Wednesday, 18 November 2015

Amalan

Meneruskan rutin setiap pagi bersarapan dengan housemate, bercerita tentang amalan. kata sahabat, jangan tinggalkan amalan yang kita dah biasa buat, sebab sekali kita buat syaitan akan mudah nak pengaruh kita ke arah benda lain. Tak kisah lah amalan apapun, yang penting kita ada amalan yang wajib kita buat dan jaga setiap hari.

Moga kita jadi orang yang mampu bantu orang lain untuk jaga amalan dia dan memperbaiki amalan tersebut ke arah yang lebih hari, hari demi hari.

Pernah disebut kajian oleh doktor dari barat, kita memerlukan sebanyak 21 hari untuk merutinkan satu tabiat baru. Dr.Muhaya pula menyatakan kita perlukan masa selama 30, dan dalam kisah-kisah orang terdahulu diceritakan kita memerlukan selama 40 hari. Tak penting beberapa hari, yang penting istiqamah dan berterusan walaupun sedikit.Dalam Filem The Fire, dikisahkan sepasang suami isteri yang sekian lama berkahwin, tetapi akhirnya isterinya menuntut cerai. Si suami baru sedar betapa dalam perkahwinan mereka, kesilapan itu datang daripada sikap dia sendiri. Maka bermulalah perubahan dia dalam mengubahkan tabiat buruk dan mengamalkan tabiat yang baik selama 40 hari atas nasihat ayahnya.Akhirnya, si isteri semakin sedar bahawa suaminya sedang berusaha gigih dan rutin selama 40 hari tersebut memberi kesan dan perubahan dalam hubungan mereka  :)

Setiap muslim perlu sedar  dan maklum. Nak berubah  perlukan usaha. Yang sedikit ditambah. yang Sederhana di perbanyakkan. Yang dilupakan, diamalkan semula.Dan dalam agama ini juga mengajarkan kita bahawa seseorang itu mampu untuk berubah sebelum dia mencapai umur 40 tahun. Maka, tidak ada alasan, dah besar.. susah nak berubah. *tengok cermin*

Bermula lah dengan segala apa jenis amalan sekalipun, jangan pernah lupa, bahawa tanpa kuasa dan bantuan Allah, kita tidak mungkin mampu untuk mentaati Allah serta senantiasa mengingatinya.

Dan untuk hati yang selalu tewas, moga terus percaya bahawa rahmat dan kasih sayang Allah lebih luas dari kemurkaannya. Andai kita mati sekalipun, moga kita mati dalam berjuang dan berjihad  , serta bermujahadah keburukan-keburukan diri kita sendiri.

Ya Allah, ampuni kami, masukkan kami dalam kemasukan yang benar, keluarkan kami dalam keluaran yang benar, kurniakan kami dan jadikan kepada kami dari kekuasaan dan pertolongan Mu.

Tuhan, maafkan kami, atas kelemahan dan kekurangan diri ini.
Tuhan, bantu kami,

Thursday, 22 October 2015

Musim Ujian

27 Oktober 2015 jangkaan perubahan waktu dari musim panas ke musim sejuk dengan , lambat sejam menjadikan maghrib makin awal ,dan subuh juga makin awal.
Cabaran musim sejuk,
1.'Sakit' sangat nak study materials final exam di musim sejuk beku berhirom lagi melaparkan dan mengantukkan. Tambahan pula study last minute.
2.Klinik dibatalkan, exam ditangguhkan. Kesannya cuti jadi drama, requirements jadi mangsa.
3. Semester musim sejuk yang ke-5, setiap tahun cabarannya berbeza.Kadang kala menjadi killer semester , jarang sekali jadi pemberat muaddal.
4. Salji. Menduga resah bagi sesetengah orang dek exam bakal ditangguhkan dan rumah tanpa heater. Kebahagiaan sementara ,sengsaranya selepas beberapa detik ,Allah sahaja yang tahu.
5.Jaga kesihatan, walaupun tidak dahaga,paksa diri minum air masak banyak2, makan hanya untuk hilangkan lapar bukan untuk kenyang.Bertambah berat badan itu normal, nak turun tu kena mujahadah banyak.
Musim sejuk yang dikatakan musim bunga bagi orang beriman, boleh jadi musim ujian iman buat kita semua.
Ujian untuk tidak akan ponteng, ujian untuk tidak bermalasan dalam hirom, ujian untuk bangun malam, ujian untuk berpuasa dek nafsu makan yang melonjak.
Itulah hakikatnya musim sejuk, indah pada khabarnya, yang pernah merasa ,baru kenal betapa sekejap cuma nikmat putih salju dan erti sejuk dan bekunya iman.

Malam asyura,
irbid,jordan.

Tuesday, 29 September 2015

kita tu siapa ?

'mok jangan stress2,jangan duk menung sokmo.. kalu stress ko, mikir banyok ko..ko sene nyakit maghi.. mok kena buat gapo2 hok mok bahagia,baru mok akan rasa sihat.... mok minat wat gapo ?gapo benda hok bila mok buat mok rasa gembira ?'
'mok minat wat amal jah tuo2 gini, gi dengar oghe ngajar, gi semaye di masjid, Allahh.. bilo tua gini, sakit gini.. payoh doh la nak gi masjid..mujur ado ummi... boleh tupe ummi , bawak mok gi masjid, gi dengar oghe ngajar..'
mok sambung lagi,
'haula... tak tahu la selamo mana lagi tuhan bagi umur ni...tinggal 3 oghe jah loni adik beradik mok, hok limo meninggal blako doh.. pah sore, sore xdop... lepah ni dop tahu sapo...doa la ko mok, moga Allah panjangkan umur, bagi tubuh badan sihat ...'
sebulan yang lalu, banyak waktu mok semaye di masjid...
beberapa hari kebelakangan ni, banyak waktu mok semaye di rumah sebab dop cekak mano walaupun gi sejid naik keto dop sapa 5 minit...
Indeed, we are so busy growing up, we often forget they are also growing old..... Moga Allah panjangkan umur mereka dalam ketaatan dan kurniakan kesihatan yang baik kepada mereka, in sha Allah ameen...
1.bagi anok-anok didikan agama, jangan dunia sajo.
2.orang muda kena banyakkan buat amal, belajar buat amal dari kecik lagi supaya tabiat buruk tak melekat sampai ke tua. lagi-lagi orang laki, hok akan jadi ketua keluarga, lepah nikoh payoh doh nok berubah.
3.nok ngapal quran ni payoh kalu Allah tak bukok hati, mok pun dop ngapa pun, sebab tok ayoh dulu la didik anok-anok jak kecik lagi suruh baco quran. lepah gorib baca surah taba(al mulk), lepas iso(isyak) baco al insan dengan al sajadah, sapa loni duk ulang-ulang sebab tu jadi ingat tu, bukan sebab ngapal punn.
4.anok-anok laki kena gi ziarah kubur mak ayah bila mak ayah xdop doh, sukonyaa kalu anok-anok gi tengok kubur doa ko mok ayah, anok puang xpo lagi, anok laki ni wajib gi kubur.
dan banyak lagi...
Kesimpulan,
mereka berusia, tapi rajin berusaha ke sejid,
kita orang muda tapi culas malas ke sejid,
mereka kurang sihat, mencari-cari imam untuk solat berjemaah,
kita orang yang sihat, kurang kisah pula kita dengan fadhilat solat jemaah.
kita itu siapa ?

kirim mengirim amalan mulia

Adalah menjadi kebiasaan apabila ada sahabat-sahabat kita pulang ke Malaysia, kita akan saling kirim-mengirim barang. Sedikit nota untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat, tips dan cara yang terbaik kalau nak kirim barang adalah dengan:
1.Mengepost/menghantar barang anda kepada pengirim itu lebih afdal,tetapi kalau nak minta pengirim pergi ambil pun boleh,tanyakan jika pengirim ada kesempatan waktu/kenderaan sendiri.
2.kalau kiriman berbentuk pengirim diminta tolong belikan, afdolnya Duit dibank in online terlebih dahulu, mungkin pengirim bukan tak mampu, tetapi kalau lebih daripada sorang kirim, mungkin banyak juga kos yang terpaksa didahulukan, tambahan mungkin pengirim memang jenis keluar duit sendiri bila membeli(tak mintak duit mak ayah),jadinya duit cukup cukup untuk belanja keperluan sendiri. Jika ada lebihan,maka boleh dipertimbangkan.
Kadang-kadang kita bukan taknak tolong belikan, tetapi kadang-kadang masa dan duit pun terhad untuk tolong belikan, tambahan kalau maklum lambat.
Itupun kalau postage pun kadang-kadang terpaksa pick up kat centre. Allahu, kita pula rasa bersalah dengan ahli keluarga kita terpaksa tolong kita. Bukan sekali, tetapi lebih daripada sekali.
Nota untuk diri sendiri dan semua, buat renungan di masa akan datang.
*Yang percaya, kalau kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita, telah cuba sehabis mungkin untuk memenuhi permintaan sahabat-sahabat. Minta maaf sangat-sangat tak mampu nak memenuhi kehendak semua*
Fuhh feeling membebel sangat. Apapun, suatu ketika dahulu saya sendiri pernah last minute kirim barang dan minta si fulan belikan, bila si fulan tak belikan rasa macam sedih sikit. Bila muhasabah balik, salah saya yang cakap lambat, pastu mintak dia belikan pulak. Adeh.
Huhuhu.

amalan mulia,
yang kurang common sense,
jika salah caranya

Thursday, 17 September 2015

Empat Titik Bertindih Satu Empat Enam

"..Except for those who repent, correct themselves, hold fast to Allah , and are sincere in their religion for Allah , for those will be with the believers. And Allah is going to give the believers a great reward..."-Allah 


"Ya Allah, jadikan Amnah orang yang bertaubat,orang yang senantiasa memperbaiki dirinya, jadikan dia hambaMu yang berpegang teguh dengan agamaMu dan ikhlas dalam beribadah kepadaMu. Tempatkan Amnah bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan kurniakan kepadanya pahala yang besar..ameen ya Rabb.."


