Monday 11 April 2011

First Entry from another BUDAK KOLEJ..

 alhamdulilah..akhirnya berjaya jugak sahabat BK menghantar satu karya untuk dikongsi bersama2 sahabat sekalian..atas permintaan sahabat BK,jadi BK tak boleh la nak bagi tau siapa HAMBA yang KHILAF ini..hehe3..

SANG MUJAHID DAN MUJAHIDAH ITU…

Sang mujahid dan mujahidah itu…
Tahu mengapa Allah utuskannya sebagai seorang manusia…
Tahu matlamat hidup di atas muka bumi ini…
Iaitu untuk menjadi pemimpin kepada semua makhluk..
Menjadi khalifatullah,abidullah,da’ei ilallah..

Sang mujahid dan mujahidah itu…
Dapat merasakan manisya iman…
Beruntungnya menumpang di dunia penuh kepalsuan…
Untuk mempersembahkan bekalan di akhirat mendatang…
Agar dapat meraih syurga Firdausi yang hakiki..


Sang mujahid dan mujahidah itu…
Tahu hakikat seorang hamba khilaf…
Tahu Allah maha melihat apa yang dikerjakan…
Sentiasa mencari peluang melakukan ibadah dan amal kebajikan…
Sentiasa bersujud padaNya memohon keampunan…
Baik untuk dirinya,ibu bapa dan semua umat islam…
Kerna dia tahu,syurga terlampau luas untuk diduduki seorang diri…

Sang mujahid dan mujahidah itu…
Sentiasa mengutamakan cinta Allah,Rasulullah,dan Jihad di jalanNya…
Tidak cair dengan pujuk rayu seorang wanita mahupun priya…
Dia tahu Allah mencipta setiap orang itu berpasangan…
Kerna dia juga tahu jodoh pertemuan di tangan Maha Esa…
Namun…

Sang mujahid dan mujahidah itu…
Sedar cinta pada seseorang itu fitrah…
Dia tidak mampu menghalang mahupun menangkisnya…
Tapi tidak sesekali menggunakan alasan itu untuk kepentingan diri…
Kerana dia takut azab dan seksanya murka Allah..
Sang mujahid dan mujahidah itu…
Tidak perlu bimbang akan jodohnya…
Kerana mata-mata iman sedang memerhatikannya dari jauh…
Seorang wildan dan bidadari telah diutuskan dari syurga…
Untuk menjadi kekasih halalnya…
Dia cuma perlu yakin qada’ dan qadar di luh mahfuz…

Sang mujahid dan mujahidah itu…
Tahu dunia ini menghampiri garisan penamat…
Bumi semakin tua dan nazak…
Jadi,dia perlu lakukan sesuatu…
Untuk selamatkan umat manusia daripada terus alpa..
Untuk sedarkan umat manusia daripada mimpi indah yang dicipta sendiri…
Huh…(mengeluh)

Jangan mengeluh duhai sayang…
Kerana kamu belum bisa berputus asa…
Perjalanan masih lagi jauh…
Jika kamu begitu…
Sang mujahid dan mujahidah…
Bagaimana dengan mad’umu??
Yang masih memerlukan bimbingan darimu…

Bangkitlah...!!
Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang…
Saat kamu memegang gelaran khalifah…
Berbaloikah diuji dengan perkara mudah..
Mengapa harus mengalah sedangkan perjuangan masih belum selesai…
Setiap air mata keikhlasan yang gugur…
Pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu terus teguh menuju jalanNya..

{أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ } [المؤمنون: 115]
Artinya: "Apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?". QS. Al

~yakin janji Allah itu pasti,,innallahama’ana~

LUAHAN HATI SEORANG HAMBA KHILAF…

 p/s:amboi!!..hehe..apa pun sahabat..good job..good job!!

2 comments:

mahirah_batch52 said...

Subhanallah... suka sgt entry ni! jzkk~ :)

hamba-Dia said...

alhamdulillah..hehhe..syukran..
baca la yg lain jgk..