Monday 2 February 2015

Planner

Genap dua tahun. Fatimah tekad. kerana rindu dan demi mengubat kekecewaan dia memutuskan untuk pulang bercuti ke Malaysia.Niatnya untuk menyambung siri travel menjejak tanah Andalusia terpaksa ditangguhkan meskipun segala perancangan sudah dirancang bersama travelmatenya.

"Balik la Fatimah, cari diri balik kat Malaysia tu.Bawak balik hati yang lara tu, aku tunggu kau balik sini. Aku tunggu Fatimah yang dulu",Yuhana seakan-akan memahami. 

"Sorry Yu, tapi kau ingat tau, next trip jangan lupa ajak aku tau. Aku tak tahu la, bukan aku tak nak travel dengan orang lain tapi aku rasa best sangat travel dengan kau, Huda, Mun dan Jija aritu...rasa macam kalau setiap kali travel, aku nak pergi dengan korang je...", Fatimah membodek.

"Okay, takpe.. nanti aku belikan kau fridge magnet setiap negara untuk kau, yang tulisan 3D , bukan yang biasa-biasa..",pujuk Yuhana, seakan-akan tahu taste Fatimah.

Mungkin ada rezeki lain hari. Setelah peristiwa pahit minggu lepas berlaku, Fatimah bagai hilang arah. Benarlah kata orang, kalau sayang tu berpada-pada.

"Tim, yakinlah....." satu mesej masuk dalam kotak private mesej Fb.

***

25 Disember 2014. Hari Natal. Hari akad nikah sepupu. Bertukar menjadi sejarah dalam keluarga kami, yang barangkali akan dicanang-canang sehingga ke anak cucu.Majlis Akad Nikah Dalam Sampan. Begitulah berita sisip depan muka surat khabar Metro. Seakan-akan menyambut 10 tahun ulang tahun Tsunami Aceh, negeri-negeri Pantai Timur dilanda musibah banjir paling teruk , lebih teruk dari Bah Merah 1960-an suatu ketika dulu.

Dan Fatimah merasakan laranya tertumpah-tumpah lagi. Bah Pantai Timur tu seakan-akan menyambut mesra kedukaan yang sarat itu. Kekecewaannya seperti banjir tsunami yang merembat segala isi rumah , meninggalkan tiang-tiang dan pasak rumah sahaja. Menunggu untuk dibangunkan semula, yang entah bila.

"Tim, tak boleh balik Telemong lagi ni. Lebuh Raya Pantai Timur tutup", kak long menyampaikan berita kepada Fatimah. Fatimah yang sedang mamai tu terus bangkit dari tidur, penat perjalanan selama berbelas jam dari Jordan belum hilang.

muka Fatimah risau. Tak bersuara. Mana taknya, terputus hubungan dengan keluarga di kampung, kali terakhir hanya suara-suara cemas yang kedengaran, seakan-akan cuba menipu untuk tenang ketika panggilan terakhir dibuat pagi 25 Disember itu.

"Tim, in sha Allah.. yakinlah....",tenang kak long bersuara. Seakan-akan cuba untuk menempis tempias kerisauan yang turut melanda jauh di sudut hati kak long.

***

"Salam Ain, free tak lusa ?Jom keluar, ana masih kat KL ni. Kalau boleh nak jumpa Ain sangat-sangat...", laju button anak panah ditekan.

"Esok kita jumpa kat KL Sentral, lusa ana tak free, ada study group.. minggu depan dah start final exam.. okay tak ?" bunyi mesej wassup masuk, Ain membalas.

"Okay.set!Thanks Ain :)", ringkas.

Fatimah kagum dengan sahabatnya seorang ini. Ain Zuhaili. Senyumannya manis. Petah dan hikmah berkata-kata.Meskipun tengah busy nak final exam, dia tak menolak untuk meluangkan masa bersama.

Hampir dua tahun dua sahabat itu tidak bertemu. Kali terakhir ketika Ain masih lagi menjadi pelajar di bumi tanpa loceng itu. Dalam kesibukkan pusat transit segala jenis pengangkutan awam itu,Fatimah berjalan perlahan-lahan, teringat memori lama. Kadang-kadang Fatimah tercari-cari kelibat baju batik hijau, teringat musim balik cuti bermalam. Tiada. 