Semoga terus tabah menghadapi segala ujian, perbanyakkan doa kepada Allah, perbaiki amal, bergaullah dengan orang yang soleh, rajinkan dirimu ke majlis ilmu, dan semoga Allah berikan rasa cinta yang membuak-buak kepada ilmu dan Al Quran.. semoga juga Allah hiasi dan muliakan dirimu dengan akhlak yang baik dan kata-kata yang mulia, dan dibersihkan dari segala penyakit hati. semoga diberikan kekuatan untuk mencintai sunnah baginda.....dan semoga Allah kabulkan segala permintaan..ameen ya Rabb..


Monday, 10 August 2015

Mencintai Jatuh

Dalam hidup ada hal-hal yang tidak pernah kita rencanakan justeru akan terjadi.Apa yang sedang terjadi dan sedang berjalan ini tidak serta merta membuat masa depan kita berjalan seperti dugaan.

Kerana hidup adalah sekumpulan ujian.Hidup adalah belajar tentang menjalani keikhlasan.Kita mungkin berharap sesuatu yang sedang kita damba hari ini.Kita mungkin menghindari sesuatu yang kita benci hari ini.

Apapun yang terjadi dalam hidup ini, jangan pernah lupa, bahawa kita tidak pernah dibiarkan sendiri.

Kita dijaga, tapi kita tidak mahu dijaga.
Kita diawasi tapi selalu saja ingin bersembunyi.
Kita diamati, tapi kita pura-pura tidak peduli.

Esok, kita akan dijatuhkan dan ditinggikan.
Hari ini, kita sedang menjalani sebuah proses di mana jatuh dalam banyak hal di hidup kita adalah hal yang paling berat untuk kita rasakan.

-Kurniawan,MencintaiJatuh-

*** Mungkin saat ini kita dijatuhkan kerna kita pernah merasa tinggi ketika ditinggikan suatu ketika dahulu. Moga jatuhnya kita hari ini menjadi hadiah paling berharga saat kita kembali diuji dengan 'ketinggian' esok lusa.

*** Mungkin saat ini, bukan kita yang sedang diuji dengan jatuh, esok lusa mungkin saja kita yang diberi peluang merasa jatuh dari tempat yang tinggi.Ataupun, kita telah sekian lama diuji dengan jatuh, yang saat ini kita masih lagi sedang berjuang , bangkit dari kejatuhan menuju ketinggian.Bergigih dan berhempas pulas.

***Apapun keadaan kita semua, jatuh atau tinggi, keduanya adalah ujian. Bersederhanalah dengan perasaan meski apapun keadaan sekalipun, kerana setiap dari kita pasti akan diuji dengan kedua-duanya.

***Kerna jatuh dari tempat yang terlalu tinggi, pastinya terlalu sulit untuk pulih, terlalu sakit untuk bertahan.Dan bangkit dari jatuh yang sederhana itu lebih mudah untuk kembali melangkah, berjalan dan berlari ke tempat yang lebih tinggi.

Sunday, 9 August 2015

Naseb baik ada Nabil...


***

Lelaki:"Awak tahu tak, semalam saya jatuh,luka teruk jugak kat tangan... naseb baik ada Diana tolong balutkan..."

Perempuan:"Siapa Diana ?"

***

Perempuan:'Awak tahu tak, semalam saya pergi study group, dah lewat sangat, terpaksa balik tanpa muraqib..otw nak balik rumah, naseb baik ada Nabil tolong muraqibkan..."

Lelaki:*Agak-agak apa jawapan lelaki eh ?*


Nak tahu apa perbezaan cara fikir dan respon orang lelaki dan perempuan, silahlah test sendiri :p

Maka begitulah perbezaan lelaki dan wanita.
Sama-sama fikir-fikirkan.


Friday, 7 August 2015

The Laws of Love

Usai membasuh tangan di sinki, tiba-tiba Syifa Hana menyapa,

"Amnah, Amnah tahu tak manusia ni ada beberapa cara dia akan tunjukkan kasih sayang.. ada sebuah buku cerita tentang macam mana bahasa kasih sayang yang ditunjukkan oleh manusia, ada orang dia tunjukkan kasih sayang dengan kata-kata, ada orang dengan dengan penulisan, ada orang dengan sentuhan, ada orang dengan menghabiskan masa berkualiti bersama...'

Teringat sebuah buku, The 5 Love Languages tulisan Gary Chapman. Pertama kali mendengar tentang buku ini ketika di asrama dulu, selesai makan di dewan makan, masing-masing menuju ke luar dewan untuk kembali menyelesaikan urusan masing-masing sebelum semua warga aspuri dikehendaki berkumpul di musolla untuk tazkirah maghrib.

5 Love Languages yang disebut dalam penulis adalah:

1.gifts
3.words of affirmation, 
4.acts of service (devotion), and 
5.physical touch (intimacy)

Ya, ada orang menunjukkan kasih sayangnya dengan memberi hadiah, ada yang menghabiskan masa bersama-sama orang tersayang, ada juga yang menggunakan kata-kata manis, adapun ada juga yang jenis menunjukkan khidmat bakti(contohnya bakti seorang ayah kepada keluarga, yang berpenat-penat membanting tulang) dan terakhir ada yang menunjukkan kasih sayang dengan sentuhan-sentuhan yang menenangkan(contohnya ketika kita menangis ada yang lebih senang memeluk kita terlebih dahulu dari terus berbicara untuk meleraikan kekusutan)

Baginda Nabi Muhammad pernah pesan kepada kita semua tentang 'The Laws of Love'(ya, saya menggunakan istilah LAW, bukan LANGUAGE), antaranya dalam sebuah kisah di mana sahabat melihat mengadu kepada nabi bahawa beliau tidak pernah mencium anak-anaknya. Bagaimana baginda Nabi membalas kenyataan tersebut ? Tidak lain tidak bukan baginda menyebut bahawa orang yang tidak menyayangi tidak akan disayangi. Sungguh popular kisah ini disebut-sebut dalam tazkirah ringkas. 

Ketahuilah sahabat-sahabat, Laws of Love ini telah pun sekian lama disebut.Beberapa Laws of Love yang sewajarnya menjadi amalan kita sebagai seorang muslim, yang pastinya perlu berusaha mengaplikasikan Laws ini dalam kehidupan seharian.

 Pernah bukan kalian mendengar pepatah arab berbunyi , 'ziarah menziarahilah,maka bertambahlah kasih sayang', juga tentang pesanan " kalau seorang muslim menyanyangi seorang muslim yang lain, maka ucapkan/lafazkan ' dan juga sunnah musafir juga termasuk juga dalam hal 'memberikan hadiah ketika kita pulang dari musafir'. Lantas,atas alasan apakah pesanan pesanan ini dipromosikan ? Tidak lain tidak bukan adalah untuk mendidik kita dengan sifat kasih sayang sesama muslim, dan bagaimana kita bisa belajar untuk menyatakan kasih sayang kita . Wallahi, menyatakan kasih sayang itu sangat perlu dalam membina suasana yang positif. Terus dan teruslah berdoa, semoga Allah hiasi diri kita dengan sifat penyayang khususnya.

Kesimpulan, budayakan ziarah menziarahi, selalulah bertukar-tukar hadiah, dan belajarlah melafazkan rasa cinta kepada mereka yang kita sayangi. Sebetulnya, memang ada manusia yang menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan dan lain-lain cara, tetapi cubalah percaya, agama yang kita anuti ini menganjurkan kita untuk melafazkan kasih sayang itu melalui kata-kata bukan ? 

Jika anda seorang ibu, nyatakan kasih sayang anda kepada anak-anak anda  bahawa " Ibu sayang anak-anak ibu", jika anda seorang ayah katakanlah " Ayah sayang anak-anak ayah.." dan jika anda seorang sahabat, katakanlah kepada sahabat anda bahawa.." Inni, uhhibbuki fillah"

The 5 Laws Of Love
1.What you give you'll get back
2. Give more, than You Take
3.Spreads The Word 'LOVE'
4.Law of Attraction
5.1-1=3

Apa yang kita buat, itulah lah yang akan datang kepada kita. Thats is the law of attraction. Jika tiba-tiba anda rasa anda tidak disayangi, cuba renung-renungkan, adakah lama anda tidak memberi hadiah kepada seseorang yang anda sayangi ? Adakah anda sekian lama tidak menziarahi sahabat anda ? adakah anda tidak pernah menyatakan kasih sayang, menegur, bertanyakan khabar kepada sahabat-sahabat anda ? Maka, peercayalah.. apa yang kita beri, itulah yang akan datang kepada kita.

1-1=3

Sepatutnya 1-1=0 bukan ? Tetapi percaya atau tidak, dalam kehidupan ini sistem matematik tidak lagi relevan, kenapa ? Kerana agama ini, agama yang kita anuti ini mengajarkan kita, semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita bersyukur, semakin banyak Allah akan pulangkan kembali kepada kita. Percaya ?

Ya, Satu yang kita beri, Tiga kebahagiaan yang akan kita dapat. 

Satu kebahagiaan untuk kita sendiri
Satu kebahagiaan untuk orang yang menerima pemberian kita.
dan satu kebahagiaan buat Allah, yang gembira melihat hamba-hambanya hidup saling mengasihi dan berkasih sayang. 

Akhir sekali, moga kita terus percaya bahawa ada tiga kuasa yang mampu mengubah kehidupan kita yang disebut oleh Prof Muhaya iaitu,

1.Kuasa Allah
2.Kuasa Doa
3.Kuasa Kasih Sayang

Moga Allah terus sayang! Wallahua'lam :D

yang sekian lama tak amalkan Laws ini,
untuk mereka yang semoga terusan dalam kasih sayang dan lindungan Allah,

Irbid 
6.55 Pm, 
7 Aug 2015.

#shmily
#seehowmuchiloveyou
#shmAly
#seehowmuchAllahloveyou

si jatuh

si jatuh itu terus jatuh dan jatuh
bagaimana bisa mengejar syurga di saat yang lain sedang berkejar-kejaran

masa suntuk,
sedangkan si jatuh itu masih berhempas pulas
tuhan,
hadiahkan si jatuh itu ruang
meskipun sekejap
namun paling bermakna
paling indah
saat si jatuh itu terus percaya
yang Engkau yang memberikan rasa bangkit itu
tanpa putus asa, tanpa kenal perit

adapun, ujian manusia itu berbeda beda

fahamilah, yang nampak baik itu bukan selakunya indah
yang tampak buruk itu bukan selalunya paling membinasakan

moga tuhan ampuni,
moga terus kuat berusaha

in sha allah.

