Assalamualikum sahabat2..hehe..suspen jaa kan tajuk entry..heh..tapi itulah hakikat..sebenarnya tak terfikir pun nak apply JPA yang dikatakan sangat ‘hard’ tuu..senang kata sebab kita nie tak ada pengalaman maka pilih jaa la JPA..blurrr..
SEBELUM INTERVIEW
Alhamdulillah dapat tawaran interview..chops!..baru tawaran interview..heh..bukan dapat biasiswa.huh..maka buat lah persiapan apa yang patut..sebenarnya kena marah jugak sebab acuh tak acuh..heh..huhu..ok.antara persiapan:
1.surfing internet isu2 semasa-GTP,NKRA,SATU MALAYSIA and of course la kan..all about dentistry..dia punye specialist,tempoh pengajian..and also about JPA.
2.photostat semua sijil2 dan yang sewaktu dengannya dengan 5 salin terus..huh!..(nie bukan ana yang usruskan huhu..hehe)
3.berlatih speaking in BM and BI-mock interview on9 dengan sahabat2..syukran hamizahMK,hanna,eman,anis syazwani,nora,nadrah,muna..(..manfaatkan skype time nie…)
4.doa n solat hajat-dipermudah segala urusan,betulkan niat untuk buat yang terbaik bukan untuk dapatkan biasiswa semata-mata,sebab segala2nya di tangan Allah..dan ana sangat percaya dan yakin..setiap patah perkataan atau tindakan ana pada hari interview adalah semuanya datang daripada Allah..Allah lah yang memberikan ilham..satu lagi ummi selalu pesan doa biar kita terdetik untuk baca apa2 tentang soalan yang akan ditanya oleh interviewer..
HARI INTERVIEW
..interview pukul 12.00..bertolak ke Kota Bharu pukul 9.30..perjalanan makan masa 1 jam..heh..so sampai 10.30 pagi..awal la kan..???hehe..so..sempat lagi skodeng skype..tak disangka Sarah Ahmad pun on9.maka..sempat lagi mock interview on9..tengok apa yang patut..buka FB,skodeng link2 yang sahabat2 bagi..maka tertengoklah blog 1malaysiaklik..-baca lah apa yang ada..baca info pasal dasar2 kerajaan-NKRA,Satu Malaysia..secara tidak sengajanya..
Maka selesai semuanya pukul 9.00 pagi..pastu baru laa kelam nak kemas rumah,sapu sampah,sidai kain..fuh!mujur jugak ingat nak solat dhuha..(tapi mathurat lupa daa..dush!huhuhu..)
On the way umi suruh baca surah al insyirah..n lain2 tak ingat laa..hehe..
TEMPAT INTERVIEW
USM-cari geng gi daftar sama2..hehe..budak mahaad muhammadi pompuan..tengok nama kat board..maka tertengoklah..hUH!..lorh..ramai rupanya budak2 KKJ apply JPA..hehe..tapi sayang..tak jumpa pun diorang..sempat jumpa Sabiha jaa..tu pun tengok dari jauh jaa..tak sempat tengur..
Ok gi daftar.serah fail…”DIK,BESORNYA GAMBAR..???”,akak tu gelak sopan..(..NGEEee~~,,,dalam hati:KAWAN YANG SURUH KAK..SAYA IKUT JAA..)..”akak,tak pe kan..??”..cuak tetiba..”eh2,tak pe..tak pe..sengeh jaa akak tu sambil tunjuk fail tu kat panel sebelah dia..huh!~~
Maka dipanggil oleh akak yang tadi setelah duduk sekejap.dapat kad NO.1..maksudnya ana la yang pertama antara lima orang kawan2 yang lain..ana yang akan masuk dulu dalam bilik interview..group ana terdiri daripada:
1.ana
2.exNaim Lilbanat
3.exTengku Mahmud 2
4.exMRSM Kuantan
5.ex Cheng Hwua
Maka berkenalan lah sebelum masuk ke bilik interview..semua duk cuak..nervous..(pastikan borak tau supaya dpt spread the nervous,,kalau duk cuak sorang2 tak leh gak..hehe)
“ok,,boleh masuk sekarang..”
SESI INTERVIEW
“assalamualaikum”,ana bagi salam sebagai orang pertama yang masuk..senyum jaa..ok.ok.control..control..(sahabat2 leh bayang sendiri rasanya..hehe)
Maka ta’ruf la panel2 tu kepada kami walaupun kami tak mintak pun..hehe..