Belum sempat melangkah masuk ke restoran Secret Resepi yang berada di tingkat atas itu, Fatimah dan Ain berpelukan. Ada tetes hangat jatuh, membasahi pipi.Mereka berqodoya. Cerita selama dua tahun dinikmati, masing-masing membuka selera dengan kisah suka dan duka kehidupan di universiti. Makanan yang terhidang di atas meja tampak tawar, cerita mereka lebih menyelerakan.

"Kita selalu merancang benda-benda besar.. tetapi kita selalu terlupa nak merancang benda-benda kecil.. sedangkan benda-benda kecil tulah yang menghidupkan kita....dan kita selalu fokus dengan isu-isu yang besar.. dan selalu melupakan isu-isu kecil..dan orang selalu memandang remeh benda-benda kecil ni. kadang kadang benda kecil la yang merosakkan, permulaan permusuhan yang lebih besar"

"mungkin depa tak nampak yang kecil sebab terhalang dek yang besar tu...itu lumrah orang berjuang, tak semestinya satu fikrah, asal matlamatnya sama.tidak seteru dan tak bersetuju itu fitrah. Fitrah yang kadang-kadang sakit untuk ditelan. Moga jadi ubat yang mematang akal untuk lebih memahami dan menilai. Apapun, jangan sampai ukhwah terbakar"

" sibuk sangat menghukum sehingga terlupa untuk memahami. Sedangkan memahami itu asas dalam menjaga keharmonian. Bila harmoni, barulah sesuatu tu lebih mudah untuk diterima oleh akal yang waras. Sekalipun ada akal yang waras untuk menilai, bila permulaannya sudah menghukum, pastinya akal itu tunduk diam membisu. bukan bersetuju. tetapi membatu kesumat prasangka, malas nak melayan.." 

mereka berbalas keluhan. Bosan mungkin dengan isu klise ini.Tetapi tetap juga dibualkan, buat penambah rencah cerita.

"apapun, siapapun kita sekarang, sekalipun bergerak mahupun diam atau berundur bukan bermakna mencicir diri di jalan jalan amal, tetapi kita pandai-pandai atur mana yang terbaik untuk diri kita, kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita..." Ain menuntaskan perbincangan yang semakin bersimpang-simpang itu.

"..Yakinlah...",Ain menyambung.

***

Tak berhenti air mata mengalir,mencurah-curah, lebat. Sederas arus yang memusnahkan hampir keseluruhan rumah berdinding kayu itu.Allahu. Hanya tinggal tangga batu yang masih melekat teguh di atas tanah yang kini bersalut lumpur sedalam dua kaki. 

Fatimah tak menyangka banjir kali ini benar-benar dasyat. Impiannya pulang untuk menyembuhkan luka sendiri, seakan-akan makin bertambah-tambah lukanya melihat keadaan rumahnya sebegitu. Hasrat hati Fatimah untuk mengadu perihal kedukaannya disimpan kemas-kemas. Ada luka yang lebih dalam yang perlu disembuhkan. Trauma barangkali. Kepulangan Fatimah kali ini disambut hanya dengan pelukan yang lama. Seakan-akan ada sesuatu yang hendak diluahkan. Tetapi hanya kolam-kolam air mata yang mampu bercerita.

Fatimah melangkah masuk ke 'rumah'nya. Beratapkan awan, berdinding udara dingin pagi dhuha bersuhu 20 darjah celcius itu. Dia mencari-cari sesuatu. Kali terakhir dia cuba mengingat, dia letak di dalam kotak plastik , saiz sederhana besar  di dalam almari baju. Kotak yang memenuhi satu ruang, tersimpan di bahagian bawah kanan almari.

Di belakang rumah, kelihatan longgokan sampah sarap bersalut lumpur. Tinggi menggunung. Ada pakaian yang bersalut lumpur sepertinya dicicah hot chocolate. Kelihatan juga sebuah almari yang masih tertutup rapat, seperti biskut tawar yang dicelup lama. Kembang,lembik dalam mangkuk 'chocolate'. 

Daun pintu almari dikuak kuat,susah.dek lumpur yang tebal dan makin mengeras. Alhamdulillah, tersenyum Fatimah, pintu almari menghadiahkan segala isi dalamnya yang masih elok.Lalu lekas Fatimah mendapatkan kotak planner kesayangannya.

Fatimah membelek-belek kembali planner tersebut. Planner tu bukan planner biasa-biasa, tetapi diari catatan serta perancangan hidup Fatimah.Semua rahsia tersimpan kemas dalam diari tersebut.Setiap 3 tahun, Fatimah akan binding diari-diari tahunannya menjadi seperti buku,Tebal planner tu seperti buku-buku tesis di maktabah JUST. Setiap Jilid Planner akan dimulai dengan Bab perancangan 3 tahun akan datang. 