Allah, rindu.. hadiahkan lah kesempatan yang luar biasa,
Engkau tuhan , Yang Maha Kuasa,

ameen

Monday, 3 August 2015

Keputusan

banyak situasi yang memerlukan kita untuk terus membuat keputusan sendiri, tanpa lagi perlu bergantung kepada orang lain, kita yang lebih tahu aoa yang terbaik untuk diri kita....

belajar lah untuk berdikari
mendidik diri menerima risiko sendiri
bukan lagi menjadi penakut,
pengecut dengan keputusan yang telah diambil

maka terus dan terus yakin,
baik buruk itu adalah yang terbaik untuk diri

bukan lah bermakna kita sentiasa lemah menanti yang lain yang memberikan keputusan,
sudah tiba masanya,
masa depan kita, kita rancanakan dengan pilihan kita


dan pastinya rencana itu awali dengan tunduk rintih bantuan dari Dia.

in sha Allah kheir ^^

Friday, 31 July 2015

Permisi dulu.

31 Julai 2015

Pertama-tamanya Alhamdulillah atas nikmat tuhan yang tidak terhitung khususnya sepanjang keberadaan di sini.

Menyaksikan satu persatu sahabat sahabat pergi meninggalkan bumi anbiya’ini, membuatkan hati aku terfikir fikir tentang empat tahun yang telah aku lalui di sini.

Jika ditanya tentang apa yang mahu aku lukiskan untuk baki dua semester (in sha allah) pastinya memanfaatkan masa dengan mereka mereka yang pernah mengesani hati ini. Antara dua fav, yang kini jarang pula aku amalkan berbunyi,

“ Ya Allah, jadikan aku orang yang sabar, orang yang bersyukur dan orang yang kecil pada pandangan ku dan besar pada pandangan orang lain”

Sejujurnya, setelah ‘pencen’ dari kerja kerja persatuan, aku seakan-akan tenggelam dalam dunia lain, nak jumpa orang pun ,kalau boleh nak kurangkan, kalau nak sapa orang pun, kalau boleh nak jauhkan diri, syndrome orang yang ‘turun persatuan’ mungkin.

Cuma, apa yang aku perhatikan pada diri aku, rupanya semakin aku busy dengan dunia luar semakin banyak aku berusaha untuk memberi penghargaan kepada manusia. Apabila jauh dari dunia luar, aku merasa hidup cukup tenang, tenang untuk melunaskan kehendak kehendak yang aku tidak mampu lakukan dua tahun lalu yang hampir sepenuhnya hidup aku berfikir untuk kerja kerja luar selain study dan klinik. Kepenatan dahulu berbeza dengan kepenatan sekarang.

Jika dahulu kepenatan itu di selang selang dengan kejutan kejutan istimewa dari tuhan, kini.. kepenatan itu bisa diurus mengikut kehendak sendiri… sepertinya, banyak masa masa tenang, tetapi kadang kadang rindu zaman zaman sebelum ini, serik tu perit. Mungkin sebab itu kejutan gaya hidup barangkali, rasa macam terputus terus dari dunia sebelum ini.Maafkan aku.

Di ketika dua semester yang berbaki ini, aku bergelut untuk melimpahkan perhatian kepada masa akan datang dan juga dalam masa sama terusan menghargai apa apa yang bakal menjadi kenangan.

Sahabat. Teman. Juniors.Seniors. Kenalan. Dekat, mahupun jauh. Demi Allah, aku rindu mereka, aku rindu untuk menyantuni mereka dengan perhatian perhatian seperti dahulu tetapi maafkan aku, kerana semakin banyak masa yang terlapang, semakin culas pula aku memberi sedikit luang masa walhal dahulu saat masa yang sempit, banyak perkara yang menyempat , ada sahaja ruang untuk menyantuni.

Apapun, terima kasih untuk cinta kalian. Kata orang, jika kita ingat kat orang, orang pasti akan ingat kita walaupun mereka tak sebut atau sapa. That’s how we trust our relationship.

Salam ukhwwah fillah. Moga Allah pelihara dan tambah kasih sayang ini.Ameen..

mohon permisi, untuk mengisi sisa sisa hidup di sini dengan apa yang sepatutnya, minta maaf, walaupun aku tahu, dalam banyak masa yang terluang semakin aku diuji, bahkan sekarang aku telah pun merasakan tuhan sedang menguji aku dengan kata-kata ku sendiri.

ini sahaja pinta aku.
aku permisi dulu. 

yang sedang merindui mereka yang tidak mampu disantuni terus,
yang jauh di mata, moga terus dekat di hati,
dan senantiasa dalam doa, in sha allah

Amnah
00.26am

1 Ogos 2015

Friday, 10 July 2015

Berkocak darah

".. tanpa jerih payah baginda, sehingga berkocak darah dalam kasut baginda, tidak mungkin pada hari ini kita dapat menikmati dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan Islam....."

begitulah permulaan tazkirah yang kebiasaannya meniti dibibir pelajar kisas.Bahkan jika ada orang bagi tazkirah dengan memulakan kata-kata ini pasti terus dicop sebagai kisas. peh. peh. peh. ataupun, belum sempat pentazkirah memulakan isi tazkirah, mesti ada yang akan cakap..'ni mesti kisas ni...'.

hari ni malam 24 ramadhan. entah kenapa terasa lama pulak solat teraweh dengan syeikh makmum hari ni. tambahan ada beberapa teman mengadu, tak larat nak ikut teraweh kat masjid jamiah sebab panjang. satu rakaat 3 m/s pun boleh kadang-kadang tu. satu malam sejuzuk.

entah kenapa duk teringat kisah nabi solat baca surah al baqarah, pastu sahabat yang ikut ingat nabi nak berhenti bila habis surah al baqarah rupa rupanya nabi sambung sampai surah an nisa'. bukan setakat sejuzuk ni, dah berjuzuk juzuk kalau sampai surah an nisa'....

sebenarnya malam ni jugak rasa kaki ni lenguh, tapak kaki rasa macam tak larat nak berdiri lama seperti hari sebelum ni. Teringat cerita Aisyah kisah nabi solat sampai bengkak kaki.

huh. logik la sampai bengkak, saju juzuk dengan syeikh makmum pun dah rasa kebas kebas kadang-kadang tu. Allahu, lemahnya iman =='

Sungguh, baginda sebaik baik qudwah sepanjang zaman...

" Ya Allah, jadikan aku orang yang mencintai orang yang mencintai Mu..."

Sedikit perkongsia dari status yang naik di newsfeed:

^^2 syarat Allah tidak mengazab kita di dunia:
1) nabi Muhammad bersama kita.
Syarat ini telah terbatal kerana Rasulallah telah lama meninggalkan kita. Sollu AlanNabiy
2) Selagi manusia beristighfar kepada Allah.
Rasulallah setiap hari beristighfar 1000x sedangkan kita tahu baginda telah dijanjikan syurga. Bagaimana pula dengan kita yang masih belum tahu penghujungnya. Teruskan istighfar.

^^Pesanan Umar Abdul Aziz
Tutuplah ramadhan kamu dgn 2 perkara
1) zakat
2) istighfar

^^4 Rukun Mujahadah menurut Said Hawwa:
1. Lapar (الجوع)
2. Diam (الصمت)
3. Berjaga Malam (السهر)
4. Mengasingkan Diri (العزلة)

Semoga Allah makbulkan doa kita semua. ameen. Ramadhan kareem!

Wednesday, 20 May 2015

Aku berTerima Kasih

CATATAN: KISAH INI HANYALAH REKAAN SEMATA_MATA.TIDAK SESUAI KALAU ANDA JENIS YANG JELLY DENGAN CERPEN CIPISAN SEBEGINI.SENGAJA BUAT TAJUK BEGINI,SUPAYA YANG YAKIN BOLEH TERUS MEMBACA DENGAN HATI TERBUKA.TERUS MEMBACA DENGAN IKHLAS.JIKA TIDAK.ANDA TELAH MEMBAZIRKAN SETIAP SAAT ANDA KETIKA MEMBACA AMARAN INI.

***

Subuh berhawa panas. Sehangat bumi Irbid ini, aku kira hangat lagi bumi Haramaian sana. Barangkali ujian di sana lebih hebat, berganda-ganda kehangatannya berbanding bumi Urdun ini. Ramadhan di sana bukanlah sesuatu yang mudah, jika berpuasa di bulan Sya3ban di sini pun masih tidak bisa kita latihi, pasti kewajipan itu sedikit menjadi beban,tambahan pula, manusia-manusia pesat sekali di dua tanah suci itu. Dan aku, sekali lagi tewas dengan kepanasan yang melanda Irbid semenjak dua menjak ini.

"Kak, buatlah cerpen, ikutlah cerpen apa pun, chenta pun boleh.."Tiba-tiba mesej masuk dalam wassup.

"Hahaha, jatuh cinta pun tak pernah, masakan mahu menulis tentang cinta".Balas aku. Sedikit kecewa. Entah kenapa.

***

Empat tahun yang lalu. Ketika kali pertama aku menjejak kaki ke bumi Urdun, itulah juga tahun pertama aku keluar makan berdua. Ya , kali pertama. Masih aku ingat lagi, PAPAJOHN menjadi pilihan dia. Bahkan kerusi yang khusus untuk set couple menjadi pilihan kami.

"Aish, asal perasaan dia macam muslimat kisas jumpa dengan muslimin kisas ja perasaan ni.."Getus hati aku yang sedang gelisah.

Entah, hati aku tidak tenang dan senang dengan pengalaman kali pertama ini. Entah apa yang aku takutkan. Pandangan orang ? salah faham orang ? Atau kerana ini adalah pengalaman kali pertama aku makan dengan seorang lelaki ?

Arghh. Aku bergelut dengan perasaan aku sendiri. Jujur aku segan, malu bahkan kelu. Dan di meja tersebut, aku hanya memandang-mandang menu pilihan, mungkin dia tak tahu, aku bukan jenis minat sangat makan western food ni.

"Nak makan apa ?",tanya dia dengan ringkas,

"Ikut lah",jawab aku juga ringkas,

Akhirnya dia yang membuat pilihan.

