hidup ini bagaikan roda, belajarlah bersyukur ketika anda di atas, agar hati kita juga tetap tenang ketika di bawah. Pesan hukama', ingatlah Allah sewatu senangmu, in sha Allah Allah ingat kamu ketika kamu susah.

bercita-citalah untuk menjadi rantai yang membina ummah yang faham dan beramal dengan ISLAM <3

Jumpa lagi!

Monday, 17 February 2014

21 . a big number .

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah umur 21 tahun.
bukan remaja, bukan dewasa.

Ketika mendengar cerita seorang sahabat, betapa Allah menguji beliau dengan bermacam-macam dugaan dan cabaran hidup..Alhamdulillah, bila fikirkan balik, kehidupan selama 21 tahun nie boleh dikatakan agak smooth..

Sekolah rendah UPSR dapat result cemerlang, pergi sekolah agama, dapat keputusan yang baik untuk PMR dan diterima masuk ke sekolah berasrama penuh. Result SPM melayakkan untuk mendapat tajaan dan sekarang belajar di universiti luar negara dan bermacam-macam lagi.

Kita selalu diingatkan tentang amanah ibu dan ayah. Fokus utama adalah untuk belajar dan menuntut ilmu Allah, bukan main-main dan berfoya-foya,  tetapi sebagaimana manusia biasa, kadang-kdang kita terlupa dan terlalu banyak lalai dan hanyut.

Kita merancang itu dan ini. kita fikir selepas habis belajar, masa untuk berkerja dan berkeluarga. Kita kekadang terlupa, kita hanya mampu merancang, tetapi terkadang ujian Allah itu datang sama ada kerana kafarrah dosa kita atau untuk meningkatkan iman kita, kita[baca:iman] sendirilah yang bakal menentukan ujian itu sama ada menjadi gedung pahala atau penambah dosa ?

Kata sahabat saya, 'mungkin sekarang kita tidak diuji dengan ujian yang berat, tetapi siapa tahu di masa akan datang bagaimana ? cabaran alam kerjaya, cabaran status kesihatan yang makin meruncing, cabaran alam perkahwinan dan pendidikan anak-anak, pengurusan kewangan serta banyak lagi.

'ingat! dunia ini ibarat roda, jika usia muda kita senang dan lenang, tak semesti tua nanti kita tidak diuji.., jika dulu kita sentiasa kat atas, boleh jadi Allah letakkan ujian kita berada dibawah, jika dulu kita berseronok berjalan ke mana-mana, boleh jadi tua kita lemah berkerusi roda...'

'Yang mematangkan seseorang bukanlah umurnya yang makin menambah, tetapi pengalaman yang tak pernah surut dalam kehidupan seseorang... dan yang menghidupkan jiwa itu bukan harta dan pangkat tetapi sejauh mana seseorang itu memanfaatkan apa yang sedia ada..

jika ada rezeki, ada bahagiannya disedekahkan,
jika ada kelapangan, sepenuh waktunya dimanfaatkan,
jika ada yang lebih, akan sama-sama dikongsikan,
jika ada yang kurang, saling menolong memenuhkan..

Kita mencari pengalaman hidup bukan untuk keseronokkan semata tetapi untuk dijadikan sumber kekuatan dan bekal ketabahan di masa hadapan. Ada orang kata, orang yang paling banyak ujian dan terawal diuji, tak hairan man dan jiwa mereka lebih tegar dengan segala takdir Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Kita yang 'selesa' ini bagaimana pula ? ujian yang sedikit pun dah menggunung keluhan. Ya Allah, Engkau besarkan lah hati kami untuk menerima segala ketetapan dan ujian mu dan jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang bersyukur dan sentiasa mengingati Mu.

Meskipun takdir Allah telah ditulis, kita dituntut untuk mendoakan kebaikan dalam segenap urusan kehidupan. Takdir Allah, bukan alasan untuk kita terus berhenti berdoa dan berharap. Dengan doa, takdir yang kurang baik, jika Allah izin, boleh menjadi takdir yang baik untuk kita. Percayalah! Doa itu senjata orang mukmin.