"Impian dan Cita-Cita, perlu dimulai dengan mimpi",seakan akan suara Alif dalam novel negeri 5 menara membisikkan mantera. Semenjak itu, Fatimah semakin ketagih melukiskan mimpi-mimpi dia dalam bentuk planner. 

"yakinlah....", seakan-akan suara Alif kembali membisik.

***

Fatimah membuka helaian Jilid 2009-2011. 

Saudara/ri diminta untuk melaporkan diri pada 10 Februari 2009.

Fatimah merenung surat tawaran berwarna kuning itu. Tersenyum sendiri. Tanggal 10 Februari, hari pertama dia berkenalan dengan Aisyah dan Khadijah dan ramai lagi insan yang telah banyak mengubah diri dan hidup Fatimah. File Merah menyatukan mereka.Banyak sangat surat cinta berusrah terselit dalam helaian planner ni. Tak kurang juga koleksi kertas yang dicarik,tertulis berpuluh-puluh mesej yang pernah Fatimah dapat sepanjang di bumi tanpa loceng rehat itu.

"muslimat, nanti waktu pj cikgu Azura pesan suruh tunggu depan coop.."

"muslimat, cuba check balik hadis yang enti lekat kata atas meja enti tu.."

dan ada satu nota dari seorang senior yang Fatimah sangat hormati. Kak Jannah,

"Fatimah, kalau Fatimah rasa tak kuat, akk pun pernah rasa apa yang Fatimah rasa sekarang, tetapi Fatimah... nikmat yang kita dapat dulu, Allah gantikan dengan nikmat yang lebih berharga dari deretan As dalam peperiksaan, carilah mutiara-mutiara di bumi ni, yakinlah.... ", ayat terakhir terhenti di situ.

helaian nota sambungan satu lagi hilang .entah. tercicir mungkin


***

 "Nah, ni hadiah untuk enti. Dalam phone ni kiteorang dah download siap-siap apps yang boleh tulis planner dari tahun 2015-2017. Kiteorang dah sync semua perancangan kita bertiga.Siap dengan tarikh bila kita akan pergi umrah sama-sama nanti",kata Aisyah. lebar senyumannya. Penuh bangga dan kepuasan.

"Username planner ni 'Planner Bidadari Syurga' haha".Mereka ketawa serentak. Geli hati mendengar username yang macam so-called skema lagi islamic itu.

Hadiah paling bermakna bagi Fatimah sepanjang hidupnya. Ketika itu dia sedang bercuti di Mesir, Aisyah yang ketika itu masih lagi menuntut di mesir, serta Khadijah berpakat untuk menghadiahkan Fatimah sebuah telefon pintar sempena hari lahir Fatimah yang ke-21 tahun.

" Fatimah si HTC-one!, Aisyah si Iphone 5s, Khadijah si Oppo !".Khadijah excited.

"Setiap satu ni berbeza, tapi fungsi mereka tetap sama...biarpun berbeza, jangan lupa fungsi sebenar mereka diciptakan.."Aisyah mula menusuk kata.

Kubu Salahuddin itu menjadi saksi.Masing-masing membiarkan bayu petang lautan Mediterrian yang terbentang luas itu menghempas tubuh mereka. Seakan-akan membiarkan angin petang itu merempuh sesuka hati. Tetap jua , jiwa mereka bersatu. Terpatri. Azam dan tekad mereka sekuat ombak, seluas lautan dan seteguh kubu dibelakang mereka.

Perjalanan pulang menaiki train dari Alexanderia, atau nama arabnya Iskandariah terasa cukup pantas. Tiga sejoli ini meneruskan perjalanan dengan menaiki metro untuk singgah ke Pasar Hussein.Semasa perjalanan pulang menghantar Fatimah ke Aiport, kereta sewa mereka terbabas ketika melalui lebuh raya Kaherah yang sesak itu.

"Tim, kita kena yakin...", pujuk Khadijah.

***

Disember 2014. Seminggu sebelum cuti semester bermula.

Phone Fatimah selamat dicuri pak arab yang tak berhati perut. Sudahlah tidak berakal santun, lagikan berjiwa simpati, memang Fatimah semakin tawar hati dengan sikap manusia yang berketurunan nabi ini. Benarlah, iman itu bukan diwarisi melalui harta, pangkat, darjat, bangsa atau keturunan. Iman itu diwarisi oleh ilmu. Ilmu yang diamalkan. 