Tak sampai sejam setengah kami pulang. Takkan aku lupakan pengalaman paling 'pelik' itu.

***

Dua tahun yang lalu. Kali pertama mata aku melihat Kaabah, dan kali pertama aku solat di hadapan Kaabah. Aku tidak pernah sedih dan kecewa sebegini. Kerana suatu hal itu terjadi, aku menyoal adakah ini ujian untuk aku dengan dia ? sampaikan Engkau uji aku sebegini ? apakah akhirnya hanya tinggal aku dan dia sahaja untuk melunaskan kewajipan ini ?

" Ya Allah, tambahkan kasih sayang antara kami " Antara banyak doa-doa yang aku panjatkan ketika berada di hadapan rumah Allah itu, termasuklah doa ini.

***

Semenjak peristiwa di bumi lahirnya nabi terakhir itu. Semakin lama , semakin aku sedari Allah seakan-akan memakbulkan permintaan-permintaan aku suatu ketika dahulu.


Terima kasih.
Kerana tidak pernah berkira. Boleh bilang dengan cari berapa banyak belanja berbanding diraikan. Hampir tidak pernah barangkali duit sendiri yang keluar kalau setiap kali keluar makan.

Terima kasih.
Untuk rasa tidak pernah lokek mencuba masakan yang bukanlah power sangat. Masin, tawar , makan je semua, tanpa mengomen banyak.

Terima Kasih.
Untuk ingatan setiap kali pergi travel. Sweater, keychains, tote bag dan bermacam-macam lagi.

Terima kasih.
Setiap kali call untuk muraqib, jarang sekali mengatakan tidak. Hatta seringkali juga aku last minute membuat panggilan.

Terima kasih.
Angkat beg bagasi berat-berat kalau nak gi airport, jadi teman pergi umrah. naik kereta prebet dari Mekah ke Madinah dan teman pergi Tanaim untuk buat Umrah sunat, dan teman tawaf keliling Kaabah.

Terima kasih.
Untuk kebaikan dan segala tangungjawab,banyak belajar, banyak bagi nasihat secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih,
untuk segala-galanya.

***

Hari ni 20 MEI 2015, hari terakhir viva 6th Year medical Students.Mungkin hari yang paling bahagia untuk dia. Tetapi entah kenapa juga, sebak tiba-tiba menyapa. :'D

Kasih seorang adik kepada seorang abang, yang tumbuh perlahan-lahan, di bumi yang penuh kenangan ini, satu nikmat yang paling disyukuri selama empat tahun di sini. Terima kasih Tuhan!


***

Kesimpulan: Ramai mereka di luar sana yang sedia rapat dengan adik beradik lelaki khususnya abang, tetapi percayalah bagi yang mempunyai abang, rugi sangat kalau tak cuba usaha untuk rapat dan belajar kenal abang sendiri. Pastinya usaha itu dengan DOA dan SABAR bukan ? Hehe..

tipulah kalau kata tak rasa 'kehilangan' tu. *kesat air mata*




Monday, 18 May 2015

#‎MOM‬ ‪#‎MMJ‬


Sembang dengan kakak, dia cerita kalau kat UNIKL lecturer yang akan buat lecture note(dulu la, masa awal-awal UNIKL dibuka). Saya tanya kenapa bukan student yang buat ? kiteorang kat sini record lecture doc, pastu tulis lecture note berdasarkan record(sebab tu kadang-kadang doc tak bagi sebab mungkin akan salah fakta dan sebagainya).
Katanya, of course lah lecturer yang kena buat lecture note, prepare dan bagi sebelum lecture(mungkin) antara salah satu sebabnya nak jaga prestasi ataupun tahap sistem pembelajaran yang mapan(lebih kurang gitu lah). Ye lah, kalau student yang buat lecture note, mestilah tak sama kualitinya dengan doktor sendiri yang mengajar subjek tersebut.
Ala kulli hal, selama belajar di JUST bertahun-tahun hidup atas jasa lecture note, saya kira tanpa lecture nota, mungkin nak survive memang susah. Tetapi bila tengok orang yang baca buku ni(ada kawan yang jenis baca buku) memang ilmu yang mereka dapat hadam tu lagi power dan awesome.Lekat lama.
Persoalannya di sini, antara MASA, KESEMPATAN, KUALITI, KUANTITI dan KEBERKESANAN serta KEFAHAMAN seringkali membuat kita akhirnya memilih untuk membaca lecture notes. Bukan tak nak baca buku (buku rujukan yang sangat tebal, banyak dll), tetapi atas faktor yang dinyatakan di atas, kadang-kadang kita terpaksa mengenepikan sebentar niat untuk membaca buku. Sesetengahnya ada menyebut, 'tak pa lah, nanti cuti kita baca buku.. exam ni kita bacalah lecture note..at least kita dapat point apa yang doktor nak kita faham dan dapat catch up exams...'
Ironinya, bila cuti tiba, dek 'dibelasah' oleh sistem selama satu semester yang sangat pack dengan jadual yang bermacam-macam aktiviti, maka tibalah masanya untuk melunaskan segala kepenatan selama satu semester. "cuti cutilah betul2, buat apa nak study... dah penat kot study sebelum exam.. "bak kata orang moden, " time belajar belajar betul-betul, time main, main betul-betul'.....
Kesimpulan, jom kita enjoy!

ps:hakikat seorang penuntut ilmu,atau lebih tepat orang yang diberikan rasa nikmat menuntut ilmu, mereka akan senantiasa menghargai masa lapang mereka....... T_T

Tuesday, 5 May 2015

Petanda kasih yang abadi

Petanda kasih yang abadi adalah apabila
dalam senang jua dlm kesempitan, seseorang itu memberikan
kasihnya tanpa sempadan..

Begitulah kasihnya Allah kepada hambanya, sentiasa ada dalam sempit mahupun senang.

Allah wujud,
malah dekat.

Kita pelupa,
bahkan menjauh.

Allah tidak pernah menjauh, tetapi kitalah yang selalu lalai berusaha mendekatiNya


Thursday, 30 April 2015

Tunduk Sat,Tenung dan Renung



FAQ:
Soalan:Kenapa namakan blog ni KKJ ? dan kebanyakkan entry berkisar tentang kehidupan di KKJ ?

Jawapan:Kalau saya lukis graft kehidupan saya sampai sekarang, graft yang paling banyak jatuh dan naiknya tentang iman dan paling penting tentang jatuh dan bangunnya saya mengenal erti hidup adalah ketika saya berada di KKJ.

Too much stories kalau nak cerita, apapun kenangan pahit di bumi waqafan dan manusia-manusia yang Allah izinkan saya jumpa di bumi inilah yang banyak mempengaruhi dan menuntun hidup saya. sampai hari ini. sampai saat saya menulis pada nokhtah ini. titik.

di bumi itu saya rasa makna,
"Ana Uhibbukifillah"

bahkan rasa itu tetap subur sampai sekarang.
masakan saya bisa melupakan manusia-manusia yang pernah hadir mengubah cara fikir, cara berkomunikasi, cara hidup dan makna sebagai seorang individu muslim.




Tunduk sat, tenung dan Renung tentang masa silam kita yang lalu, tentang masa yang kita jalani sekarang dan masa depan yang kita ingin lukiskan kelak, bukan mudah bukan ? 

Saturday, 25 April 2015

tertampar

saat lecture note surgery masih tidak berganjak dari m/s pertama, air mata bercucuran jatuh...berderai derai, tak mampu nak tahan...
hiba dan sayu bukan kepalang, mengenangkan bahawa 'kita hanya mampu merancang, Allah jua sebaik baik perancang... '
Allahu, jika air mata ini mampu membersihkan hati ini yang kotor dan penuh dosa, aku terima seadanya dan seikhlas mungkin tarbiah dan ujian ini.....
mungkin kecil pada mata manusia, tapi aku tahu ada rahsia besar yang sedang menanti........

allahu, seriously... im tired to keep move on with all the situations... alhamdulillah for His wills, the only reason......................................

Sunday, 19 April 2015

1 Rejab

2 months road to ramadhan

lists to check out!
-one day one juzuk project-ajak usrahmates gerakkan
-motivate yourself-dgr ceramah motivasi
-count your blessing-make a blessing-box
-belajar dengan makna-3 hrs daily study hrs
-istighfar 100x-sunnah nabi, bila rasa syaitan ajak buat dosa/buang masa
-mathurat kubra-peh, yg ni cuba dulu
-setiap hari sebelum tidur maafkan semua orang-in sha allah
-bangun pagi tanya 4 soalan/buat 4 perkara depan cermin;
1.bersyukur 
2.apa fikiran negatif yg ada
3.apa tabiat negatif yg ada pda diri
4.apa tindakan yg nk buat utk ubah fikiran dan tabiat negatif tersebut.

to be organized, i need;
-write daily;daily-target-plan
-cuba ikut jurus paus dan jurus 40 yusof mansur
-try dan cuba istiqamah, denda/back up yang tertinggal

'orang tenang,orang menang'


Saturday, 18 April 2015

Tunggu Teduh Dulu

Tunggu Teduh Dulu
dalam kalut kita menjahit iman yang tercarik,
seringkali kita terleka dengan dunia,
dalam ribut ujian yang melanda,
kita masih mencari ehsan manusia,
dalam sepi kita duduk bersimpuh berbicara dengan Dia,
kita masih sibuk memikirkan urusan keramaian adapun yang sia sia...
mohon izin memintal si benang,
untuk menyulam kasih dan iman,
sendirian mencari masa tenang,
buat meleraikan kusutnya simpulan..
moga kembali utuh sebuah ikatan,
seorang hamba dengan tuhan.
di sini sedang berkabut senja dan berudara dingin,
ributnya sampai daunan keguguran...
teman sekalian,
mohon doakan..
permisi sebentar,
ku tunggu teduh dulu.