Usaha itu doa. Doa itu senjata. Senjata itu Yakin. Yakin itu kunci. Tawakkal itu Pintunya, dan 'masuk'lah serta berserah diri dengan sabar , redha dan ikhlas.

Wednesday, 12 February 2014

Inspirasi: saya perlukan anda.Ummah ini perlukan kita !

'untuk menulis perlu banyak membaca'

setuju. baru lepas habiskan koleksi cerpen . bagai mencurah- curah idea nak menulis cerpen. tapi.apakan daya.nafsu ku bilang aku enggak punya masa.

in sha allah,target semester baru:  2 cerpen ,2 video

1.Mas Azam dan Bapaknya.Kisah seorang gadis, Nawwar dari Malaysia yang dihantar ke pesantren antarabangsa atau namanya International School.Bertemu dengan seorang jejaka kacukan Indon-Mesir di kelas mengaji.sama-sama terlibat dalam satu projek Kelab Mengaji. Mereka berdua ditugas mempromosi satu program.Itulah saat pertama kalinya mereka mempraktis professional dalam ikhtilat. Akhlak dan budicaranya, itulah yang membuatkan Nawwar impress dengan Mas Azam.Namun, rasa tidak senang dengan hubungan mereka, bapaknya Azam sentiasa mengawasi mereka.

Pengajaran yang akan cuba disampaikan:



  • 1.Peranan parent dalam pendidikan remaja.
  • 2.Kepentingan pendidikan agama
  • 3.Cinta pada agama, darjat dan bangsa bukan penghalang.
masjid putih, kampung raja.besut terengganu.


*hahha, rasa macam bermimpi ja nak tulis cerita kat atas nie..well, impian dan mimpi itulah yang membentuk masa hadapan, ya dak ?hehe

2.Maya,Pemimpin Mahasiswa.Cerpen naratif sinis.Kisah seorang mahasiswi luar negeri.Mengaji agama di sebuah universitas di timur tengah.atau lebih tepat di Universiti Yarmouk Irbid Jordan.Anak gadis 'nakal' yang cerdas, dihantar oleh kedua ibu dan ayahnya dengan harapan dapat mengubah sikap anaknya dan seterusnya mengubah masyarakat di Malaysia.Dek 'kenakalan' dia,tambahan rupanya sangat photogenik.Si Insta-holic...namanya disebut-sebut dalam komuniti kerana seorang yang lantang bersuara meskipun seorang mahasiswi, keyboard warrior paling mantap ketika itu, lantas namanya di angkat dan dicalonkan sebagai pimpinan mahasiswa di sana.Adakah undi popular komuniti dimanfaatkan ?Maka bermulalah kisah dia bermujadah, mampukah dia melakukan perubahan, sedangkan dia sendiri masih belum bersedia...

Pengajaran:



  • Kesedaran Kepimpinan untuk masa hadapan
  • Penglibatan dalam masyarakat bermula dari zaman mahasiswa
  • Bidang agama, bukan lubuk orang 'nakal'.

okayh. 2 idea video nie saya niat nak simpan untuk PINTAR sesi akan datang.

1.One day One Juz, idea nie timbul bila saya melihat satu video di youtube tentang kempen membaca al quran satu hari satu jzukk. saya kira bagus jika buat video ni sempena Ramadhan, tetapi bila saya fikir balik, alangkah bagusnya kalau kempen ini bermula sebelum Ramadhan.Secara asanya, video ini menggambarkan kehidupan seharian seorang pelajar JUST/Yarmouk. dan waktu-waktu lapang yang boleh diisi atau mujahadah untuk menghabiskan satu juz dalam sehari.Berbeza kondusi, luar dari 'zon yang selesa', situasi yang tidak dijangka, situasi sebagai seorang pimpinan, seorang ayah dan ibu muda dan juga pastinya orang kebanyakkan yang 'busy'.Moga Allah mudahkan ,moga Allah izin. in sha Allah ameen.

2.Laukana Bainana.Kempen Ringkas sempena mempromosikan sunnah baginda Rasulullah SAW.Mungkin melibatkan hari-hari kebesaran Islam.Kadang-kadang banyak adat yang jika diniatkan untuk mengikut sunnah baginda akan mendapat pahala. Mungkin kita tidak tahu, atau terlepas pandang ataupun etrlupa. Jadi harapan saya video ini akan menjadi pencetus kepada kita untuk beramal dengan sunnah baginda khususnya sunnah harian. Contohnya mandi sunnat hari Jumaat.kebiasaannya atau secara adatnya kita akan mandi pada hari Jumaat, tetapi jika tidak diniatkan mandi sunnat, maka mandi kita hanya mandi harus sahaja. Moga Allah izin dan lapangkan waktu.ameen

p/s:tujuan saya menulis sebagai catatan untuk diri sendiri. dan juga jika ada yang ingin bersama-sama saya merealisasikan idea di atas. ayuh menyumbang bersama-sama.dan paling penting kita sendiri terlebih dahulu kena praktik idea kita dalam hidup kita sendiri. kita lihat, berjaya atau tidak, nanti kita cerita sama mereka yok !


saya perlukan anda.Ummah ini perlukan kita !
little boy.pantai bukit keluang,besut terengganu.

akhir kata, kita perlu berjiwa besar, kerana masalah ummah bukan masalah kecil. meskipun yang besar itu hanya mimpi, yakinlah, ia bisa jadi realiti. infiruu!!

Tuesday, 4 February 2014

phewww, a pillow talk with grandma

a pillow talk with grandma,,

cucu:mok baco gapo tu ?
mok:baca alif lam mim
cucu:alif lam mim gapo mok ?
mok:alif lam mim zalikal kitabb.....
cucu:owhh..*sentap..pahtu bilo mok baca surah taba ?
mok:taba baco lepah maghrib,yassin lepah subuh..mok ingat 3 4 karo...
cucu:gapo 3 4 karo tu mok ?
mok:yassin,taba,al insan, jumuah..
cucu:owh..*sentap..mok hafal ko surah ni ?
mok:dop hafal pun,ingat sendiri,sejak muloh tok ayoh lagi duk baco..lamo2 jadi ingat.....kelebihan surah al kahfi..blaa..blaa... 10 ayat awal akhir..surah taba..blaa..blaa..pahtu loni nie hafal bapo surah doh ni ?
cucu: *sentap..grrr..grrr...
mok:mok dop cekak nok gi sejid loni, tapi pagi jumaat mok baco surah sajadah dengan buat sujud sajadah..
cucu:owh....*sentap

(pillow talk diakhiri dengan mok membaca surah as sajadah dan surah al mulk dengan steadynya)

*cucu 'tertembak' dan sedang memegang tablet/laptopnya*
malunya, hati kotor, tak sedar, dah lama berkarat berlumut dosa, astaghfirullah.....
kalau sekarang tak mula, susah nak panaskan enjin bila dah tua...
ok.noktah. banyak sebenarnya benda nak kena gapai waktu muda.
dek sibuk dalam dunia sendiri.kekadang kita terlupa yang sebenarnya kita perlu ibrah dari mereka yang dekat jiwanya dengan Allah..
Allah hadiahkan masa mereka untuk kita bina semula hati yang baru..

Monday, 20 January 2014

Short Simple Sharing from a dentist-to-be:#1Kenapa nak jadi dentist?

Alhamdulillah, sekarang hampir 2 tahun satu semester keberadaan saya di Jordan sebagai pelajar pergigian di Jordan Universiti Science dan Technology.Sekarang saya hampir menamatkan semester satu bagi tahun 3 pergigian.Moga Allah mudahkan baki 3 peperiksaan lagi untuk melunaskan semester yang agak mencabar ini.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit catatan ringkas berkenaan bidang yang sedang saya jalani ini.