Ok this question in English..so pliz answer me in Englisk ok..??..
ok..first,can you describe about yourself,family and interest..??
Assalamualaikum..my name is ..bla.bla..bla..i came from a big family which consists of 9 siblings,my interest is in reading books and of course in science field..i came from Kolej Islam Sultan Alam Shah High Performance School..(haha,,berlagak kowt..huh!..hehe..poyo.jaa..riak. betol..istighfar2..hehe)..
my parents work as teacher..
Secondary school..??..No,primary school.
Both of them..??yes,both of them..
tamat di situ.seterusnya..
What’s your opinion on cavity problem among the children nowdays.how can your help to solve this problem as a dentist..??
Firstly,I’m a dentist will makesure to improve our society awareness on how to take care of their oral.Nowdays we can see that our society awareness on their oral care still in a low level.so..as a good dentist I will makesure our society will have a high level of awareness on how to take care of their oral health…(lebih kurang camni la ana jawab..ulang ayat smaa jaa kan..??hehe)
Ok.soalan seterusnya dalam bahasa Melayu.
”apakah yang anda faham tentang konsep Satu Malaysia yang mana rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..”siapa nak bagi pendapat..??
Lalu ana angkat tangan tak semena2..dush.mana boleh turun balik dah dia dah tengok.ok.wakaka.teruskan jaa..
Pada pendapat saya,Satu Malaysia adalah satu dasar kerajaan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib ketika saat negara kita mengalami krisis perkauman.jika dilihat balik..pada tahun 2008 telah timbul pelbagai isu perkauman yang seringkali kita dapat lihat di dada akhbar sehingga semakin banyak isu2 sensitif dibangkitkan.Oleh itu,Perdana Menteri ketika itu,Datuk Seri telah memperkenalkan Konsep Satu Malaysia untuk mengembalikan perpaduan kaum.
Konsep satu Malaysia juga terdiri daripada 8 elemen penting dan salah satu antaranya ialah unsur integriti.Konsep ini telah ditekankan oleh Datuk seri khususnya dalam perkhidmatan awam dalam menangani isu2 rasuah.
Ok2.baiklah,,nampaknya awak telah bersedia dengan soalan ini.jadi,,boleh tak awak terangkan maksud integriti..??(.serius ana buat muka masa nie..eh..eh,apa plak nie..??)
Pada pendapat saya,integriti bermaksud kejujuran.Oleh itu kejujuran amat penting khususnya dalam kalangan pegawai kerajaan.Contohnya jika saya sebagai doktor gigi yang telah diberi biasiswa oleh kerajaan untuk belajar di luar negara semestinya saya mempunyai integriti yang tinggi..seharusnya saya bersedia berkhidmat untuk kerajaan..bukan sebaliknya menjadi seperti mereka yang tidak mahu pulang ke Malaysia untuk berkhidmat untuk Negara…(sungguh terasa terOVER di sini..dah macam nak berbahas plak..heh..)
Lain2 soalan yang ditanya yang tidak ditanya kepada ana:
1.apa pendapat awak tentang dasar kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berpendapatan tinggi..??wajar atau tidak..??(BM)
(sorang girl chinese tu jawab lawak kowt(BM dia tak fasih sangat..BI ok..sian betol..)..haha..semua orang gelak kat dia..panel pun..hehe..jahat kan..??)
Girl:Saya rasa rakyat Malaysia ok ja sekarang.aman.happy jaa.makan cukup.minum cukup.tak perlu rasenya berpendapatan tinggi..
Macam2 la girl nie kena serang ngan panel mase nie..full BM lak tuu…
Panel:Apa yang seorang doctor gigi buat..??
Girl:Cabut gigi.betolkan gigi yang senget.tak teratur..erk..erk..
Panel:tu jer doctor gigi buat..??..tak..bukan..salah tuu..betul ke nie nak jadi doctor gigi..??