Saturday, 11 April 2015

Tertinggal

naik teksi,
tertinggal phone dalam teksi

naik coaster,
tertinggal phone dalam coaster

kalaulah.kalaulah hati ini boleh dibawa dan ditinggalkan,
pasti aku mahu meninggalkan hati ini.

hati ini kotor,
jika tertinggal di mana-mana,
itu sangatlah membahagiakan bukan ?

p/s:dulu tertinggal phone dalam teksi tak jumpa2, alhamdulillah, kali ni tertinggal phone dalam coaster dah jumpa balik T_T

Monday, 6 April 2015

The Rule of Compensation: Air liur

Secara saintifiknya, air liur dihasilkan oleh kelenjar air liur. Terdapat 3 kalenjar air liur yang paling terkenal iaitu kelenjar parotid, kelenjar submandibular dan kelenjar sublingual.

Kelenjar parotid, merupakan kelenjar paling besar , dan menghasilkan air liur berbentuk air(serous) bersamaan 15-20% aliran air liur yang dihasilkan ketika keadaan rehat.

Kelenjar submandibular pula menghasilkan air liur berbentuk melekit(mucous), sebanyak 65% dihasilkan ketika rehat atau dalam keadaan tidak dirangsang(oleh makanan dll)

Kalenjar sublingual merupakan kelenjar paling kecil(berbanding 3 jenis kelenjar yang dinyatakan) menghasilkan air liur melekit(mucous) sebanyak 7-8% ketika rehat.

Air liur ketika rehat(unstimulated@resting) sangat penting untuk keselesaan mulut dan air liur ketika diransang oleh makanan sangat penting untuk proses menelan serta mengunyah makanan.

Secara purata, keseluruhan kelenjar air liur termasuk kalenjer kecil(yang tidak dinyatakan di atas: kelenjar yang berada di bibir, pipi, lelangit dll di bawah lapisan mukosa) menghasilkan 500ml/600ml air liur sehari= satu botol air mineral kecil.

Kelenjar parotid, sublingual dan submandibular merupakan kelenjar yang besar tetapi mempunyai hanya dua kelenjar(kiri dan kanan). Manakala kelenjar kecil mempunyai hampir sebanyak 100-800 kelenjar di serata permukaan lapisan mukosa mulut.

The Rule of Compensation.

Sebagaimana setiap manusia juga mempunyai kelebihan masing-masing, begitu juga dengan tolak tambah , lebih dan kurang dalam sistem badan manusia.

Si Kelenjar Kecil, walaupun kecil tetapi bilangannya banyak, Si Kelenjar Besar cukuplah hanya dengan bilangan yang sedikit. Rule of Compensation is how we manage to think how beautiful He creates all of His creations. Not complaining about others, but keep finding whats the hikmah why Allah give someone more or less. Theres always a compensation role in His rules.

Ada orang dia berjaya dengan usaha yang sedikit,
Ada orang dia berjaya dengan usaha yang banyak,
Ada orang dia gagal walaupun usahanya menggunung,
Ada orang dia gagal kerana memang kerana kekurangan dirinya.

Ada orang dia kecik, tapi jiwa dia besar,
Ada orang dia miskin, tapi hati dia kaya,
Ada orang dia kaya, tapi Allah cukupkan dengan yang sedikit.

Sahabat, jom jadi orang mukmin jom ^^


    "Sungguhnya keadaan seorang mukmin itu sangat menakjubkan, karena semua keadaannya menjadi kebaikan bagi dirinya: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka itu mejadi kebaikan baginya, dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya." (HR. Muslim)

Semoga pendengaran, penglihatan dan hati(akal) kita terus menerus menuntun kita untuk tetap bersyukur atas segala nikmat pinjaman ini.
    "Katakanlah, "Dia-lah yang mencipta kan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (akal)". Tetapi amat sedikit kamu bersyukur.” (QS. 67:23)

Air liur adalah salah satu pinjaman Allah yang seringkali kita mungkin tidak sedari nikmatnya, tanpa air liur kita tidak mampu makan dan mengunyah dengan elok, tanpa kelenjar-kelenjar yang mengikut baik rule of compensation tidak mungkin kita dapat menikmati falafel dan syawerma to'miah.

Bersyukurlah atas sekecil-kecil nikmat, dan belajarlah the role of compensation dengan menggunakan penglihatan,pendengaran dan hati kita untuk lebih memahami The Rule of Compensation.

Please everyone, forgive others!

7 April
Syimali,Irbid-Jo.

Tuesday, 31 March 2015

conteng conteng GST

sungguh ,
kita mengutuk tandas awam yang kotor.
sungguh ,
kita mengkritik tempat awam yang bersepah.
sungguh ,
kita kecewa dengan kebersihan gerai dn restoran.
hihihi,
sungguh sungguh kita melihat semut di seberang sana, sedangkan gajah di depan mata .
sungguh,
kita tidak pernah jelek dengan tandas rumah kita sendiri.
sungguh,
kita sudah terbiasa selesa hidup dalam bilik yang bersepah.
sungguh,
kita tidak pernah peduli kebersihan dapur tempat kita memerah air tangan.
hihihi.
sungguh,
ironinya kita.

begitulah juga dengan GST,
sungguh sungguh kita menentang
tetap juga kita masih lagi membazir dalam banyak perkara
istiqamah jua kita melaburkan tenaga,masa, dan wang kepada yang tidak perlu.....
sekuat apapun penentangan kita, GST tetap juga akan dilaksanakan..
yang berubah mungkin harga barangan..
dan yang masih belum berubah adalah sikap.
sikap kita... masha Allah! ironinya kita.

kita itu adalah aku.

Saturday, 14 March 2015

mitos orang qlate pemalas

pertama bila dengar benda ni memang sentap sangat. kalau sentap maksudnya terasa. kalau terasa bermaksud kenyataan tersebut benar. hampir benar. ya. tetapi pasti menghukum secara umum begitu tidak pantas sedangkan ada golongan yang bukan sebegitu.

wahai, rakan-rakan.. soalnya sekarang bukan tentang anda dari negeri mana, ettapi soalnya sekarang dari negeri mana sekalipun, atau jantina apa sekalipun ayuh berusaha menjadi manusia yang lebih baik. lebih rajin. musuhi sifat malas.

rajin..

belajar,mengemas,memasak,rajin basuh pinggan yang kita guna,rajin tolong mak ayah basuh baju, rajin tolong mak sental dapur dan tandas, rajin belikan barang dapur.

rajin ni bukan benda diwarisi, tapi adalah sikap dan disiplin diri yang boleh dididik. malas tu bukan diwarisi, tapi sikap tidak mahu mengubah diri.

please, please doa banyak-banyak, semoga awak dan saya adalah orang yang rajin dalam segala hal kebaikan.

jauhi malas, musuhi pemalas.

daripada orang yang mencintai orang-orang yang rajin dan masih tetap positif mereka yang pemalas pun bisa mengubah diri mereka menjadi rajin, in sha Allah... semuanya bermula dengan doa dan keinginan untuk berubah menjadi lebih baik.

buktikan, kita bukan sebahagian daripada mitos ini, sekalipun bukan org qlate!

-aku pencinta si rajin-

Friday, 13 March 2015

Teruslah setia.

Pernah tak kita terfikir, kenapa tuhan berikan kita dua mata untuk melihat..

kerana memandang dengan satu mata itu sungguh menyamarkan

pernah tak kita terfikir kenapa tuhan berikan kita dua telinga..

kerana mendengar dengan satu telingan itu tidak lengkap ketelitian..

pernah tak kita terfikir, kenapa tuhan berikan kita sepasang tangan..

kerana dua tangan itu memudahkan untuk membanyakkan memberi manfaat

pernah tak kita terfikir kenapa tuhan berikan kita sepasang kaki..

kerana tempang itu menyulitkan perjalanan dan menyempitkan tujuan...

pernah tak kita terfikir kenapa tuhan anugerahkan kita satu hati ?

kerana satu hati lebih mudah untuk setia.



setia itu seperti hati.
tak dapat dilihat,
tetapi dapat dirasa.


teruslah setia,
wahai hamba tuhan sekalian alam.


Wednesday, 18 February 2015

22 tahun akan datang....

untuk 22 tahun akan datang... bermula daripada perancangan hari ini....terlalu banyak impian,harapan,cita2,perancangan,doa serta permintaan... hanya satu je nak mintak...

"doakan supaya Allah kabulkan serta perkenankan segala permintaan saya dan awak..."

18 feb 2015

Tuesday, 10 February 2015

10 Februari 2009

amaran:unsur tokok tambah
"Bersama merangkul keunggulan!Kemenjadian para pelajar menjadi keutamaan kita semua!"Begitulah kata kata keramat yang menjadi penutup ucapan Tuan Pengetua.
Setelah mendengar taklimat di Dewan Besar maka para pelajar bersurai bersama sama dengan ibu bapa masing2. Pelajar puteri menuju ke Aspuri, dan pelajar putera menuju ke Aspura yang ketika itu masih belum berwarna warni.
***
"Assalamualaikum adik2, malam ni selepas magrib ada taklimat kat musolla...lepas tu entunna kena kumpul kat Bilik Study,kat tingkat 2.. harap entunna dapat kemas apa yang patut dan selamat berehat"kata seorang pelajar puteri beruniform biru bername tag merah. penghuni2 baru dorm E34 menghadam pesanan tersebut dalam kepenatan.
***
"entunna adalah penyambung rantai rantai tarbiyyah di bumi ini.. jadi ana harap entunna dapat menjaga tarbiyyah ini.. jangan jadi peruntuh tarbiyyah...." pesan seorang kakak memulakan tazkirah berantai selepas magrib itu.
".. kat sini.. pelajar puteri,kite akan panggil muslimat, pelajar putera kite akan panggil muslimeen... cuba elakkan panggil nama muslimeen...kalau boleh jangan panggil dengan nama diorang..."belum sempat kakak kedua itu menyimpul ayat,ada suara suara kecil seakan tertanya2....
"kenapa tak boleh panggil nama diorang.. pastu nak panggil diorang apa ?"
"panggil diorang 'muslimeen' je, atau panggil jawatan diorang.. ketua kelas ka,kp ka, dll.... ingatlah, sekali nama seorang muslimeen meniti di bibir , setitik noda hitam akan melekat di hati entunna.." balas kakak tersebut.
selepas sesi settle taaruf serta taklimat berkaitan asrama, para pelajar menuju ke blok masing masing.
Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Setibanya sekumpulan pelajar di bilik study tingkat 2 blok E itu, kelihatan beberapa senior sedang menanti menyambut mereka semua. Rupa rupanya ada smbungan taklimat berkaitan sistem rumah pulok dohh.
***
"Rumah kita juara bertahan.. jadinya akak harap korang jaga nama baik rumah kita.. pastikan sifar JAKSA, akak tak nak tengok rumah kita paling ramai yang naik nama kat JAKSA... jaga disiplin,jaga akademik,jaga kebersihan..cthnya nanti hari inspection pastikan tak de habuk pun kat jenang..."lalu kakak tersebut melarikan jari telunjuknya ke jenang(bahagian paling atas tingkap) dan bertanya...
"korang nampak tak apa yang ada kat jari telunjuk ni ??"soal kakak tersebut.
"tak nampakk......"para pelajar yang separa mengantuk itu menjawab secara berjemaah.
"haaa.. nanti bila inspection.. pastikan tak daq habuq camni,licinn,bersih, berkilat.. sibijik habuq pun xdaq tauu!"seakan memberi amaran.
maka tak hairan rumah tersebut kerap kali menjuarai dorm terbersih dan tercantek. barangkali rumah paling syadid dengan sistem yang kadang kadang tidak tercapai dek akal.*kan?hee
......bersambung~
***
"yang paling penting, carilah mutiara mutiara di bumi ini...."- 'kata kata yang paling laris dituturkan pada 10 Feb 2009',hari pertama pipit 55 masuk sarang.