Kenapa nak jadi Dentist ?

Terdapat banyak sebab kenapa kerjaya doktor gigi dipilih sebagai laluan pengajian.Antara alasannya adalah:

1.Minat.

Alhamdulillah, saya kira jika seseorang itu mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang pergigian kerana minat ,alasan ini cukup strong untuk anda berjaya dalam bidang ini.Apa-apa bidang sekalipun, jika minat didahulukan, saya yakin anda boleh membina satu laluan pengajian yang 'full of passion'.Sekalipun anda tidak minat, in sha allah by the time minat itu boleh dipupuk . Percayalah!

2.Pendapat yang lumayan di samping bertaraf profesional.

Pada pendapat saya, selain doktor perubatan kerjaya doktor gigi adalah kerjaya yang baik serta menjamin masa depan yang stabil.Selain di pandang tinggi masyarakat umum, kerjaya doktor gigi juga antara kerjaya yang boleh menjana pendapat lumayan khususnya bagi yang melibatkan diri dalam sektor pergigian swasta[nantikan perkongsian selanjutnya].Tetapi, untuk menjadi jutawan, kerjaya ini bukanlah kerjaya yang paling sesuai untuk anda!

*Nota:Jika anda adalah pelajar tajaan, anda dikehendaki menghabiskan atau melunaskan perjanjian mengikut penaja masing-masing.Saya sebagai pelajar tajaan JPA contohnya perlu melunaskan perjanjian bekerja selama 10 dengan hospital kerajaan. Syarat ini mungkin berubah mengikut status ekonomi serta dasar kerajaan.

3.Kerjaya yang bekerja mengikut office hour.

Ramai orang berminat untuk menjadi doktor.Tetapi menyedari hakikat doktor perubatan memerlukan komitment yang jauh luar biasa khususnya bagi seorang wanita, ada yang berpendapat kerjaya dentist adalah kerjaya yang paling sesuai bagi seorang wanita. Anda masih boleh menjadi doktor, dan ada juga mempunyai masa hadapan di bidang kerjaya yang lebih 'relax' untuk seseorang yang bakal bergelar seorang isteri dan ibu.Tetapi anda harus ingat, tokoh-tokoh doktor yang tampil dengan perkhidmatan sosial dan kemasyarakatan pada hari ini masih kurang dalam kalangan dentist, bahkan kebanyakkan tokoh-tokoh ini adalah dalam kalangan doktor perubatan.

Menjadi seorang dentist bukan jaminan untuk anda meluangkan lebih banyak masa dengan perkara selain bidang kerjaya anda tetapi bakal-bakal dentist harus bijak mengambil peluang ini untuk merancang masa depan mereka . Mungkin juga nisbah dentist adalah lebih sedikit dari doktor perubatan, tetapi saya yakin kedua-dua bidang ini mampu melahirkan doktor yang mampu mengubah serta mendidik masyarakat secara umum jika masing-masing mengenal dan menggunakan serta memanfaatkan kelebihan bidang masing-masing.

4.Pilihan ibu bapa.

Kebanyakkan ibu bapa mengharapkan anak mereka menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai pekerjaan yang stabil.Seperti bidang lain juga, bidang pergigian juga menjadi pilihan 'hot' ibu bapa untuk merealisasikan impian mereka.Bagi yang mengambil bidang ini kerana pilihan ibu bapa, pupuklah diri untuk minat mendalami bidang pergigian. In sha Allah, apabila kita mencari redha ibu bapa kita, Allah akan campakkan keredhaan dalam setiap langkah kita. Mungkin ada yang merasa terpaksa kerana lebih minat dengan  bidang lain, tetapi keep positive dan tanamkan minat. in sha Allah boleh! yosh!

