Saturday 16 April 2011

Siapa Anda..?

Secarik calar terukir,menyerlah titisan darah,merah pekat mengalir,
Tumpah ke bumi Allah…
Setitis air mata mengalir,hangat di bibir mata seorang mujahid sejati dilautan perjuangan…
Arus mehnah..
(..sahabat2 sambunglah sendiri yer..)

Mungkin sahabat semua terkenang memori lama bukan..ayuh mari kita bersama-sama menyingkap memori lama…


30 Disember 2008
Keputusan PMR dikeluarkan..
..alhamdulillah..aku dapat 9A..ibu bapaku gembira bukan kepalang..maklumlah aku anak desa..nun di pelosok felda pedalaman gua musang..
..ada yang sudah biasa mendapat ‘straight A’..diraikan dengan ‘makan besar’ di hotel ternama..tidak pun sebuah hanset baru..iPod nano..berserta MP4..wah nikmatnya 9A..tidak lama kemudian ada MAK,lagi gempak..makan  bersama YB lagi..ada yang dapat Pelajar Terbaik negeri..macam-macam lagi..panjang kalau nak citer..
dipendekkan cerita..


10 Februari 2009
Pelajar-pelajar baru KISAS Kluster(masa ni baru dapat kluster),generasi ke-55 mendaftar masuk…ada dari hujung negeri Perlis,hulu negeri Kelantan..anak jati pantai Batu Buruk..ada juga dari tanjung Johor Bahru..berkumpul untuk mencari erti hidup..di satu persinggahan dalam pelayaran bahtera kehidupan iaitu pulau mutiara,yakni Bumi Waqafan..wah,semua tampaknya bersemangat melangkah ke dewan al-Muttaqin wa Muthaqqafin..disambut senior-senior yang amat mesra sekali,manis berbaju biru(ketua pelajar) dan berbaju batik kolej..
Minggu jalinan ukhuwah(jadual penuh,aktiviti padat..pengurusan masa ‘failed’..ramai muslimin ‘gugur’,kembali ke sekolah lama..muslimat pun apa kurangnya..
Sabar..sabar..adik-adik akan jadi seorang yang kuat jika adik berjaya menghabiskan ‘perjuangan’ adik-adik di sini…,percayalah setiap kesusahan pasti akan ada kemanisan yang menanti..”,begitulah antara kata-kata senior kepada kami..yeah!!..kuatkan semangat..
Form 4…masa inilah kami dipaksa masuk macam-macam pertandingan demi menaikkan markah rumah..program memang diwajibkan untuk form 4,kalau hari sukan lagi ‘best’..semangat assabiah yang menebal diturunkan kepada kami generasi baru bumi waqafan..segala-segalanya tentang rumah…OMAR,THARIQ,KHALID, dan Ali..semangat kami setegar semangat pejuang Islam..segah nama rumah sukan masing-masing..


Akhir Tahun Form 4
Setelah melalui hari-hari yang sarat dengan kisah suka dan duka..akhirnya kami berhempas pulas untuk ‘final exam’…
Exam mood-semua muka tampaknya tegang bak katil-katil dalam dorm semasa ditinggalkan waktu inspection harian..wah,di mana-mana berkepit dengan buku..mereka yang biasanya tak baca buku kat DM pun terjangkit simpton yang sama..’ULAT BUKU TEKS’..inilah padahnya study last minute.. alasannya,before exam macam-macam aktiviti.. (memang betul pun.. hehehe)..  apapun yang pasti..lepas exam aktiviti lagi padat..Karnival Sivik,Kem Bahasa Arab…lagi??
Akhirnya..cuti akhir tahun pun tiba..perasan bercampur baur…maklumlah mendapat ‘holiday package’..free.. preparation untuk diognostik awal tahun 2010..bagus!!nak harapkan pelajar study sendiri??sahabat-sahabat fikirlah sendiri apa yang sahabat semua buat masa cuti…kebanyakkan mempunyai jawapan yang sama..betul tak??


Januari 2010
Semangat baru,azam baru…pejam celik pejam celik..dah senior dah pun.. macam tak percaya dah nak SPM…rasa macam baru masuk form 1..
Bila dah masuk tahun baru ..peraturan pun baru..tradisi pun baru..cat baru..imej baru..pangkat sekolah pun baru..maklumlah sekarang KISAS SBT(..sekolah berprestasi tinggi..)..alhamdulillah..
Perjalanan tahun ini tak siapa yang tahu..kita tunggu dan lihat..(mungkin jalan cerita seterusnya boleh digarap sendiri oleh pembaca RESTU..betul kan??..)jadi..sahabat-sahabat reka lah sendiri penghujung catatan ini..kerana semuanya terletak di tangan anda semua…andalah penentu siapa anda semasa di KISAS SBT dan selepas bergelar ex-KISAS…

2030
Muka hadapan akhbar Sinar edisi pantai barat..muka depan..
Selasa,15 Mei-Alumni KISAS,batch SPM 2010..generasi ke-55 mengadakan re-union di dewan besar KISAS..hadir bersama tokoh-tokoh koporat,mufti Negeri Selangor,Kedah,Kelantan dan Johor,dotor-doktor pakar,penulis terkemuka,peguam ternama,guru-guru cemerlang dan wakil-wakil rakyat (YB)…
Siapakah anda pada waktu ini???adakah orang yang disebutkan di atas??..

p/s:Bersama merangkul keunggulan..





3 comments:

. said...

WOW!

Amnah, best. Sangar Best entri ni ^.^

hamba-Dia said...

nie amnah wat mse duk KISAS..
awal tahun rasenya..
terjumpa dlm pendrive..
sesaje copy balik kat sini..
hehe~~

so,,siapa nurul hanna selepas nie..??

. said...

antara hidup atau mati.

Tak tau nak kata kan :)
Ada harapan, tapi hanya mampu berusaha dah berserah. Penentunya Allah.