Friday, 6 February 2015

tundukkan pandangan

"Muslimeen, ana nak cakap sikit ni.." *eh muslimeen ni, ingat orang main-main plak,, boleh dia buat rajin tunduk baca buku plak.

"Assalamualaikum muslimeen..".Salam disampaikan dengan suara yang lebih tinggi dan agak tegas.

Maka muslimeen yang hanya 1/4 daripada semua yang ada dalam kelas tadi memandang ke arah muslimat yang berada di depan.

"dah kenapa pulak mat ni... ni mesti nak bebel ni.." Getus Aziz dalam hati. Penuh hati hati. Takut-takut muslimat terdengar nanti dikatakan Aziz tak thiqoh plok.

" Sebenarnya ana nak cakap sikit ni, rasanya kita semua dah tahu dan dah jelas, senior pun selalu ingatkan untuk jaga Ikhtilat. Antaranya adalah dengan menjaga pandangan. Ana tengok muslimeen kelas ni selalu keluar ramai-ramai dan masuk beramai-ramai ikut pintu depan, kadang-kadang tu bertembung dengan muslimat.. jadi kami muslimat dah bincang, dan kami nak cadangkan yang muslimeen lepas ni hanya boleh guna pintu belakang.. dan pintu depan hanya untuk muslimat...dan satu lagi, boleh tak muslimeen kalau nak gelak ka, ketawa ka, cubalah ketawa slow-slow sket.. orang lain nak study pun terganggu..."kata muslimat itu dengan yakin dan beraninya.

Maka salah seorang muslimat menampal label di lantai pintu hadapan satu kertas A4 tertulis " LALUAN MUSLIMAT" dan seorang lagi menuju ke belakang dan menampal satu lagi kertas A4 tertulis " MUSLIMEEN SAHAJA".

"Ada sebarang penambahan ? Kalau tak ada, ana akhiri tazkirah ringkas kita hari ini dengan tasbih kafarrah.." Muslimat menamatkan kata-kata.

Maka , sesi tazkirah ringkas yang kebiasaannya memang akan diisi dengan tazkirah jika ada masa kosong antara dua subjek pada hari itu , tercatat dalam sejarah. Perang muslimeen dan muslimat bermula. Semenjak hari itu, keadaan muslimeen dan muslimat agak tegang. Bagi pihak muslimeen memang rasa macam muslimat dah melampau. di pihak muslimat pula adalah satu kemenangan.

***

" Ko tahu la, kelas kita kan ramai gile budak-budak thiqah, exco badar plak tuh.. " luah muslimeen ketika prep.

" Tu ar, kita yang laki ni sempoi je semuanya, stress betul aku dengan diorang ni..  boleh dia buat label , Muslimeen ikut belakang, Muslimat ikut depan.. aku bengang betul lah dengan muslimat yang bajet thiqoh ni.." muslimeen lain melepaskan perasaan.

"., ala buat lex sudah la... abaikan depa, buat macam depa tak wujud kat kelas tu.. " cadang muslimeen yang dah malas nak melayan karenah muslimat 402.

***

"Puas hati kite dapat tegur muslimeen tadi, tulah.. nakal sangat.. geram kite dengan diorang.." keluh muslimat sambil menyiapkan nota sejarah yang perlu dihantar esok hari.

" Tapi kan, ana rasa kesian plak kat muslimeen tu, tak patut kita buat camtu.. macam syadid sangat je rasa sampai label2 gitu.. kelas lain takde pun nak buat camtu ..." Muslimat memberikan pandangan.

" Tulah, rasa jugak.. tapi kite dah geram sangat dengan muslimeen dengan kelas kita tu , bukan macam muslimeen kelas lain...muslimeen kelas kita tu memang nakal, emmang patut pun kita bagi sekali.. biar diorang rasa..."

"enti nak suruh diorang rasa apa ? rasa sakit hati ka ? hihi.." Kata muslimat lagi.

"Hurm... bukan nak suruh depa rasa sakit hati, tapi nak suruh diorang sedar yang apa yang diorang buat tak, kadang2 tak semua muslimat suka...merepek je dalam kelas... "

" haha, amboi cik kak marah nampak... xpelah, bese la.. muslimeen kat memang macam tu..dah la... jom kita sambung study... tapi saya nak tidur kejap, 5 minit lagi kejut saya , okay ? " Muslimat cuba meleraikan gossip yang nampaknya smekain panjang.

" Okay, baik.. lepas 10 minit saya kejut, macam tak caye je kalau lepas 5minit suruh kejut... hehe.." Gossip dileraikan dengan masing-masing menyiapkan kerja sekolah masing-masing.

***


bersambung......

p/s: apapun yang berlaku suatu ketika dahulu, pahit manis semuanya adalah kenangan yang indah.. rasanya kenangan yang paling manis adalah memori paling pahit suatu ketika dahulu... selamat ulang tahun kali ke-6 bergelar sebagai exkkj ~  #10febkitamulabertaaruf ~

Thursday, 5 February 2015

5 FAQ Tentang Bidang Kursus Pergigian di Jordan Universiry Of Science and Technology.

1.Betul ka orang kata ambik dentistry ni lagi senang dari ambik medik ?

ye ke ? apapun, orang selalu kata, ambik dentistry lagi senang dari ambil medik.btw... belajar dentistry ni still lagi susah, cuma dia tak susah macam belajar medik.

2.System Pengajian lagi mudah compare dengan Malaysia ?

setakat yang saya tahu, ambik dentistry kat JUST terutamanya(sebab ada orang melayu yang ambik kat Jordan University) memang system dia lagi mudah compare dengan Malaysia. tapi jangan terkejut dalam tempoh anda belajar di JUST anda akan rasa sangat frust dengan system pengajian di sini. Nak tahu kenapa ? kena belajar kat sini dulu :p Apapun, ada orang kata, system kat mesia yang susah itulah melahirkan graduan dentistry yang lebih baik daripada keluaran luar negara ? Wallahualam... semuanya bergantung kepada diri sendiri, bukan tempat belajar walaupun kekdang faktor tempat dan system belajar tu mempengaruhi kualiti graduan yang dilahirkan.

3.orang kata budak JUST ni antara budak tajaan yang paling heaven, betul ker ?

Heaven macam mana tu ? haha. apapun.. tak dapat nafikan, duit tajaan yang dapat tu, kalau tolak tambah, kehidupan biasa(maksudnya takdelah nak mewah2 sangat hidup kat Irbid) paling banyak habes pun separuh daripada duit tajaan tu. Jadi separuh lagi nak buat apa ? Ada yang simpan, ada yang melabur.. tapi ramai simpan untuk gi travel dan balik mesia lah kot. Purata pelajar mesia (yang tajaan terutamanya) yang pulang ke mesia adalah at least setahun sekali. Jadi, kalau itu dikatakan heaven , mungkin heaven la kot boleh balik tiap tiap tahun dan setiap kali cuti sem boleh pergi travel... tapi camne dengan duit simpanan ? wallahualam... kalau pandai menabung, mungkin heaven.. tapi kalau nak grad tetiba terfikir.. ke mana duit tajaan yang berlebih-lebih tu hilang ? hehe

4. Best ker ambik dentistry kat negara arab ni ? boleh belajar agama sekali ka ?

Apapun semuanya bergantung kepada matlamat hidup yang anda nak capai di sini. Mengikut pengalaman sebelum ni, ramai je senior2 yang boleh kejar dua2.. tapi tulah, seramai ramai senior yang boleh kejar dua dua ni, ramai lagi yang nak struggle satu bidang pun dah susah nak kejar..hehe...
yang penting kenali potensi diri, capai mana yang mampu, jangan lupa dan hilang fokus dengan tujuan utama datang ke sini. apapun, antara perkara menarik untuk di kejar adalah ilmu al quran,hafazan atau tajweed dan seangkatan dengannya. Kalau dapat grab yang ni memang Alhamdulillah sgt...

5.Orang Melayu dengan Orang Arab mana lagi power ?

ada jugak ye soalan macam ni ? apapun secara realiti masa tahun2 terawal tu boleh la la tengok orang melayu score, tapi bila dah semakin bertambah tahun, mungkin faktor subjek makin susah atau makin pemalas atau makin banyak tanggungjawab lain ?jarang boleh tengok orang melayu duduk sebaris dnegan genius genius arab.. kalau ada pun akdang-kadang..hehe... apapun antara yang best jugak tentang pensyarah kat JUST ni semuanya power2 sangat.. semuanya ada PHD sebab spe nak jadi penyarah kat JUST nie memang syaratnya kena ada PHD... kalau kat kelas dan klinik tu memang kita boleh tengok la betapa hebatnya lecturer dengan ilmu mereka.. masha Allah... TT


kesimpulan: akhir akhir ni kerajaan dah mula kurangkan hantar student ke timur tengah teruatamanya bidang perubatan dna pergigian, lagipun isu keselamatan pelajar di irbid khususnya semakin hari semakin tak kurang dasatnya... moga Allah jaga kita , mudahkan kita semua walaupun di mana kita belajar dan berada.....