Kesimpulan:

Kenal pasti sebab anda untuk menjadi seorang dentist. Niat dan  sebab inilah yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi prestasi anda ketika berada di bidang ini. Niat yang baik pastinya akan dipermudahkan sekalipun anda diuji di tengah-tengah jalan.

Akhir kata dari saya, Allah dah aturkan 'lukisan' yang terbaik untuk kita dan saya percaya, setiap lukisan yang 'indah' itu pastinya bukan dari garis-garis yang lurus semata[tanpa menafikan ada lukisan yang cantik terhasil dari hanya garis-garis lurus]. Pastinya 'lukisan' tersebut dipenuh corak-corak yang menarik serta titik yang menyambung setiap garis yang bengkok ataupun yang berlingkaran.

Teruskan berdoa, semoga 'lukisan' kita adalah yang terbaik untuk kita tebus kembali dengan nilai syurga-Nya!

Tuesday, 14 January 2014

berselawatlah:2 pengalaman sepanjang berada di bumi urdun..

kisah 1

ketika menemani kak Izah HAz menguruskan urusan 'cucuk darah' di klinik[?]
masa fatrah SPB yang lalu...

kak izah membacakan nama-nama passport pelajar malizi untuk memudahkan urusan ammu untuk mengisi borang setiap pelajar...

"...... binti Muhammad...",kata kak izah kepada ammu yang sedang asyik menulis nama-nama junior dalam borang tersebut.

"..Allahuma solli 3la muhammad...",dengan spontan ammu tersebut berselawat sambil terus menulis nama-nama pelajar mazli yang akan mengambil darah sebentar lagi...

"..izah...pak cik tu selawat la... ",bisik aku kepada kak izah.
terpegun[baca:tersentap] seketika.

"..pok cik duo oghe nie meme juruh pun, dia akan selawat kalau setiap kali nama "Muhammad" di sebut.. namo ayoh oghe pun dia selawat jugok..",balas kak izah ala-ala seorang murabbi agung dengan loghat kelantannya.hiks...hehe

kisah 2

seharian berpenat mencari kedai pengurut wang di balad Amman,dah la esoknya raya aidil adha pertama kami di bumi jordan.. kami memutuskan untuk pulang ke Irbid sahaja..lagipun seorang kawan dah terpaksa berbuka puasa dek keletihan berulang alik mencari pengurut wang yang mahu menerima tarvel check kami.

mencari teksi untuk pulang.sekali di sapa seorang ammu menawarkan harga teksi ke Irbid dengan harga yang sedikit mahal daripada harga kami datang dari Irbid ke Amman.

puas bernego.kami bergaduh.ketika kami berpaling dari ammu tersebut dia memanggil sekali lagi menawarkan teksi pada harga yang sama.

"..aku dah bagi harga yang paling murah nie,kamu nak atau tak nak ? ",kata pak cik tu..
"..aku tak nak!tadi aku boleh dapat harga yang lagi murah dari harga kamu bagi...!",balas aku.geram.

at one point...

"...sollu ala nabiyy ammuu..!..",balas pak cik tu.

"..Allahuma solli ala muhammad...",balas aku.sentap. suasana yang tegang antara kami bertukar reda.tenang.

Allah.Allah.Allah... dalam hati aku yang sedang kesumat marah dengan pak cik yang tak faham yang kami memang tak nak naik teksi dia tiba-tiba aku rasa jantung aku seakan-akan perlahan-lahan berdegup. kencang bertukar perlahan.