And then..(tak igt dah..)..jadi harapnya dapat jadikan pengajaran.kalau sesape yg dah fasih sangat BI tu..belajar2 lah cakap melayu plak..kehkeh..kalau rasa nak guna jawapan kat atas bleh jugak..you will break the tension away..honestly speaking..haha..suasana pasti tak tegang ah..(ana rasa mungkin sebab soalan ditanya dalam bahasa Melayu sebab tu cam susah jaa girl nie nk jawab.huhu..)
jwpan ana jika ditya kpda ana(skdar pendapat)-sgt wajar mncapai pndapatn tingi kerana rakyat berpendapatan tinggi mrupakan asas kemenjadian negara maju.contohnya dasar seorang doktor sebuah rumah/keluarga boleh mmgkin ke arah misi rakyat berpendapatan tinggi selain dpt meningkatkan taraf kesihatan penduduk malaysia..oleh itu,jika saya diberi peluang menerima biasiswa jpa,saya bukan shja dpt myumbang kearah misi ini,tetapi juga dpt berkhidmat untuk kerajaan khususnya..(pandai2 la kait ngn kerjaya pilihan..huhu~~cehhh..huhuhu..nie contoh jaa..maaf la klau contoh dah mcm esei..hehe)
Back to the point..hehe..antara soalan lain yang ditanya:
2.kenapa awak memilih doktor gigi bukan doctor medical..??kenapa awak minat doctor gigi..??
3.apakah peranan anda sebagai doctor untuk menangani masalah merokok..??(in BI)
4.nak jadi doctor nie pilihan sendiri atau orang lain..??
Yang lain dah lupa..
Dan soalan last yang memang “membunuh” la..
Panel:jika kami ingin memberi biasiswa tetapi untuk dalam Negara..adakah anda akan menerima biasiswa ini..???
Soalan ni ditujukan kepada kawan ana.pastu dia terangkanlah..
Panel:Jadi yang lain ada nak bagi pendapat..??
ngeEE~~dah agak dah..so..ana jawab lah..”same with her..”..and then smua kowt cakap..”same with her..”..(gelak seram dalam hati jaa masa nie..)..apa yang kawan ana jawab tuu..ana tak nak nyatakan di sini..biarlah kami berlima sahaja yang mengetahuinya..hehe..huhuhu~~..jgn marah..
(kalau nak bagi biasiswa dalam Negara cakap la awal2,,jangan plak nak bagi harapan palsu..hehe..apa pun terima jaa apa yang JPA nak bagi..yang penting dah buat yang terbaik..alhamdulillah itulah yang ana dapat simpulkan..dlm negara pun ok per..??hehe..igt best sgt ker oversea tu..?hehe..ana tau la..tambah2 lagi yg mintak middle east nie..hehe..ok.ana tak nak cuakkan sahbat2 sekalian..yg pasti reason nk gi middle east kena strong tau..mklumlah skrg isu resolusi tlh wujudkan sdikit sbyk kekangan nk smbung study kat sne,,nie apa yg abang ana ckp la kan..hehe..ok.dah..dah..=)
KONKLUSINYA
Tak kira lah dapat atau tak.yang seterusnya urusan Allah.kita hanya mampu berdoa.ana nasihatkan sahabat2 buatlah yang terbaik untuk interview..at least kita tak da lah rasa terkilan sebab tak prepare and then kelam kabut masa interview..ok..??good luck untuk yang apply MARA..yang paling penting buat yang TERBAEEKK!..betulkan niat..
AMALAN DOA:
surah yusuf ayat 4=insyaAllah bila kita baca ayat nie,interviewer akan belas dan kasihan bila tgok kita..
*leh jgk guna bila test JPJ..
*nie sahabat ana yg bagi tau..katanya ustaz Sheikh yang ajar..
*so,selamat beramal..rasanya doa2 lain dah tau kan..??hehe..
*kalau ada apa2 penambahan nanti ana edit balik,setakat nie jaa mmpu kongsi..harap pglaman ana dpt membantu sahabat2 sekalian..
ana:ummi,doakan supaya Allah bagi yang terbaik..
Ummi:yealah..yealah.ummi tau la..yang terbaik..
abang ana plak,tak juga menggalakkan/suruh tak juga menghalang..
suka buat ana berfikir..
berfikir sendiri..
Mungkin ada kecuakkan disitu,,mungkin ada kerisauan di hati..mungkin diri ini terasa belum bersedia menghadapi cabaran untuk belajar di luar negara..atau mungkin juga lebih terdorong untuk menyambung pelajaran di dalam negara sahaja..ana tak tau..hanya berserah sepenuhnya kepada Allah..doakan ana dan sahabat2 yang lain tau..wasalam!