*mohon betulkan kalau ada salah silap fakta atau silap tulis

5 Perkara yang Patut Anda Lakukan Selepas SPM

1. Ambik Lesen Kereta

Kenapa ? sebab nanti susah dah nak cari masa nak ambik lesen, nak nak kalau banyak kali tak lepas ujian. Mungkin juga harga untuk ambik lesen akan meningkat dari semasa ke semasa. Jadi , jangan lepaskan peluang!

2.Ikut Kursus Kemahiran

Kalau anda seseorang yang mempunyai minat dalam pelbagai bidang kemahiran sperti menjahit, IT, editing gambar, emmasak, baking , online bisness dll gunakan masa lapang anda untuk ikut kursus yang anda boleh cari sendiri kat internet. Serius, nanti bila dah belajar susah nak cari peluang untuk fokus betul-betul untuk memantapkan kemahiran yang anda ada. Pastinya masa akan mengajar kita, dan orang kata by time boleh belajar semua tu. Btw, kalau mengikut pengalaman orang yang betul-betul ada basic dalam kemahiran sangat beruntung... kadang-kadang tu boleh buat bisness cari duit lebih sampai boleh menabung buat pergi melancong. Tak percaya ? buat la dulu :)

3.Belajar Agama

Ini kalau anda rasa kalau anda ada minat(sebenarnya belajar agama ni bukan sebab minat tapi memang wajib pun ) boleh join daurah-daurah selama seminggu, sebulan atau beberapa kuliah intensif. Contohnya di Pondok Baitul Qurra di Melaka, atau pondok-pondok di Kelantan. Dan bagi mereka yang ada plan nak sambung pengajian dalam bidang bukan agama dan berminat untuk mendalami ilmu agama sedikit sebanyak seeloknya memanfaatkan peluang ini. Nanti dah masuk uni susah dah nak dapat peluang gini kecuali ada rezeki berkawan dengan orang orang yang take note dengan kelas pengajian agama sebegini bila cuti semester bermula.

4.Membaca

Klise. tapi itulah. Kena cakap jugak.. masa terbaik untuk mula membaca buku pelbagai genre.. search je kat google review buku buku terbaik PTS, buku buku yang mendapat anugerah Sayembara dll. Dah masuk uni ni, buku akademik pun kalian tak larat nak baca kecuali kalian kuat semangat!

5.Tolong Mak Ayah.

Ni kalau tak dapat buat lesen pastu tak dapat PLKN ,pastu mak ayah tak kasi pergi daurah ambillah peluang ni untuk berbakti kepada ibubapa. Haaa! nampak simple tapi bila kalain belajar jauh-jauh , balik jarang sekali, baru kalian akan faham kenapa benda ni termasuk dalam perkara yang patut kalian lakukan. Jadi, jangan lepaskan peluang, terutama kalau ada nenek/datuk ambil peluang untuk jaga mereka. Orang kata, bila orang tua kita sakit, sebenarnya Allah nak bagi pahala kat kita. Nak pahala jaga orang sakit ?


Monday, 2 February 2015

Planner

Genap dua tahun. Fatimah tekad. kerana rindu dan demi mengubat kekecewaan dia memutuskan untuk pulang bercuti ke Malaysia.Niatnya untuk menyambung siri travel menjejak tanah Andalusia terpaksa ditangguhkan meskipun segala perancangan sudah dirancang bersama travelmatenya.

"Balik la Fatimah, cari diri balik kat Malaysia tu.Bawak balik hati yang lara tu, aku tunggu kau balik sini. Aku tunggu Fatimah yang dulu",Yuhana seakan-akan memahami. 

"Sorry Yu, tapi kau ingat tau, next trip jangan lupa ajak aku tau. Aku tak tahu la, bukan aku tak nak travel dengan orang lain tapi aku rasa best sangat travel dengan kau, Huda, Mun dan Jija aritu...rasa macam kalau setiap kali travel, aku nak pergi dengan korang je...", Fatimah membodek.

"Okay, takpe.. nanti aku belikan kau fridge magnet setiap negara untuk kau, yang tulisan 3D , bukan yang biasa-biasa..",pujuk Yuhana, seakan-akan tahu taste Fatimah.

Mungkin ada rezeki lain hari. Setelah peristiwa pahit minggu lepas berlaku, Fatimah bagai hilang arah. Benarlah kata orang, kalau sayang tu berpada-pada.

"Tim, yakinlah....." satu mesej masuk dalam kotak private mesej Fb.

***

25 Disember 2014. Hari Natal. Hari akad nikah sepupu. Bertukar menjadi sejarah dalam keluarga kami, yang barangkali akan dicanang-canang sehingga ke anak cucu.Majlis Akad Nikah Dalam Sampan. Begitulah berita sisip depan muka surat khabar Metro. Seakan-akan menyambut 10 tahun ulang tahun Tsunami Aceh, negeri-negeri Pantai Timur dilanda musibah banjir paling teruk , lebih teruk dari Bah Merah 1960-an suatu ketika dulu.

Dan Fatimah merasakan laranya tertumpah-tumpah lagi. Bah Pantai Timur tu seakan-akan menyambut mesra kedukaan yang sarat itu. Kekecewaannya seperti banjir tsunami yang merembat segala isi rumah , meninggalkan tiang-tiang dan pasak rumah sahaja. Menunggu untuk dibangunkan semula, yang entah bila.

"Tim, tak boleh balik Telemong lagi ni. Lebuh Raya Pantai Timur tutup", kak long menyampaikan berita kepada Fatimah. Fatimah yang sedang mamai tu terus bangkit dari tidur, penat perjalanan selama berbelas jam dari Jordan belum hilang.

muka Fatimah risau. Tak bersuara. Mana taknya, terputus hubungan dengan keluarga di kampung, kali terakhir hanya suara-suara cemas yang kedengaran, seakan-akan cuba menipu untuk tenang ketika panggilan terakhir dibuat pagi 25 Disember itu.

"Tim, in sha Allah.. yakinlah....",tenang kak long bersuara. Seakan-akan cuba untuk menempis tempias kerisauan yang turut melanda jauh di sudut hati kak long.

***

"Salam Ain, free tak lusa ?Jom keluar, ana masih kat KL ni. Kalau boleh nak jumpa Ain sangat-sangat...", laju button anak panah ditekan.

"Esok kita jumpa kat KL Sentral, lusa ana tak free, ada study group.. minggu depan dah start final exam.. okay tak ?" bunyi mesej wassup masuk, Ain membalas.

"Okay.set!Thanks Ain :)", ringkas.

Fatimah kagum dengan sahabatnya seorang ini. Ain Zuhaili. Senyumannya manis. Petah dan hikmah berkata-kata.Meskipun tengah busy nak final exam, dia tak menolak untuk meluangkan masa bersama.

Hampir dua tahun dua sahabat itu tidak bertemu. Kali terakhir ketika Ain masih lagi menjadi pelajar di bumi tanpa loceng itu. Dalam kesibukkan pusat transit segala jenis pengangkutan awam itu,Fatimah berjalan perlahan-lahan, teringat memori lama. Kadang-kadang Fatimah tercari-cari kelibat baju batik hijau, teringat musim balik cuti bermalam. Tiada. 

Belum sempat melangkah masuk ke restoran Secret Resepi yang berada di tingkat atas itu, Fatimah dan Ain berpelukan. Ada tetes hangat jatuh, membasahi pipi.Mereka berqodoya. Cerita selama dua tahun dinikmati, masing-masing membuka selera dengan kisah suka dan duka kehidupan di universiti. Makanan yang terhidang di atas meja tampak tawar, cerita mereka lebih menyelerakan.

"Kita selalu merancang benda-benda besar.. tetapi kita selalu terlupa nak merancang benda-benda kecil.. sedangkan benda-benda kecil tulah yang menghidupkan kita....dan kita selalu fokus dengan isu-isu yang besar.. dan selalu melupakan isu-isu kecil..dan orang selalu memandang remeh benda-benda kecil ni. kadang kadang benda kecil la yang merosakkan, permulaan permusuhan yang lebih besar"

"mungkin depa tak nampak yang kecil sebab terhalang dek yang besar tu...itu lumrah orang berjuang, tak semestinya satu fikrah, asal matlamatnya sama.tidak seteru dan tak bersetuju itu fitrah. Fitrah yang kadang-kadang sakit untuk ditelan. Moga jadi ubat yang mematang akal untuk lebih memahami dan menilai. Apapun, jangan sampai ukhwah terbakar"

" sibuk sangat menghukum sehingga terlupa untuk memahami. Sedangkan memahami itu asas dalam menjaga keharmonian. Bila harmoni, barulah sesuatu tu lebih mudah untuk diterima oleh akal yang waras. Sekalipun ada akal yang waras untuk menilai, bila permulaannya sudah menghukum, pastinya akal itu tunduk diam membisu. bukan bersetuju. tetapi membatu kesumat prasangka, malas nak melayan.." 

mereka berbalas keluhan. Bosan mungkin dengan isu klise ini.Tetapi tetap juga dibualkan, buat penambah rencah cerita.

"apapun, siapapun kita sekarang, sekalipun bergerak mahupun diam atau berundur bukan bermakna mencicir diri di jalan jalan amal, tetapi kita pandai-pandai atur mana yang terbaik untuk diri kita, kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita..." Ain menuntaskan perbincangan yang semakin bersimpang-simpang itu.

"..Yakinlah...",Ain menyambung.

***

Tak berhenti air mata mengalir,mencurah-curah, lebat. Sederas arus yang memusnahkan hampir keseluruhan rumah berdinding kayu itu.Allahu. Hanya tinggal tangga batu yang masih melekat teguh di atas tanah yang kini bersalut lumpur sedalam dua kaki. 

Fatimah tak menyangka banjir kali ini benar-benar dasyat. Impiannya pulang untuk menyembuhkan luka sendiri, seakan-akan makin bertambah-tambah lukanya melihat keadaan rumahnya sebegitu. Hasrat hati Fatimah untuk mengadu perihal kedukaannya disimpan kemas-kemas. Ada luka yang lebih dalam yang perlu disembuhkan. Trauma barangkali. Kepulangan Fatimah kali ini disambut hanya dengan pelukan yang lama. Seakan-akan ada sesuatu yang hendak diluahkan. Tetapi hanya kolam-kolam air mata yang mampu bercerita.

Fatimah melangkah masuk ke 'rumah'nya. Beratapkan awan, berdinding udara dingin pagi dhuha bersuhu 20 darjah celcius itu. Dia mencari-cari sesuatu. Kali terakhir dia cuba mengingat, dia letak di dalam kotak plastik , saiz sederhana besar  di dalam almari baju. Kotak yang memenuhi satu ruang, tersimpan di bahagian bawah kanan almari.

Di belakang rumah, kelihatan longgokan sampah sarap bersalut lumpur. Tinggi menggunung. Ada pakaian yang bersalut lumpur sepertinya dicicah hot chocolate. Kelihatan juga sebuah almari yang masih tertutup rapat, seperti biskut tawar yang dicelup lama. Kembang,lembik dalam mangkuk 'chocolate'. 

Daun pintu almari dikuak kuat,susah.dek lumpur yang tebal dan makin mengeras. Alhamdulillah, tersenyum Fatimah, pintu almari menghadiahkan segala isi dalamnya yang masih elok.Lalu lekas Fatimah mendapatkan kotak planner kesayangannya.

Fatimah membelek-belek kembali planner tersebut. Planner tu bukan planner biasa-biasa, tetapi diari catatan serta perancangan hidup Fatimah.Semua rahsia tersimpan kemas dalam diari tersebut.Setiap 3 tahun, Fatimah akan binding diari-diari tahunannya menjadi seperti buku,Tebal planner tu seperti buku-buku tesis di maktabah JUST. Setiap Jilid Planner akan dimulai dengan Bab perancangan 3 tahun akan datang. 

"Impian dan Cita-Cita, perlu dimulai dengan mimpi",seakan akan suara Alif dalam novel negeri 5 menara membisikkan mantera. Semenjak itu, Fatimah semakin ketagih melukiskan mimpi-mimpi dia dalam bentuk planner. 

"yakinlah....", seakan-akan suara Alif kembali membisik.

***

Fatimah membuka helaian Jilid 2009-2011. 

Saudara/ri diminta untuk melaporkan diri pada 10 Februari 2009.

Fatimah merenung surat tawaran berwarna kuning itu. Tersenyum sendiri. Tanggal 10 Februari, hari pertama dia berkenalan dengan Aisyah dan Khadijah dan ramai lagi insan yang telah banyak mengubah diri dan hidup Fatimah. File Merah menyatukan mereka.Banyak sangat surat cinta berusrah terselit dalam helaian planner ni. Tak kurang juga koleksi kertas yang dicarik,tertulis berpuluh-puluh mesej yang pernah Fatimah dapat sepanjang di bumi tanpa loceng rehat itu.

"muslimat, nanti waktu pj cikgu Azura pesan suruh tunggu depan coop.."

"muslimat, cuba check balik hadis yang enti lekat kata atas meja enti tu.."

dan ada satu nota dari seorang senior yang Fatimah sangat hormati. Kak Jannah,

"Fatimah, kalau Fatimah rasa tak kuat, akk pun pernah rasa apa yang Fatimah rasa sekarang, tetapi Fatimah... nikmat yang kita dapat dulu, Allah gantikan dengan nikmat yang lebih berharga dari deretan As dalam peperiksaan, carilah mutiara-mutiara di bumi ni, yakinlah.... ", ayat terakhir terhenti di situ.

helaian nota sambungan satu lagi hilang .entah. tercicir mungkin


***

 "Nah, ni hadiah untuk enti. Dalam phone ni kiteorang dah download siap-siap apps yang boleh tulis planner dari tahun 2015-2017. Kiteorang dah sync semua perancangan kita bertiga.Siap dengan tarikh bila kita akan pergi umrah sama-sama nanti",kata Aisyah. lebar senyumannya. Penuh bangga dan kepuasan.

"Username planner ni 'Planner Bidadari Syurga' haha".Mereka ketawa serentak. Geli hati mendengar username yang macam so-called skema lagi islamic itu.

Hadiah paling bermakna bagi Fatimah sepanjang hidupnya. Ketika itu dia sedang bercuti di Mesir, Aisyah yang ketika itu masih lagi menuntut di mesir, serta Khadijah berpakat untuk menghadiahkan Fatimah sebuah telefon pintar sempena hari lahir Fatimah yang ke-21 tahun.

" Fatimah si HTC-one!, Aisyah si Iphone 5s, Khadijah si Oppo !".Khadijah excited.

"Setiap satu ni berbeza, tapi fungsi mereka tetap sama...biarpun berbeza, jangan lupa fungsi sebenar mereka diciptakan.."Aisyah mula menusuk kata.

Kubu Salahuddin itu menjadi saksi.Masing-masing membiarkan bayu petang lautan Mediterrian yang terbentang luas itu menghempas tubuh mereka. Seakan-akan membiarkan angin petang itu merempuh sesuka hati. Tetap jua , jiwa mereka bersatu. Terpatri. Azam dan tekad mereka sekuat ombak, seluas lautan dan seteguh kubu dibelakang mereka.

Perjalanan pulang menaiki train dari Alexanderia, atau nama arabnya Iskandariah terasa cukup pantas. Tiga sejoli ini meneruskan perjalanan dengan menaiki metro untuk singgah ke Pasar Hussein.Semasa perjalanan pulang menghantar Fatimah ke Aiport, kereta sewa mereka terbabas ketika melalui lebuh raya Kaherah yang sesak itu.

"Tim, kita kena yakin...", pujuk Khadijah.

***

Disember 2014. Seminggu sebelum cuti semester bermula.

Phone Fatimah selamat dicuri pak arab yang tak berhati perut. Sudahlah tidak berakal santun, lagikan berjiwa simpati, memang Fatimah semakin tawar hati dengan sikap manusia yang berketurunan nabi ini. Benarlah, iman itu bukan diwarisi melalui harta, pangkat, darjat, bangsa atau keturunan. Iman itu diwarisi oleh ilmu. Ilmu yang diamalkan. 


***

17 Februari 2015

Genap setahun.Fatimah seakan-akan terpukul kembali dengan kenangan pahit setahun yang lalu.

Semenjak peristiwa itu, Aisyah terpaksa berhenti belajar di mesir kerana dia mengalami kecacatan kekal. Buta sepenuhnya. Mata Aisyah tersusuk besi . Kereta sewa yang mereka naiki terbabas merempuh lori yang membawa pasak besi bangunan. Walaupun buta, tetapi Aisyah seorang yang tidak pernah buta memberi. Kelebihan beliau dalam bidang qiraat dan kekuatan ingatan hafazan dia masih utuh.Pengalaman ketika belajar di Mahaad Tahfiz Sains digunakan sepenuhnya . Beliau mengajar kanak-kanak mengaji di madrasah bersebelahan rumahnya. Semangat memberi yang ada pada Aisyah tidak pernah sedikit pun luntur. Bahkan semakin bertambah-tambah. 

"Aisyah, mintak maaf.. ana dah hilangkan phone yang korang bagi tu. Mintak maaf sebab tak jaga phone tu elok2".Fatimah menziarahi Aisyah, meskipun jauh di Kuantan Pahang, Fatimah menggagahkan diri memandu sejauh 100km untuk bertemu dengan Aisyah.

"Tim, yakinlah.. setiap pemberian Allah hanya pinjaman, bukan hak milik kita.. suatu hari nanti pasti akan kembali kepada Dia juga... tugas kita, mencari hikmah disebalik ujian. Tetapi hanya yang betul-betul yakin sahaja akan menemui hikmah disebalik apa yang berlaku.."

" Bersyukurlah Allah tarik apa yang Dia pinjamkan, mungkin sedikit sebanyak memendekkan perhitungan kita di hari kelak nanti.Mungkin sahaja nikmat mata, dan nikmat phone tu disalahguna, dan alangkah malangnya jika kita terdiam seribu, dek tidak mampu menjawab... kemana nikmat-nikmat itu dipergunakan dan dilaburkan ?".Aisyah memutuskan bicara.

"Ini Hadiah Birthday untuk enti...Selamat Hari Lahir Tim..."Aisyah menghulurkan dua bungkusan berbalut kertas biru putih. Diikat keduanya dengan reben pink.




Dia, Planner.

Yakinnlah.... Dia sebaik-baik Planner. 
Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Bismillah.

Dear, Fatimah.

dia sayang masa kita,dia lepaskan dan jauhkan kita dari apa yang kita sayang, supaya kita kembali mendekati dan memberikan masa kita yang berharga itu, kembali dihabiskan.Lebih banyak untuk bersama Dia... 

dia sayang perjuangan kita, dia uji kita dengan prasangka supaya kita mencari semula makna menjadi seorang muslim yang sejati bukan penuh provokasi dan kontroversi...

dia sayang iman kita, dia bagi tali ujian untuk menjahit kembali iman yang sudah lama terkoyak itu..kembalilah kepada sebaik-baik perancang.Moga berjodoh untuk sama-sama menjadi tetamu Allah.

yakinlah, dua tahun lagi, meskipun hanya dua pasang mata sahaja yang mampu melihat rumah Allah itu, tetapi ada tiga hati yang perlu disucikan di hadapan baitullah itu.

jangan putus meminta...yakinlah,Dia sebaik-baik Planner bukan ?


begitulah pesanan yang ditempek, melekat di muka surat depan planner yang Aisyah hadiahkan.

"Fatimah, sementara Allah memberi nikmat penglihatan, berilah pasangan mata itu peluang untuk disucikan dengan melihat sebanyak-banyaknya qalam Allah ini....bukan yang lain..."

Fatimah menarik nota yang terselit di dalam tafsir tersebut. Hatinya kesal.Tunduk menangis tersedu.

Benar, meskipun Aisyah buta, tetapi hati dia tidak pernah buta untuk membaca hati dan menilai jiwa sahabatnya. Hadiah Aisyah dan Khadijah setahun yang lalu. Sedikit sebanyak sebenarnya telah mengubah hidup Fatimah.Overly attached pada dunia, pada nikmat dunia.

"yakinlah... only Him, is The Best Planner".Ada suara bergema,mengetuk gegendang telinga Fatimah,membuka pintu hati yang tertutup itu.