Alhamdulillah... one of pengajaran kejadian tersebut yang masih segar diingatan aku... adalah kalau kita rasa nak marah sangat, cubalah untuk berselawat ..in sha allah hati akan tenang, rasa nak marah akan redha.. dan semenjak hari itu, setiap kali aku 'bergaduh' dengan ammu tak kira pak cik teksi atau sesiapa... aku menggunakan teknik yang sama..hehe...

tengah-tengah mana-mana ammu marah aku pun cakap.."..Sollu ala nabiyy ammu!..".Alhamdulillah setakat nie memang berkesan.ammu tersebut akan tersentap seketika.berselawat dan kembali tenang.hehe...

btw,last sekali kami tak naik pun teksi pak cik tadi...heh.

sekian.
Salam Maulidurrasul.
Perbanyakkan selawat.Ayuh kita bina minda separa sedar yang sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah dan berselawat dalam apa jua keadaan sekali pun.. ameen.

resolusi praktikal sempena maulid.

sedang berazam nak perbanyakkan selawat dan menggalakkan orang berselawat dengan menulis selawat dalam setiap entry,status,tweet[?].kita try.kita try. moga Allah redha...

AmnahArawi
 اللهم صل على سيدنا محمد

Monday, 6 January 2014

saya is a dental student..

baru saya menjenguk halaman blog ustaz hasrizal,

lastest entry yang cukup dekat.i do feel the same thing.feeling like... hurmp.i wanna my life without facebook.seriously,i wanna it..but i get to stay with it....for some reasons,works,persatuan,lec note update, and every thing,almost everything i need to log in to get daily info and notis.............

i dont know,maybe ujian kecil untuk diri yang mudah culas dan tewas dengan scrolling out all the news,update,stories and pic..............................

i hope the only one 'diary' will not contribute much to all my sins that , yeah ,creating a good reason,or searching the good reason to stay with mr.fb... i dont know... but i hope the people can figure out somthin better in the future..

im tired enough with my ownself.

im a dental student.but i play much with the 'stuff' compare to the 'books' or 'ilmu'....

sincerely,admitted.


Saturday, 4 January 2014

kenapa aku menulis ?


"..aku menulis...dan semoga tulisanku meMOTIVASI akal untuk berfikir,mengINSPIRASI hati untuk sedar dan mengAJARKAN anggota untuk bertindak.."-amnah

Wednesday, 1 January 2014

2014 Jordan dan Malaysia.

Hari ini 1 Januari.

hari tahun baru,kerajaan Jordan mengumumkan kenaikan harga petrol dan minyak.

kenaikan umur secara tak langsung.berfikir tentang duit poket dan tajaan. Mungkin sudah tiba masanya bersungguh-sungguh menyimpan. demi masa depan. demi sikap yang perrlu diluruskan dari nafsu yang tidak kenal erti syukur.

pantas kenaikkan harga petrol ini membuatkan akubterfikir tentang beberapa perkara.

1.kelumit dan terdesaknya golongan pertengahan yang hidup di Jordan ini.pak cik teksi.alahai,nampaknya kena banyakkan berjalan dan bercoaster,latih untuk turun program awal jangan lewat.supaya anda tidak eprlu untuk menaiki teksi kerana lewat. kurangkan teksi,banyakkan berjalan.

2.ubah gaya hidup lenang.kurangkan berusrah di luar,masak lebih,rajinkan diri,tambah skill memasak pupuk rasa tanggungjawab.air tangan sendiri lebih memikat hati dari air tangan kedai.heh.

3.manage duit tajaan,mulakan sampul pembahagian.jimat.saving tetap.membudayakan menabung amalan mulia.serapkan dalam gerak kerja persatuan,hidupkan amalan sistem kutu.

4.read.think.and write some idea dan konklusion.istiqamah reading,think and write.gunakan medium facebook dan blog untuk improve skill membaca,berfikir dan menulis.

5.ikhlaskan diri belajar untuk faham.bukan untuk exam.fikir tahun depan dah nak masuk klinikal.really need good basic of knowledge,kurangkan pemakanan tak sihat.

6.jaga tahajjud,jangan tido lepas subuh,mengaji al quran,dhuha,tazkirah daily,kurangkan tidur,berpenat menuntut ilmu,jaga ukhwah,doakan ummi dan ayah.sayangi sahabat dan keluarga.

next:list to do in Malysia.one month lagi~