***

17 Februari 2015

Genap setahun.Fatimah seakan-akan terpukul kembali dengan kenangan pahit setahun yang lalu.

Semenjak peristiwa itu, Aisyah terpaksa berhenti belajar di mesir kerana dia mengalami kecacatan kekal. Buta sepenuhnya. Mata Aisyah tersusuk besi . Kereta sewa yang mereka naiki terbabas merempuh lori yang membawa pasak besi bangunan. Walaupun buta, tetapi Aisyah seorang yang tidak pernah buta memberi. Kelebihan beliau dalam bidang qiraat dan kekuatan ingatan hafazan dia masih utuh.Pengalaman ketika belajar di Mahaad Tahfiz Sains digunakan sepenuhnya . Beliau mengajar kanak-kanak mengaji di madrasah bersebelahan rumahnya. Semangat memberi yang ada pada Aisyah tidak pernah sedikit pun luntur. Bahkan semakin bertambah-tambah. 

"Aisyah, mintak maaf.. ana dah hilangkan phone yang korang bagi tu. Mintak maaf sebab tak jaga phone tu elok2".Fatimah menziarahi Aisyah, meskipun jauh di Kuantan Pahang, Fatimah menggagahkan diri memandu sejauh 100km untuk bertemu dengan Aisyah.

"Tim, yakinlah.. setiap pemberian Allah hanya pinjaman, bukan hak milik kita.. suatu hari nanti pasti akan kembali kepada Dia juga... tugas kita, mencari hikmah disebalik ujian. Tetapi hanya yang betul-betul yakin sahaja akan menemui hikmah disebalik apa yang berlaku.."

" Bersyukurlah Allah tarik apa yang Dia pinjamkan, mungkin sedikit sebanyak memendekkan perhitungan kita di hari kelak nanti.Mungkin sahaja nikmat mata, dan nikmat phone tu disalahguna, dan alangkah malangnya jika kita terdiam seribu, dek tidak mampu menjawab... kemana nikmat-nikmat itu dipergunakan dan dilaburkan ?".Aisyah memutuskan bicara.

"Ini Hadiah Birthday untuk enti...Selamat Hari Lahir Tim..."Aisyah menghulurkan dua bungkusan berbalut kertas biru putih. Diikat keduanya dengan reben pink.




Dia, Planner.

Yakinnlah.... Dia sebaik-baik Planner. 
Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Bismillah.

Dear, Fatimah.

dia sayang masa kita,dia lepaskan dan jauhkan kita dari apa yang kita sayang, supaya kita kembali mendekati dan memberikan masa kita yang berharga itu, kembali dihabiskan.Lebih banyak untuk bersama Dia... 

dia sayang perjuangan kita, dia uji kita dengan prasangka supaya kita mencari semula makna menjadi seorang muslim yang sejati bukan penuh provokasi dan kontroversi...

dia sayang iman kita, dia bagi tali ujian untuk menjahit kembali iman yang sudah lama terkoyak itu..kembalilah kepada sebaik-baik perancang.Moga berjodoh untuk sama-sama menjadi tetamu Allah.

yakinlah, dua tahun lagi, meskipun hanya dua pasang mata sahaja yang mampu melihat rumah Allah itu, tetapi ada tiga hati yang perlu disucikan di hadapan baitullah itu.

jangan putus meminta...yakinlah,Dia sebaik-baik Planner bukan ?


begitulah pesanan yang ditempek, melekat di muka surat depan planner yang Aisyah hadiahkan.

"Fatimah, sementara Allah memberi nikmat penglihatan, berilah pasangan mata itu peluang untuk disucikan dengan melihat sebanyak-banyaknya qalam Allah ini....bukan yang lain..."

Fatimah menarik nota yang terselit di dalam tafsir tersebut. Hatinya kesal.Tunduk menangis tersedu.

Benar, meskipun Aisyah buta, tetapi hati dia tidak pernah buta untuk membaca hati dan menilai jiwa sahabatnya. Hadiah Aisyah dan Khadijah setahun yang lalu. Sedikit sebanyak sebenarnya telah mengubah hidup Fatimah.Overly attached pada dunia, pada nikmat dunia.

"yakinlah... only Him, is The Best Planner".Ada suara bergema,mengetuk gegendang telinga Fatimah,membuka pintu hati yang tertutup itu.







No comments: